Cabaran 30 Hari | Hari 23: Kerjaya Lain Yang Nik Impikan - Fatihah Fazlin

Selasa, 23 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 23: Kerjaya Lain Yang Nik Impikan

ASSALAMUALAIKUM.


Kerjaya Lain Yang Nik Impikan | Semua orang ada keriaja impian masing-masing. Alhamdulillah nik sekarang sudah bekerja dan berjawatan tetap. Walaupun gaji tidaklah tinggi, tapi cukup untuk hidup bersederhana. Sambil-sambil tu, ada jugalah mencuba nasib dengan buat side income. Alhamdulillah, adalah rezeki walau tak banyak. 

Ramai antara kita nakkan kehidupan yang selesa dan mewah kan? Mesti semuanya mahukan kesenangan dalam hidup. Tapi bukan mudah nak dapat sesuatu kerja yang kita impikan. Nak jadi doktor? Nak jadi peguam? Nak jadi pensyarah? bukan senang. Kena mulakan semua ni di alam persekolahan lagi. 

Sebelum ni, macam-macam kerja yang nik impikan. Tapi tak pernah terdetik kat hati ni nak jadi doktor, tak tahu kenapa. Kerjaya impian nik sejak dari dulu sampai sekarang cuma nak jadi ahli politik ataupun peguam, yang berjaya, yang mampu membawa kebaikkan kepada masyarakat dan negara. Tapi sayang, tak kesampaian. Belajar sekerat jalan inilah jadinya.! hahaha. 

Tapi nik tak kisah sedikitpun, sebab nik rasa impian nik masih lagi boleh dikejar, i'm just 21 now! hahahaha. sempat lagi nak sambung belajar kalau rajin. And memang i've struggle for it!  Mesti korang tertanya-tanya kenapa nak jadi ahli politik? bukankah ahli politik ni lebih sesuai untuk lelaki kerana ia lebih mencabar? Bagi nik, kalau sesuatu kerja tu lebih mencabar, lagilah nik suka. 

Nik suka bercakap. But please noted, nik suka bercakap perkara yang boleh membawa perubahan dalam sesuatu. Bukan hanya sekadar cakap kosong tanpa bawa apa-apa makna. Nik sukakan kebenaran. Sejak dari dulu bercita-cita nak jadi peguam sebab nak bongkar kebenaran. Huhu. Nik rasa ini semua disebabkan terpengaruh dengan detective conan !


Bagi nik, siapa pun kita, apa pun kerjaya kita. Kita kena sentiasa pandang ke bawah. Tak lupa juga nik nak ucapkan tahniah pada rakyat selangor serta menteri besar baru mereka, Azmin Ali. Semoga dengan pimpinan yang baru ni akan mencorakkan Selangor ke arah kemajuan yang di senangi oleh semua orang, dan yang paling penting ALLAH. 




1 ulasan:

  1. Nik masih ada banyak masa dan peluang lagi untuk belajar jadi peguam :)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard