Fatihah Fazlin

Khamis, 11 Disember 2014

Birth of A Beauty
ASSALAMUALAIKUM.

Hai Korang! Mesti ramai yang dah tido masa ni. Hidup seorang blogger, memang jam 12-3 am masih boleh diibaratkan jam 11pm. Selagi mampu tahan memang akan tahan. Sebab selalunya tengah-tengah malam baru ada idea nak menulis. Siang-siang nan hado.

Birth of A Beauty !


Orite! 
Ada sesiapa kat sini peminat Drama Korea? Sila angkat tangan dan jujur. Sebab nik nak suggestkan satu cerita best, gempak dan terbaik untuk korang semua. Birth of A Beauty! A romantic comedy drama!

Sinopsis Pendek:

Kisah mengisahkan seorang wanita yang mempunya berat badan berlebihan iaitu Sa Geum Ram yang telah berkahwin dengan Lee Kang Joon. Setelah beberapa lama, kerjaya Lee Kang Joon semakin meningkat naik dan dia tidak pernah sayangkan isterinya. Lee Kang Joon jatuh cinta pada wanita lain. Dia merancang pembunuhan isterimya sendiri. 

Dan akhirnya muncullah watak Sara(Sa Geum Ram). Dia melakukan pembedahan plastik dengan bantuan seorang lelaki yang di panggil "doktor". Doktor(Han Tae Hee) tersebut yang membantu Sara membalas dendam, namun akhirnya dia jatuh cinta terhadap Sara! 

Bagaimana penerimaan Sara? Dan bagaimana pula kehidupan Lee Kang Joon serta teman wanitanya Geo chae Yeon?

Kena tengok drama ni kalau curious nak tahu!

Yang nik boleh cakap, jalan cerita ni memang best dan mantap! Ada diselitkan lawak jugak. Memang berbaloi kalau tengok sebab penuh pengajaran(ambik yang bagus kita jadikan pengajaran).

Salah satu babak romantik tapi lawak gileee.. ^_^


Nik follow drama Birth of A Beauty dari awal kat Dramacool.com. Sekarang dah episod 12. Sabar jelah menggu episod seterusnya. Kawan kerja nik pun ada yang follow cerita ni. Sebab memang gerenti best korang! 



PARA PELAKON BIRTH OF A BEAUTY

  • Han Ye-Seul sebagai Sara / Sa Geum Ran
  •  Joo Sang-Wook sebagai Han Tae-Hee
  • Wang Ji-Hye sebagai Yoon Chae-Yeon
  • Han Sang-Jin sebagai Han Min-Hyuk 
  • Jun Gyu Woon sebagai Lee Kang Joon


sekian:)


Isnin, 8 Disember 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia
ASSALAMUALAIKUM.

Hai! Lately ni, nik suka sangat window shopping kat website LAZADA. Hujung tahun ni macam-macam benda ada diskaun. Teringin nak membelinya! 

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.



Dengan RM1212, apakah yang ingin nik beli dan dapatkan dari Lazada Malaysia ni? Banyak benda yang terlintas difikiran, tapi as a blogger, nik rasa antara benda yang paling nik inginkan dan memang dah lama nak memilikinya ialah;



Olympus E-PM1 14-42mm Kit Mirrorless Camera White

 

 

Nampak kan betapa smartnya kamera olympus yang satu ni. Ya Allah.. Nik berkenan sangat! Harga di LAZADA RM629.00 selepas diskaun.


  Olympus E-PM1-14-42mm di LAZADA MALAYSIA
Dah lama sebenarnya teringin nak ada kamera digital ni. Tapi biasalah, nik lebih pentingkan makanan dari beli benda-benda lain. Huhuhu.. That why nik mencuba nasib join contest Shopping RM1212 at Lazada Malaysia di blog Sayaiday. Nik kalau boleh nak ambil gambar yang cantik dan clear, especially gambar nature! Memang best la kan kalau dapat guna Olympus E-PM1 14-42mm ni. Hari tu, pernah ternampak ada seorang blogger guna kamera  ni. Gambar-gambar yang ada memang cantik!



Samsung Galaxy Core 2 SM-G355H Dual Sim

Harga di Lazada RM495.00



Samsung Galaxy Core 2 di LAZADA MALAYSIA

Samsung Galaxy Core 2 SM-G355H Dual Sim ni harganya pun boleh tahan. Tapi di Lazada agak murah kan? Dah lama berniat nak hadiakan sebuah smartphone kat mak di kampung. Boleh whattaps dengan mak kan? So, kalau dapat shopping Rm1212 nanti, ini juga antara barang yang nik inginkan. Dengan saiznya 4.5", nik rasa boleh kot mak nik gunakan. Sebab kalau kecil sangat susah jugak kan? Tahulah, orang tua. Kalau kecil kan tak nampak tulisan. Dan insyaallah, jenama Samsung pun memang dah di yakini ramai.

 

 

 

Q&Q by Citizen Watch Company, Japan

Silver Watch with interesting Dots! Cantik kan? Harga kat LAZADA RM88.00

Q&Q by Citizen Watch di LAZADA MALAYSIA

Q&Q by Citizen Watch ni nik berkenan giler. Bentuk dan design dia buat nik jatuh cinta. Dah lama teringin nak pakai jam tangan yang macam ni. Lagipun nik rasa jam Q&Q ni memang sesuai kot dengan nik yang lasak ni. Kalau kata kena air pun tak pe sebab ianya Water Resisstant.


Jika nik ada RM1212 kan, memang seronok la shopping barang-barang yang ni senaraikan kat atas di Lazada Malaysia. Semoga nik menjadi pemenangnya. Aminn.. 

Korang semua apa lagi, tak nak ke rebut peluang berbelanja RM1212 di LAZADA??? Jangan lepaskan peluang ni tau!  

 


Sabtu, 6 Disember 2014

Banyak Tertinggal.
ASSALAMUALAIKUM.

Hi. Salam Sabtu semua!
Dah semiggu menyepi dari dunia maya. Semua yang melibatkan internet, nik suruh main jauh-jauh. Kadang-kadang kan, manusia perlu tinggalkan segalanya berkaitan dunia, untuk cari diri sendiri. Gitewwww.

Seriously, seminggu ni menghilang dari dunia internet, banyak yang nik rasa tertinggal. Terutamanya dari segi berita-berita semasa, gosip meletop dan sebagainya. FB pun macam dah lama sangat tak belek. Rindu nak srool newsfeed sampai ke bawah.  Kalau ikutkan kat fb lah nik dapat tahu perkembangan semasa kawan-kawan lama.  Kalau nak harap mesej tanya khabar, idokle gamoknya. Masing masing sibuknya kalah YB!

Banyak yang berlaku sepanjang sepeninggalan nik dari dunia inetrnet ni kan? Yang paling menarik perhatian dapat dan dapat di"highlight" ialah:

PASANGAN GADUH MANJA DI FACEBOOK DAPAT TAJAAN DARI ZALORA



Best kan? Mesti semua orang dah tahu dan baca pasal cerita ni. Malas la nik nak hurai panjang-panjang. Tapi kalau nik jadi si isteri, nik simpan barang-barang yang dihadiahkan oleh Zalora tu untuk raya tahun depan dan seterusnya. hehehe. Jimat dah kat situ!

Btw, tak dak apa nak taip dah, bakal menyusul insyaallah esok atau lusa atau hari-hari seterusnya entry lain yang lebih menarik. 

 



FATIHAH FAZLIN@templatesyard