Alternatif Lain Untuk Kurus Selain Diet - Fatihah Fazlin

Selasa, 24 Mac 2015

Alternatif Lain Untuk Kurus Selain Diet

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau korang ada terbaca entry nik yang sebelum ni, mesti korang tahu nik ada mengamalkan diet atkins.. hehehe. sebulan jugaklah tempohnya.. And guess what.. nik turun dalam 7kg gituuu..fuhhh.. alhamdulillah la, walaupun tak nampak sangat penurunannya ssecara fizikal, tapi kira okeylah. 

Serakang ni nik masih latih diri untuk diet, tapi tak buat atkins dah. hehehe.. Kenapa? hahaha, tak menahan nak makan nasi. Kehkehkeh. Nak buat atkin memang betul-betul kena kental. Nik respect la dengan mereka yang buat Diet Atkins berbulan bulan ni.. sampai ada yang paling hebat nik pernah baca ada yang dari berat 90kg boleh berkurang sampai 50kg.. hebakk ahh...

Nik pun memula plan nak buat selama 3 bulan tapi tak kesampaian.. kehkehkeh. takpe, kita cuba cara lain. 
 
Kalau ada antara korang berminat nak tahu pasal Diet Atkins boleh refer  entry sebelum ni... Ketosis Dalam Diet Atkins, Cara shopping Atkiners, Diet Atkins: Induction fasa 1, Diet Atkins Serasikah?.
 
Tapi sekarang nik nak share beberapa alternatif lain untuk kurus.. hehehehe. Benda ni tak menjanjikan "buat hari ni, esok terus kurus". Korang kena usaha banyak. Terlalu banyak! Terutamanya yang mengalami masalah obesiti melampau. Bukan setakat JAGA MAKAN. Bukan setakat BERSENAM. Kita kena gabung dua-dua baru resultnya meletopsssss...dan nik sendiri try so hard untuk kedua-duanya. Selagi termampu. 
 
Kadang ada jugak mengelat. Makan eskrim magnum la. Chipsmore la. kekekeke *Jangan tiru aksi ini*
 
So, here we go : Alternatif Lain Untuk Kurus Selain Diet
 
1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.  
 
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
 
3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
 
4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
 
5. Badan Langsing Selepas Bersalin: Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara (Halia Cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
 
6. Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.    
7. Petua yang mudah dan kos yang murah untuk mengempiskan Perut. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 
 
Benda ni senang je kalau ada bahan-bahannya kan? Sape-sape yang tengah gigih nak kuruskan badab=n macam nik ni, jom sesama try. Manatau berkesan. Tapi jangan lupa jaga makan dan jaga senaman. hehehe. Selamat mencuba :)
SUMBER
































6 ulasan:

  1. Bila cakap sal diet atkins, ana dapat tahan sebulan je...nampak nasi terus lemah... tapi bagus juga tips yang lain sebab air asam jawa dan limau tu memang antara minuman feveret..boleh cuba nie..hehehe

    BalasPadam
  2. Petua nak berisi sikit ada x? sedih ehh.. takat ni berat 45kg x naik2... cer bg tips sikit slain makan minum dan tidur..bagi si kurus comel mcm i..hikhikhik..

    BalasPadam
  3. Suami saya pengamal diet atkins..dengan disiplin yang tinggi memang loss weight dia dari 110kg jadi 67kg..but now maintain 72kg..berat ideal..kalau nak senang dan rajin ikut petua nik pun ok gak :)

    BalasPadam
  4. atkins cannot go laa.. mana laa boleh tak makan nasi ida ni HHAHHAHHA

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard