BAB 1
Keheningan malam bertambah dingin apabila dihembus dengan
tiupan angin yang menyeramkan jiwa manusia. Dada langit nun di atas sana disinari cahaya bulan dan jutaan sinar
bintang-bintang yang hadirnya memberi kebahagiaan kepada setiap insan. Kegelapan
malam yang selalunya mempunyai pelbagai persoalan misteri tentang dunia
kadangkala bisa membuatkan penghuni alam semesta tidak dapat melelapkan mata
walaupun malam sudah berlabuh dan dinahari kian menjelma. Namun begitu, ada yang
tidak menghiraukan semua itu. Tika semua rakan-rakan asrama yang lain sedang
sibuk menyelesaikan kerja sekolah dan membuat ulangkaji, Fazlia pula sedang
menghayun langkah menuju ke kelasnya. Langkahnya jelas menampakkan dia adalah
seorang gadis remaja yang kasar. Mungkin bagi sesetengah pelajar perempuan yang
lain, tidak mungkin bagi mereka untuk melakukan perbuatan itu. Keluar dari asrama
tanpa pengetahuan warden adalah satu kesalahan. Jika tertangkap mungkin boleh
dibuang terus dari asrama. Apatah lagi jam sudah menunjukkan hampir pukul sebelas
lima belas minit malam.
Tetapi bagi Fazlia, dia rela mengambil risiko itu kerana
dendamnya yang terlalu mendalam. Tiada satu hal pun yang dapat menghalangnya
daripada membalas dendam bagi membela kematian orang yang disayanginya. Sekali
lagi dia melirik pada jam yang dipakainya.
‘Lambat la jantan ni, janji pukul sebelas lima belas tapi
batang hidung pun tak naampak lagi’. Rungut Fazlia kecil. Dia mengambil
keputusan untuk menghantar mesej kepada orang yang membuat janji dengannya. Fazlia
mengeluarkan handphone dari kocek
seluarnya lantas menekan keypad. Tidak sampai tiga minit satu bayang-bayang
manusia menghampirinya.
“Hai Faz..” ucap Faizol selamba.
“Kenapa sekarang baru sampai? Naik jenuh aku tunggu.”omel
Fazlia, pekat loghat Kelantannya.
“Kau dapat tak mesej aku tadi?!”
“Emm..aku duduk atas motor,nak reply macam mana? Kau ni marah-marah pun masih cantik,tak rugi aku
datang.”
Fazlia menjeling sinis.Dia sangat pasti rancangannya
untuk menjatuhkan Faizol akan berjaya
sedikit masa lagi. Rancangannya diatur dengan menitikberatkan segala aspek. Dia
ingin sangat melihat Faizol, rakan sekelasnya tidak lagi mengganggunya seperti
selalu.
“Faizol, kita duduk kat sanalah!”Fazlia menuju ke wakaf
Al-Sinar di luar kelas mereka dan Faizol mengikutnya dari belakangnya.
“Faz, kenapa baru sekarang kau terima pelawaan aku? Kalau
dari dulu lagi kau berlembut hati, kita tak perlu jumpa kat sini!” Faizol
memulakan bicara setelah mereka sama-sama duduk.
“Siapa cakap aku berlembut hati? Aku datang sini sebab aku ada something nak buat. Kau jangan nak perasan okey.”ujar Fazlia
menyedarkan Faizol.
Masing-masing ada agenda tersendiri. Siapa yang akan
berjaya, mungkin selama-lamanya bermegah diri.
“Straight to the
point okey.Kenapa kau ajak aku datang jumpa kau kat sini?”Agak keras Fazlia
bertanya.
“Takkan nak ajak kekasih sendiri keluar pun tak
boleh..Kita datang sini sebab takde orang..Senang sikit nak…”
“Jangan jadi gila la..”balas Fazlia kasar yang memahami
maksud Faizol.
Faizol bangun dan membelakangi Fazlia. Melihatkan
perangai Faizol, Fazlia dapat mengagak apa yang akan terjadi selepas itu. Dia
turut bangun.
Perlahan-lahan
Fazlia dapat merasakan tangan Faizol merayap dibahunya. Tudung mini asrama yang
dipakainya cuba dibuka oleh Faizol dan Fazlia hanya membiarkan. Sekejap lagi
rancangannya akan berjaya seratus-peratus. Rambut Fazlia separas bahu yang
diikat dibelainya, hati kecil Fazlia dapat merasakan kehadiran orang yang akan
mengetahui perangai buruk Faizol.
