Movie Review: Chappie - Fatihah Fazlin

Selasa, 17 Mac 2015

Movie Review: Chappie

ASSALAMUALAIKUM..

Movie Review: Chappie| Sementara mood ada, baik ambe tulis cepat kan. Nanti tak tulis, menyesal pulak. hihihi. Korang dah tengok movie CHAPPPIE? Belum? Alaaa..rugi tau sebab cerita ni best *my personal oppinion la* lain orang lain citarasa, maka pendapatnya pun lain. 

Cerita macam ni, nik suka sebab senang nak hadam. Tak yah nak fikir apa, just tengok.  bila habis keluar panggung. releks. Nik p tengok movie ni kat centre point, sabah. Tak ramai manusia sebab hari isnin malam. Kalau weekends, tak ingin la nak p tengok, penuh! nak jalan pun tak sanggup..





Okeyy.. meh nak cerita serba sedikit pasal cerita CHAPPIE.

Cerita bermula bila si Deon ni mencipta satu chip baru..before this memang dia banyak cipta robot untuk kegunaan polis(droid). chip baru tu di pasang dekat robot droid yang dah musnah. Robot dengan chip baru ciptaan Deon ni, menariknya tak sama dengan robot yang sebelum ni. Robbot baru ni ada jiwa. Sama macam manusia. Malah dia lebih berperikemanusiaan!  


 Comel tak chappie? hehehe

Dalam pada deon nak test robot untuk chip baru ciptaan dia tu, dia di culik oleh geng gangster. Tujuan mereka culik deon sebab mereka tahu deon boleh buat sesuatu untuk tolong mereka dapatkan duit untuk bayar hutang or something like that la.. mereka paksa deon untuk hidupkan robot yang dah musnah tu.. 

Then.. lahirlah CHAPPIE dengan rupa droid(polis) tapi memiliki akal budak-budak..macam baby. part ni lawak. satu panggung ketawa.. me tooo! hahaha. Chappie di ajar untuk mengenal sesuatu. Semasa proses pembelajaran tu, bermacam benda lawak la yang berlaku. Chappie tinggal bersama gang gangster iaitu Ninja, Amerika dan Mummy(watak perempuan,chappie panggil mummy) hehehe. 


 mummy..ninja..amerika...chappie

Macam macam berlaku kat Chappie. Ninja nak gunakan chappie untuk buat rampasan sebab nak bayar hutang. dia banyak putar belitkan keadaan sehingga chappie terjebak sama. Rakan sepejabat deon pulak marah kerana hasil kerjanya tidak diterima. Dia plan untuk balas dendam. So masa ni banyak la situasi cemas.  banyak watak meninggal. 

Endingnya sedih sikit.. huaaa.. nik pun terkeluar air mata. dah tak mampu nak tahan.. tapi agak tak logik pulak, yang nak meninggal/dah meninggal boleh hidup balik as a robot.. hummm. Tak nak cakap banyak, overall not bad la movie ni. Mungkin boleh bagi 7/10 kot.. hehehe..  

So korang kalau nak tahu the real story CHAPPIE, kena tengok lah ye. :)


1 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard