Operasi berjimat cermat - Fatihah Fazlin

Jumaat, 16 Januari 2015

Operasi berjimat cermat

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulillah.. tahun 2015 ni nik mula tanamkan satu tekad baru. Insyaallah. Bermula dengan melatih diri untuk berjimat dengan menabung. Kalau sebelum ni sifat boros nik terlalu keterlaluan sampai ditegur dan selalu ditegur oleh abe li dan my mom.. sekarang nik dah nak cuba ubah. Dan bermula hari ni, hari bonus**hehehe** nik akan mulakan operasi berjimat cermat dan operasi menabung. Satu tabung hand made telah nik siapkan.

Satu cara menabung yang telah dikongsikan oleh kawan tempat kerja nik. Tabungkan wang pelik dalam dompet kita. Wang pelik tersebut adalah wang kertas rm5. Warna hijau. Jarang sekali ada dalam dompet. Kalau ada terus masuk tabung. Nik akan amalkan perkongsian kawan nik ni.

Selain tu jugak, bagi membanyakkan tabungan**cewaaahh** nik akan mengumpul syiling. Setiap kali ada syiling dalam dompet, nik akan cuba nasihat kat diri sendiri supaya katakan tidak pada gula gula rm0.50. Syiling yang dari sekecil 1 sen hingga sebesar 50sen akan ni tabungkan. Insyaallah..



Operasi berjimat cermat


Harap nik mampu latih diri menabung dan berjimat cermat. Aminn..

Saat ni... nik masih menunggu kemasukkan Brim 4.0 masuk ke akaun. Kalau masuklah.. tapi nik tak mengharap sangat sebab tahun lepas pun nik tak dapat.kihkihkih.

Menjelang 2016 nanti nik harap dapat menyimpan sebanyak yang mungkin. Untuk masa depan. Untuk hal hal kecemasan jugak.  Semoga lepas ni, diri ini tidak lagi boros dan sentiasa berjimat cermat. 


4 ulasan:

  1. kitorg laki bini pon beli tabung yg tinggi paras lutut tu, pastu penuhkan dgn syiling.. bila dah penuh n berat gila2, terus masuk akaun anak.. happy dgn hasilnya, hehe~

    BalasPadam
  2. antara tips yg saya dapat ialah masukkan rm1 dalam tabung setiap hari. kalau nak ok lagi sehari rm10. hehehe :D

    BalasPadam
  3. good idea tentang tabung wang pelik tu fatihah..boleh dipraktikkan ni, nice sahring dear :)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard