Jangan kita menangis untuk orang yang tak tahu nak hargai tangisan kita - Fatihah Fazlin

Rabu, 21 Ogos 2013

Jangan kita menangis untuk orang yang tak tahu nak hargai tangisan kita

Assaalamualaikum..
Hai dears..
salam senyum untuk semua, walau di hati tak seindah senyuman yang dipertonton.

Hati wanita.
mudah terusik, senang terasa, bila ada pedih di hati, secara automatiknya mata pon turut berkaca. Sungguh. Kadang manusia tak faham. walaupun mereka sendiri wanita, Lelaki apatah lagi.! Titlle kat atas tu simbolik kata semata-mata. Tak ramai diantara kita yang mampu dan boleh buat kan? Nick pon sama. 

Kerap menangis. Kerap sedih. 
Tapi biarlah. orang tua-tua kata biar orang buat kita, kita jangan buat orang! simpan jelah sedih dan pilu serta rasa sakit hati nak pecah-pecah barang tu kat dalam jiwa kita senyap2. Orang tak faham kalau kita luahkan pun. Lebih blur lagi, ada yang faham tapi buat-buat tak faham. Malas nak layan katanya!  -_-

La Tahzan.
Kerap urut dada, pesan pada hati dan jiwa. Jangan bersedih. Orang tak hargai apa yang kita dah buat tak pe, asalkan kita tahu apa yang kita buat tu betul.. Biarlah mereka kata kita manja , mahukan perhatian..atau apa.. biar ! sebab itu memang sifat semulajadi wanita. mereka kata kita mengada-ngada. Tapi kita tak pernah mintak 10 hektar tanah, 2 buah banglo, sebuah lamborgini, kredit kad tanpa had, atau apa. kita cuma nak orang faham hati kita...

Rajuk-merajuk..
Kalau tak merajuk, itu bukan wanita namanya. kalau hati tak mudah tersentuh, itu bukan juga wanita namanya.. tapi itulah yang orang kat luar sana silap. Ego terlalu tinggi. Malu nak mengalah dengan wanita. 




p/s : nick tak akan lupa. Dingin ! ! 


8 ulasan:

  1. betol tu. buat apa habeskan air mata untuk org yg tak tau hargai kita.

    BalasPadam
  2. Faham...tp buat2 xfahammm...hmmm....stresss...

    BalasPadam
  3. menangis boleh hilangkan sedih.. masa tu la kita akan fikir perlu ke tidak tangisan tu.. bila dah berenti, konpem dah ok.. hihi..

    BalasPadam
  4. wanita ni memang complicated tapi sebenarnya mereka ni nakkan kasih sayang dan perhatian serta dihargai ^_^

    BalasPadam
  5. Slm. anda di tag. http://nasuhanass.blogspot.com/2013/08/mini-giveaway-by-puteri-nina.html

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard