Anak Perempuan.. - Fatihah Fazlin

Khamis, 21 Mac 2013

Anak Perempuan..

Assalamualaikum...:)
Salam senyum pembuka kisah...

Malam ni niCk nak berkongsi tentang betapa bertuah dan beruntungnya mempunyai anak perempuan..alhamdulillah...niCk pun anak perempuan dalam keluarga, dan nICk sedaya upaya nak mak dan abah berasa beruntung melahirkan dan membesarkan niCk..^^



Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”




Seorang lelaki bertanya,

 “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”



Sabda baginda,


  “Juga untuk dua anak perempuan.”



Seorang lelaki berkata,

    “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”




Rasulullah s.a.w menjawab,


“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. 


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,


 “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, 


“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


#Beruntung sebenarnya memiliki anak perempuan...tapi bagi anak lelaki jangan berkecil hati...anda juga insan terpilih andai mampu membawa diri selayaknya..

6 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard