Fatihah Fazlin

Rabu, 5 Ogos 2015

Raya
Assalamualaikum..

Walaupun hari ni dah hari raya ke 20, tetap nik gigih nak update entry raya yang tak seberapa.. Almaklumlah.. balik beraya  pun dah hari raya ke lima.. Suasana raya pun dah jadi lain.. Bacalah kisah raya di tempat kerja di Malam hari raya nik ni ye.. Tapi steady sebab semuanya adalah pengalaman.

Antara tempat yang nik sempat pergi masa raya hari tu, rumah arwah tok ayah belah abah. Kalau kira tok ayah dengan nenek dah lama takde, tapi orang kata, hubungan kekeluargaan tu kena kekalkan walau orang tua dah takde. Lagipun kat rumah tu ada Paklong kami. 

Lepas tu mak sempat singgah rumah kawan lama tempat dia berniaga dulu.. Sebeleh je dengan rumah arwah tok. Sempat la posing posing ambil gambar dulu.. Tengah panas okey.


Ni masa kat rumah mak sedara. Semua rumah tak kehabisan kuih raya.. hahaha.. tulah datang mengejut pulak tu dah raya ke berapa..



Ni adik no tiga. Dia ni kalau ajak bergambar memang payah. Selfie lagilah payah. tak tahu kenapa.



Yang ni pulak suka bergambar. Fon ni penuh dengan gambar selfie dia sorang.. Jenuh nak delete. Bukan gambar selfie je, gambar kucing dia, gambar anak ayam semua masuk kamera. huhu. Ni terbaru duk menggila nak buat dubsmash.. Ajak semua orang buat dubsmash dengan dia. tapi takdak sapa nak layan.. ahaha





nak jugak tempek muka gemuk double chin yang entah pape kat sini. ni masa beraya kat jerteh. Actually pergi jalan-jalan makan angin kat jerteh je pun.. Tak beraya mana-mana. Hari terakhir di kampung sebelum terbang ke negeri di bawah bayu. Jumpa manusia kesayanganlah kan.. Lepak tepi pantai berpiknik dengan satay dan otak-otak kegemaran. Fullamak.. best !

Selasa, 4 Ogos 2015

Cinta Paling Agung
Assalamualaikum..


Cinta Paling Agung?  Seriously, masa mula mula ayat ni terukir kat bibir nik terfikir sekejap..Wujudkah ia antara cinta manusia dan manusia? Terutamanya zaman mellinium ni? And guess what, my heart say no! Definietly, big NO. 




Bagi nik sendiri; i'm totally agree dengan apa yang di perkatakan dalam video promo oleh Siti Saleha untuk cerita Cinta Paling Agung ni. Tiada cinta paling agung kecuali cinta kepada Allah SWT. Yes betul.. nik setuju tapi tulah, how much time people say "öh i love Allah so much". 


Setakap cakap boleh. Nik boleh cakap berulang kali. But deep inside of our heart, apa yang ada kat situ? What we have done to show our love to Allah SWT. ?


I asked myself. And i got the answer. Cinta aku pada tuhan aku masih sedikit berbanding apa yang tuhan dah bagi pada aku. Beza jauh bagai langit dengan bumi. 


Dan seriously, bila dengar acap kali kata-kata Siti Saleha dalam iklan.. hati ni tersentap kuat. I dont know why. Tapi rasa macam Allah cuba nak tarik hati ni, pergi pada Dia.

Tentunya lagu Ingatkan Dia soundtrack cerita Cinta Paling Agung ni kena dengan jalan cerita. Mempersoalkan diri sendiri yang terlalu mudah lupa akan janji dan dosa sendiri. Macam kita.. yang selalu sangat pandang remeh dengan apa yang kita dah buat dan sedang buat. Bila dah hancur dan retak, kita tujukan salahnya pada yang lain. Hakikatnya.. salah tu dari kita.


Dan.
percayalah cinta paling agung bukan cinta manusia ini pada manusia itu,
tapi pada pencipta


Oh.. ini yang nik simpulkan dari pandangan seorang manusia bernama nik! Dari perspektif rohani mungkin. 



Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings


Semenjak awal lagi Bila ku mengenalimuDunia ini serasa Cuma dalam genggamankuRamai yang datang menduga Namun tak sama denganmuAku percayalah Biar pun remuk di hati Akan aku rawat sendiriKerana kau aku rela Mengapa aku yang tidak setiaMengapa akukah yang berdosaMengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertamaSesalnya aku cumaIngatkan engkau merayuItulah kesilapanku Belum terlewat lagiItu kata darimu mudahMemang begitu indahMengapa aku yang tidak setiaMengapa akukah yang berdosaMengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertamaMusuh tak kenal Jangan diikut tinggalkan dia Mengapa aku masih kau goda Masih kau goda Mengapa aku yang tidak setiaMengapa akukah yang berdosaMengapa aku mudah terlupaJanji-janji kita kali pertama 
Lagu : Ingatkan Dia 
Artis : Wings Album : Menakluk Kosmos



Ahad, 2 Ogos 2015

Rutin Biasa Kembali Lagi
ASSALAMUALAIKUM..


Dua belas hari bercuti kat kampung sempena raya dan still rasa tak puas! Sedih yang teramat bila tiba hari kena terbang ke kota kinabalu. Peritnya sebuah perpisahan. Peritnya meninggalkan kampung halaman berserta dengan orang yang kita sayang. Satu perasaan yang semua orang tak suka kan? Tapi terpaksa buat dan terpaksa hadapi. Tak boleh lari ! 




Hari ni, hari Ahad nik kembali ke rutin biasa. Dengan semangat yang hilang melangkah ke tempat kerja yang memang dah malas nak tengok. Rutin yang membosankan tanpa keluarga dan kawan-kawan rapat. 


Kenapa bosan? Mungkin nik ni sejenis manusia yang tak boleh nak buat kerja yang sama selama bertahun tahun. Nik sejenis manusia yang sentiasa perlukan suasana dan keadaan yang baru. Bukan statik macam sekarang. Pulak tu jangka masa yang lama. Lagilah jiwa kacau.


Mengeluh ke apa ni? tak kot cuma nak mengadu dan bercerita. Kang pendam sorang sorang jadi lain pulak. Nauzubillah. Eh  korangf flight balik KK semalam delay dalam 15 minit. Awan tebal kot. Lepas tu kapal asyik asyik langgar awan tu. Bergetar jiwa raga. Takut bukan main. Berkali-kali naik kapal terbang tapi tetap takut, nik selalu amalkan tip elak perasaan takut menaiki kapal terbang ni.


Anyway, korang yang baca ni, doa doakanlah nik dapat bertukar ke semenanjung ye dalam masa terdekat ni. 


FATIHAH FAZLIN@templatesyard