Faizol yang tidak tahu apa-apa memeluk Fazlia.
“Faizol lepaskan aku! sakitlah…lepaskan aku bodoh!”
Tengkinngan Fazlia buat mengejutkan Faizol, tetapi dia
langsung tidak mengendahkannya. Dendam Fazlia semakin membara dan semakin
membara.
“Lepaskan budak tu Faizol!”
Satu suara bergema yang langsung tidak disangka oleh
Fazlia apatah lagi Faizol.
“Siapa pula ni, macam mana dia boleh ada kat sini…kacau
betul!”dalam kelam kabut Fazlia bertanya kepada dirinya sendiri.Lain yang
dijemputnya lain pula yang datang.
“Faizol, lepaskan tangan aku, sakitlah.”sekali lagi
Fazlia menjerit.Tangannya dipegang kejap oleh Faizol.
“Lepaskan dia Faizol! Saya tahu siapa awak,kalau awak tak
nak mengadap PK HEM pagi esok, lebih baik awak lepaskan dia. Kalau apa-apa
terjadi pada dia, saya takkan lepaskan awak!”ujar lelaki itu. Kemunculannya
disaat-saat genting bagai seorang hero filem. Faizol kemudian melepaskan tangan
Fazlia dan terus menghampiri lelaki yang
merosakkan rancangannya. Dia cuba menumbuk namun apa yang terjadi sebaliknya. Dia
tersungkur.
“Kalau pengecut buatlah cara pengecut.”laung Fazlia apabila
melihat Faizol tergopoh-gapah melarikan diri. Fazlia ketawa kecil. Faizol
hilang di tengah-tengah kegelapan malam.
“Awak okey? Pakai tudung awak tu, kita kena pergi dari sini
sebelum orang lain datang.”ujar lelaki itu.
Keadaan sekeliling yang gelap menyukarkan Fazlia untuk
mengecamnya, namun dia akur dengan arahan tersebut.Dia mencapai tudungnya yang
berada di atas meja dan memakainya kembali.
“Cepat la sikit.”arah lelaki itu lagi.
“Sabar la, saya
pun nak cepat juga. Apa yang awak buat kat sini? Saya nasihatkan, lain
kali tolonglah jangan masuk campur hal orang. Menyusahkan orang jer!”bentak
Fazlia kasar. Mereka berjalan menuju ke pintu pagar kedua asrama.
“Cik adik, niat saya nak tolong awak, yang awak
marah-marah ni kenapa?”
“Awak tahu tak kedatangan awak tadi menyusahkan saya? Kalau
awak tak datang tadi tentu Faizol dah …”
“Dah apa? Dah kena tangkap dengan PK HEM sebab buat macam
tu kat awak?”lelaki itu menyampuk,dia ketawa kecil,sinis kedengaran tawa itu.
Fazlia semakin bengang. Semua rancangannya hancur. Dia
cepat-cepat berjalan meninggalkan lelaki itu. Nasibnya baik kerana pintu pagar
belum dikunci. Dia menyelinap masuk kedalam kawasan asrama dan seterusnya ke
kawasan blok aspuri.
******************************************************************************************
“Hoi mak…Ya Allah kau ni Ila, tak ada kerja lain ke? Terkejut
aku!”
Fazlia menggosok-gosok dadanya. Kawannya yang seorang ini
suka mengejutkannya.
“Kau pergi mana Faz? Ada budak dorm atas cari kau tadi…”
Fazlia tidak menghiraukan apa yang ditanya Syakila.Dia
membuka pintu dormnya, ramai yang telah tidur. Lampu dorm telah ditutup. Dia
naik ke katil dan terus melelapkan mata sampai ke pagi.
Loceng tamat rehat telah tiga minit berlalu. Fazlia dan
Syakila yang masih lagi berada di kantin tersedar dan berjalan dibelakang
beberapa pelajar lain. Lega mereka apabila mendapati cikgu Nor Hayati, cikgu Bahasa
Malaysia mreka belum masuk lagi. Fazlia membelek-belek surat khabar yang
dibelinya awal pagi tadi. Tidak ada yang menarik, semuanya berita biasa. Terdengar
suara ketua tingkatan, Saiful mengarahkan semua pelajar bangun. Dia mengemas
mejanya yang berselerak.
