Assalamualaikum.
Masalah hati dan perasaan ni, payah sangat kita nak jangka. Kita boleh saja rasa dan alami pelbagai perasaan. Tapi satu yang boleh buat kita "okey, aku dah penat nak fikir" maka, masa ni rasa tawar hati tu akan muncul tiba-tiba.
JAGA-JAGALAHLAH!
Akan terlalu payah bila manusia dah mula tawar hati.
Akan jadi sukar untuk memeriahkan hubungan andai benda ni terjadi.
Betul..
Bila hati dah tawar, perasaan tu akan sedikit demi sedikit akan pergi, ibarat di bawa angin.
Benda tak nampak. Susah nak terang.
Tapi hati bila ia merusuh, semua jadi sebu.
Jangan pernah harap lagi ada kata pujuk.
Jangan harap lagi ada pihak megalah.
Sebab semua tu payah.
SEBAB bila tawar hati, rasa pun menghilang.
Jiwa pun mula "KUAT" untuk kata tidak, menolak.
Jangan pernah, biar manusia tawar hati dengan kau.
Lebih lagi jika manusia itu wanita.
atau mereka akan kosongkan hati,
dan kau akan selamanya "tiada".
Tiada ulasan:
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.