Fatihah Fazlin

Ahad, 17 Januari 2016

Mana pergi bulan 12?
Assalamualaikum.

Tak sangkakan.. dah masuk tahun 2016 dah kita. Sekejap je masa berlalu. Tup tup umur pun automatik meningkat. Haaa. Tapi nik muda lagi. Hahaha. Rasa macam baru je ambik result upsr hari tu.. ni dah kerja dah. 

Macam macam jenis manusia dah sempat nik jumpa sepanjang 23 tahun ni. Ada yang baik..yang menyenangkan. Tak kurang jugak yang annoying tahap gaban. Tapi yang tak boleh blah.. nik geram dengan diri sendiri. Huh ! 


Korang nak tau, boleh pulak nik tak update satu entry pun kat blog ni bulan 12 hari tu. ! Tadi bila tengok kat bahagian archive sebelah.. aikkk.. knp bulan 12 takde. Gelabah.. mula mula ingat ada masalah ke apa. Tapi recall balik... 

"Eh.. memang aku tak update apa-apalah. Kan busy clossing akaun kewangan hujung tahun ritu.. oooo"

Dah termarah kat diri sendiri pulak.. tulah.. patutlah entry bulan 12 kosong
. Dah tuan blog sibuk kalah kak mah iron lady ! Nasiblahkan. 

Haa. Buat korang yang sudi baca blog cabuk kesayangan nik ni, nik nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 lah. Walaupun dah nak masuk bulan 2 dah. Hahaha. Semoga kita semua lebih bahagia.. lebih kaya dan berjaya dunia akhirat. Amin..


Sabtu, 16 Januari 2016

Cukup Derita Itu... tak mengecewakan.
Assalamualaikum. 

Hujung minggu macam ni kalau takde sape ajak keluar, nik hanya kat bilik melayan jiwa raga.. haha. Kalau ikutkan hati memang nak sangat buat aktiviti yang lain. Tapi nak buat cemana.. tak dapat.

Selain dari hobi, bagi ni baca buku jugak satu terapi untuk hilangkan stress. 

Cukup Derita Itu.


Tapi mestilah masa yang ada ni kena isi kan. Tak lain tak bukan membacalah jawabnya. Tu antara sebab kenapa nik tak bosan duduk sendiri. Asalkan ada buku, then it fine for me ! Walaupun bukan buku ilmiah. Haha. Janji ada !

Cukup derita itu . Karya terbaru novelis popular, Siti Rosmizah. Penulis yang sangat sangat nik suka. Dari segi plot, cerita ni memang tak mengecewakanlah. Dari awal sampai akhir buat kita tertanya-tanya akan akan jadi for the next page. Haha.

Cerita yang mengisahkan kembar.. adik beradik kembar yang kontra perangai.. tingkah laku..cara pemikiran dan sebagainya. Hero pulak dengan membawa watak yang tak terlalu sempurna.. masalah kemalangan..hilang ingatan... diri hero tu sendiri tak seperti hero hero novel lain yang mana.. dia seorang yang nik boleh cakap jenis yang tak percaya diri. Tapi best ! Herion pun takde lah terlalu diagungkan cantik dalam penulisan ni. 

Pastu.. babak sedih memang banyak. Nik baca sambil lap hingus sebab nangis. Haha. Isus kekeluargaan pun banyak diterapkan dalam novel ni. Which is memang banyak yang boleh kita ambil iktibar.  

Kesudahan cerita Cukup Derita itu nik tak mau ulas banyak.. tapi of courselah happy ending kan.. nak tahu macam mana dan apa yang berlaku dalam novel ni.. kena bacalah. Hehe. 

Oh.. hero novel ni namanya ZARUL ZAFRAN  dan heroin pulak ELLANI, kembarnya ELLANA.




Sabtu, 9 Januari 2016

Demam dilwale baru sampai !
Assalamualaikum..

Huh. Lama gila rasanya tak update blog. Takde mood punya pasal. Pastu sibuk dengan keje satu hal. 

Hari ni cuti dah tak leh tahan dah. Nak kena update jugak. Haa.. semalam nik pergi tengok cerita bollywood yang tengah hot, Dilwale. Masa keluar trailler lagi duk berangan nak pergi kan. Mau tak nak tengok ! Shah Rukh Khan tu kita minat.  Ajak orang tu ajak orang ni.. semua ada keje.  Nasib baik ada hamba Allah ni sudi bawak kita. 



So, menapak lah kami petang semalam ke Aeon Rawang demi nak tengok Dilwale ni. Lambat dari koranglah kan. Orang lain dah 77kali tengok nik baru terkedek nak pergi beli tiket. 

Hahaha. Tapi memang puas hatilah ! Panggung penuh weii. Kalau kira beli awal dah tu. Tapi seat yang ada cuma dua baris kat depan je! Geram. Melengut kami kat bawah tu. Hahaha

Kira semlama mission accomplish la. Dapat tengok. Best kot cerita ni sampai menitik air mata. Tapi orang sebelah cover cun je. Kita ni dah tak leh nak tahan, teresak esak lah jugak. Orang kata terubatlah rindu nak tengok lakonan baru Shah Rukh Khan dengan Kajol kan. Entah bila pulak dorang nak ada movie lain lagi. 

Nak review pasal movie ni, macam taklah sebab malas. Yang nik tahu cerita ni best dan kalau yamg belum tengok lagi tu pergilah tengok ye. Nik dah tangkap leleh dengan lagu dia tu. Nak downloadlah! Hahaha. 

4.8/5 rate untuk dilwale. Nik suka ! Sampai semalam balik tido termimpi mimpi. Rasa nak jadi Kajol. Haha.


FATIHAH FAZLIN@templatesyard