“Dah la Faz, simpan je surat khabar tu, cikgu pandang kau
la..”bisik Syakila yang berada di sebelahnya.
Fazlia berdiri tegak, terkedu dia melihat cikgu di
hadapan, langsung tak ubah seperti sepupunya. Sekali tatap tiada perbezaan
ketara antara mereka berdua. Fazlia benar-benar tergamam. Dia seolah-olah
berada di awangan. Memori lama kembali tertentang di layar fikirannya.
******************************************************************************************
Setelah mengarahkan pelajar duduk, dia memperkenalkan
diri dengan menulis namanya di white
board. MOHD HAZRIQ BIN HISYAM. Dia kemudiannya bersuara.
“Nama di white
board tu nama saya. Untuk info, ni first
time saya mengajar. Saya harap kita boleh berkomunikasi secara dua hala dan
saling melengkapi antara satu sama lain. Saya tahu kelas ini merupakan kelas
harapan sekolah, guarantee semuanya
bijak-bijak, so harap takde masalah
untuk kita menjalani proses P&P.”Hazriq berhenti sekejap.
“Untuk pengetahuan semua juga, saya bukan guru ganti, saya dari UPSI dan buat praktikal kat sekolah ni. Secara kebetulan Puan Nor Hayati baharu sahaja bersalin, saya akan menggantikan beliau. Kalau ada apa-apa awak semua boleh bertanya pada saya.”
Panjang lebar cikgu baharu kelas Fazlia memulakan salam
perkenalan. Dalam beraninya masih nampak gementar.
Cikgu Hazriq membuka soalan untuk pelajarnya. Mungkin ada
yang mahu bertanya sesuatu. Riuh-rendah suara rakan-rakan mengajukan soalan. Lepas
satu-satu, sehinggakan cikgu dihadapan pening untuk menjawabnya. Apapun dia
senang dengan kerenah mereka. Seorang demi seorang bertanya.Ada yang
bertanyakan hal peribadi, tak kurang juga perkara formal.
“Okey, awak orang terakhir. Ada soalan tak?” Fazlia
kelam-kabut. Tidak sedar akan gilirannya.
“Fazlia awak takde soalan ke?!” Soal cikgu Hazriq lagi.
Seperti biasa, Fazlia dengan soalan bodohnya. Dia sekadar
bertanya acuh tak acuh. Selamba Cikgu Hazriq menjawab walaupun sedar soalan itu
tidak sepenting mana. Seketika Fazlia dapat merasakan bahawa dia pernah bersua
muka dengan cikgu muda itu, tetapi bila, di mana, dan bagaimana mereka boleh
berjumpa Fazlia tidak pasti, dan dia tidak dapat mengingatinya.
“Fazlia!Faizol!Lepas loceng pulang nanti saya nak jumpa
awak berdua. Emm..tunggu saya kat sini petang ni ya.”
Faizol mengangguk serius, Fazlia hanya diam. Faizol. Masing-masing
dalam kebingungan dan bermasam muka. Sepanjang penantian yang memakan masa
selama tiga jam membuatkan Fazlia tidak senang duduk.
“Hei Faz! Siapa lelaki yang kau upah semalam hah?”
Dari jarak dua meter Faizol semakin dekat dengan Fazlia.
“For your
information, aku takkan bazirkan duit mak bapak aku semata-mata nak upah
orang pukul kau. Tapi..best juga kan
makan penumbuk free…Pengecut!”ujar
Fazlia geram. Pandangannya dialihkan kearah luar.
“Faz kau jangan sombong, kau belum kenal siapa aku.”bentak
Faizol. Berbau ugutan. Saat Fazlia mahu membalas Cikgu Hazriq sampai. Salamnya
disambut acuh tak acuh.
“Saya minta maaf buat awak berdua menunggu.”tutur Cikgu
Hazriq.
Senyuman berserta dengan kedua-dua belah lesung pipit mencomelkan
wajah cikgu muda itu.
“Saya nak tahu apa yang awak berdua buat semalam.”
Fazlia terkejut. Faizol lagilah! Persoalan di minda yang
bersarang sejak pagi tadi terlerai. Rasa kesal tercalit dihati Fazlia dek
kerana sikap kurang ajarnya semalam. Lebih sepuluh minit menunggu Cikgu Hazriq
berbincang dengan Faizol, Fazlia mengambil keputusan balik ke asrama sekejap.
