Jadi Bukti Jenayah - Fatihah Fazlin

Jumaat, 1 Mac 2013

Jadi Bukti Jenayah

Assalamualaikum..::

Ingat tak entry niCk yang lepas. NiCk ada cerita pasal novel yang niCk baru beli...Yup memang baru je beli and baru habis baca.. so,apa kaitan dengan tajuk? jenayah? baca bawah ni..

Batu Gajah: Sebuah novel cinta bertajuk sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha antara bahan bukti yang dirampas daripada seorang remaja berusia 16 tahun yang diberkas polis kerana memecah masuk sebuah rumah di sini, pagi kelmarin.

Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah itu diberkas pihak polis jam 10 pagi di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Tersusun, Simpang Siputeh.

Kelibat remaja itu dikesan pemilik rumah yang pulang jam 9 pagi, tetapi dia tidak cuba melarikan diri sebaliknya menyembunyikan diri di dalam rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shahraron Anuar Abdul Latif,pihaknya menemui novel berkenaan serta satu unit pemacu storan mudah alih komputer, kabel televisyen berdefinasi tinggi (HDMI), basikal lasak dah jam dinding bernilai kira-kira RM1500 bersama remaja tersebut.

Soal siasat dilakukan, dan didapati bahawa remaja terbabit mengambil novel tersebut kerana tertarik dengan jalan cerita novel itu.

Klik sini untuk tengok apa respon Ustazah Fatimah Syarha..:)



credit


5 ulasan:

  1. memang novel tu ada daya tarikan la kan nik..novel ape tajuknya ya??
    yaya ni susah nk baca novel nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...ye kot yaya..:) tajuk dia Sebarkan Cinta-Mu..

      Padam
  2. macam-macam la zaman sekarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. kenapa la kecik-kecik dah mencuri...jadilah manusia yang berguna

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard