ASSALAMUALAIKUM..
Dua belas hari bercuti kat kampung sempena raya dan still rasa tak puas! Sedih yang teramat bila tiba hari kena terbang ke kota kinabalu. Peritnya sebuah perpisahan. Peritnya meninggalkan kampung halaman berserta dengan orang yang kita sayang. Satu perasaan yang semua orang tak suka kan? Tapi terpaksa buat dan terpaksa hadapi. Tak boleh lari !
Hari ni, hari Ahad nik kembali ke rutin biasa. Dengan semangat yang hilang melangkah ke tempat kerja yang memang dah malas nak tengok. Rutin yang membosankan tanpa keluarga dan kawan-kawan rapat.
Kenapa bosan? Mungkin nik ni sejenis manusia yang tak boleh nak buat kerja yang sama selama bertahun tahun. Nik sejenis manusia yang sentiasa perlukan suasana dan keadaan yang baru. Bukan statik macam sekarang. Pulak tu jangka masa yang lama. Lagilah jiwa kacau.
Mengeluh ke apa ni? tak kot cuma nak mengadu dan bercerita. Kang pendam sorang sorang jadi lain pulak. Nauzubillah. Eh korangf flight balik KK semalam delay dalam 15 minit. Awan tebal kot. Lepas tu kapal asyik asyik langgar awan tu. Bergetar jiwa raga. Takut bukan main. Berkali-kali naik kapal terbang tapi tetap takut, nik selalu amalkan tip elak perasaan takut menaiki kapal terbang ni.
Anyway, korang yang baca ni, doa doakanlah nik dapat bertukar ke semenanjung ye dalam masa terdekat ni.
singgah syawal.
BalasPadamx dpt jumpa nik lagi...huhuhu.agknya kne singgah sabah kot hehehehe
BalasPadam