Perutnya terasa lapar.
Fazlia masuk ke
kelasnya dan menegur Cikgu Hazriq sekembali dari asrama. Resah bertandang
dihatinya apabila mata lelaki itu merenungnya dengan renungan sayu.
“Kenapa cikgu?”Tanya Fazlia selamba, tujuannya untuk
mengalihkan pandangan cikgu itu.Cikgu Hazriq cuma mengangkat kening.
“Cukuplah minum air berkabonat tu, tak elok untuk
kesihatan.”
Lain jawapan yang diharap lain pula yang Fazlia dapat. Dia
tetap tersenyum, terimbau kembali segala teguran-teguran sama yang pernah
dilontar kepadanya ketika dulu. Tetapi inilah Fazlia, sekali dilarang sekali
dia berhenti. Tak suka diarah, dan tak suka mengarah.
“Fikir apa?”
Pertanyaan Cikgu Hazriq mengejutkan Fazlia dari
lamumannya.
“Straigt to the
point, saya cuma nak tahu kenapa awak benci pada Faizol dan kanapa awak
perangkap dia semalam?”
Soalan Cikgu Hazriq membuatkan Fazlia lemah
segala-galanya, hilang semua mood baiknya. Menyampah benar dia mendengar nama Faizol
disebut. Bisa aman hidupnya jika dalam satu hari dia tidak mendengar nama itu.
“Faizol tu baik sebenarnya, dia cuma…”bagai halilintar
yang memanah dadanya, pedih dan sakit yang teramat! Dia tidak menyangka Cikgu
Hazriq akan turut menyebelahi Faizol sedangkan dia sendiri menyaksikan apa yang
telah berlaku semalam.
“Kalau cikgu kata dia baik takkan adalah orang jahat kat
dunia ni. Tapi biasala kan, cikgu dan dia sama-sama lelaki, sama-sama ego!”Hazriq
katawa, tercuit hatinya dengan kata-kata Fazlia. Wajah gadis itu dipandang.
Dia tidak menyebelahi sesiapa, tidak Faizol tidak juga
Fazlia kerana apa yang berlaku adalah rancangan kedua-dua pelajar itu. Atau
dalam erti kata lain kedua-dua mereka memang bersalah.
“Cikgu jangan persendakan kata-kata saya sebab apa yang
saya cakap ni semuanya benar. Cikgu tak tahu apa-apa!”Fazlia berhenti sekejap.
“:Cikgu tak tahu Faizol
dan keluarganya pembunuh!”
Butir bicara Fazlia mengejutkan cikgu dihadapannya. Wajah
Fazlia yang merah dan penuh kebencian menjelaskan kedudukan Faizol dan keluarga
dihati Fazlia. Tetapi perkataan ‘pembunuh’ menggerunkan Hazriq. Kenapa
pembunuh? Siapa yang dibunuh Faizol dan keluarganya? Benarkah apa yang
dibicarakan Fazlia? Dan kalau betul kenapa Faizol masih bebas? Hati Hazriq
berbicara dengan pelbagai persoalan berat.
“Fazlia, memang
saya tak tahu apa-apa dan sebab tu awak kena bagi tahu saya.”
Fazlia menundukkan
kepalanya. Bagaimana dia boleh bercerita, selama ini dia langsung tidak
menceritakan kepada sesiapa kerana tidak sanggup untuk mengungkit kembali
bagaimana tragisnya kematian orang yang disayanginya. Bila mengingati kejadian
itu, dirinya bagai sudah tidak dapat dikawal dan dia tahu waktu itu apa sahaja
boleh berlaku.
“Kalau tak keberatan, boleh saya tahu siapa yang
meninggal?”teragak-agak Hazriq bertanya, takut kalau-kalau pertanyaannya
mengguris hati pelajarnya yang bersandar dimeja.
Apa yang ditakutkannya terjadi. Ada riak sedih diwajah
Fazlia. Tangan kecilnya menggosok mata yang berair. Dari pengamatan Hazriq, Fazlia
cuba sedaya upaya menghalang air mata jernihnya supaya tidak membasahi pipi.
“Fazlia tak guna awak memaksa air mata awak daripada
tidak terus mengalir, biarkan ia akan berhenti sendiri.”
“Tak, saya tak selemah yang cikgu sangkakan. Saya tak
akan biarkan air mata melemahkan saya.”ujar Fazlia seyakin mungkin. Dia cuba
mengukir senyuman tetapi senyumannya tetap kelat.
