ASSALAMUALAIKUM
Amalan Ketika Haid Dan Nifas | Sebelum ni sering tertanya-tanya, kalau tengah datang bulan tu, apa je yang kita orang perempuan boleh buat eh? Nak baca al quran tak boleh kan? Humm. Sebenarnya kita silap. Mengejar pahala ni bukan hanya dengan membaca al quran.
Terlalu banyak amalan-amalan lain yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Mungkin kita tidak tahu kerana jarang di dedahkan dengan perkara ni. Antara amalan yang boleh kita amalkan ketika dalam haid atau nifas ialah:

.
1) Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2) Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3) Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4) Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5) Qiamullail menghidupkan malam dengan;
a. Bermunajatb. Bertafakur
c. Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6) Memuhasabah dan menghitung diri
7) Membaca zikir Asmaul Husna
8) Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9) Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10) Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11) Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12) Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13) ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14) Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15) Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16) Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17) Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18) Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19) Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20) Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21) Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22) Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23) Sediakan makanan untuk orang bersahur
24) Memberi makan orang yang berpuasa.
25) Melakukan kerja-kerja rumah
26) Berbakti kepada Orang Tua
27) Perbanyak infaq dan sedekah
28) Melakukan khidmat masyarakat.
29) Melakukan perbincangan ilmiah
30) Menjalankan kerja-kerja dakwah
31) Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32) Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33) Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34) Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35) Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
Haa.. banyak kan? Tak susah sebenarnya nak mengejar pahala ni. Antara nak atau tidak je. Jadi jom semua para wanita.. jangan jadikan waktu kita datang bulan sebagai alasan lagi. Banyak benda benda berfaedah yang boleh kita lakukan. Lepas ni bolehlah kita amalkan sedikit sebanyak apa yang tersenarai ni..
Wallahua'lam.

Nice sharing sis
BalasPadamterima kasih perkongsiannya, mudahan ramai kaum hawa dapat manfaatnya.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian bermanafaat
BalasPadambagus sekali perkongsian nya ini, menjadi panduan untuk kaum hawa
BalasPadamThank you akak utk perkongsiann yang sangat bagus + bermanfaat untuk semua kaum hawa .
BalasPadamNice sharing nik ;D
BalasPadam