“Saya tak fikir awak lemah. Setahu saya awak kuat, tapi
setiap kekuatan tu ada kelemahan. So, awak
tak perlu nak sembunyikan semua tu. Bagitahu saya kenapa awak benci sangat
dengan Faizol..”
Fazlia menjeling tajam pada Cikgu Hazriq.
“Cikgu ni tak faham ke? Kan saya dah kata dia tu jahat. Kalau
dia baik takkan saya nak benci! Saya dah bosan dengar nama Faizol…Saya nak
balik.”
Tanpa menunggu jawapan daripada cikgunya, Fazlia seperti
lipas kudung mengambil bukunya dan terus berlalu dari situ. Walaupun Cikgu
Hazriq memanggilnya, namun dia terus melangkah.Baginya,untuk apa dia terus
disitu jika sekadar terpaksa menadah telinga mendengar pujian terhadap
Faizol.
Syakila usai mendirikan solat, lewat Asarnya hari
ini.Dia,Fazlia dan Farhana bersiap untuk turun ke Dewan Selera. Kelihatan Siti
Aqlima sudah siap menunggu mereka disitu. Dia melambai ke arah mereka sambil
tersenyum. Aroma masakan dari dapur Dewan Selera menusuk ke rongga hidung. Masakan
Mak Cik Ani, salah seorang tukang masak disitu memang sedap. Selain
ramah,rata-rata penghuni asrama memuji keenakan masakannya.Jarang rungutan
kedengaran. Kebanyakan rakan-rakan lain
sudah menjamu selera di meja masing-masing. Fazlia memilih meja yang paling
hujung ke kiri dari lajur yang ketiga. Syakila, Farhana dan Siti Aqlima
masing-masing dengan tray yang penuh
dengan menu hari Isnin. Fazlia pula hanya dengan segelas air sejuk dan sehiris
buah tembikai. Perutnya tidak lapar. Walaupun menu hari ini adalah kegemarannya
tetapi seleranya memang mati sejak tengah hari tadi.
“Faz, betul ke kau tak lapar? Tengah hari tadi kau tak
makan.” Syakila Marini bertanya.
Fazlia tersenyum, ingin menenangkan hati temannya.Dia
memang tidak lapar dan kalau dia lapar sekalipun, pandai-pandailah dia cari
makanan sendiri.
“Kak Ila tu bukan apa dia risaukan Kak Faz aje.”sampuk Siti Aqlima pendek.
“Dah tak lapar nak buat macam mana!”
“Kak Ila tu bukan apa dia risaukan Kak Faz aje.”sampuk Siti Aqlima pendek.
“Dah tak lapar nak buat macam mana!”
Syakila mengeluh kecil. Kawannya itu memang degil. Setakat
nasihat jika tak dipaksa tak mungkin akan didengarnya. Hatinya yang keras
seperti batu itu tidak mudah untuk mencair. Dia tidak mudah untuk berganjak
daripada keputusan yang diambil. Tiada siapa yang boleh mengubah keputusan
Fazlia, jika ada yang membangkang habis-habisan sekalipun dia tidak akan
mempedulikan. Putih katanya,putihlah kata insan disekelilingnya. Kerana hanya
dengan satu ketidakpersetujuan kata, Fazlia mungkin akan kembali ke dunia fantasi halus yang mana imaginasinya
penuh kegelapan. Bukan diminta Fazlia untuk hidup sebegitu, malah sehabis daya
dia cuba kuatkan diri menghadapi dan meninggalkan dunia berbeza itu. Mungkin takdir
ALLAH yang menentukan. Siapa dia untuk menyalahkan takdir. Tapi, tetap ada
usaha untuk suatu perubahan.
Sebagai kawan rapat, tumbuh akar kesedaran dihati kecil
Syakila untuk menolong Fazlia sedaya-upaya supaya kawannya kembali seperti
sediakala, ceria, kelakar, tabah dan berfikiran positif. Dia rindu akan sifat
Fazlia yang dikenalinya dulu. Senyumannya ikhlas lagi manis, berbeza sekarang. Sukar
untuk dia melihat Fazlia tersenyum apatah lagi ketawa. Semuanya berubah kerana
satu KEMATIAN.
terbaik...hihihi
BalasPadamdaebakkk..hihi
BalasPadam