Movie Review: Jurassic World The Best ! - Fatihah Fazlin

Isnin, 15 Jun 2015

Movie Review: Jurassic World The Best !

Assalamualaikum.

Hai korang ! 

Siapa dah tengok Jurassic World? Angkat tangan ! Fuhh. cerita yang penuh dengan debaran, setiap masa kena bersedia untuk kejutan. Dan confirm bergema satu panggung.Bagi yang belum tengok lagi Filem Jurassic World ni, korang harus pergi tengok dan rasai sendiri. Dan nik rasa kalau tengok movie 3D lagi best kot. haha


Filem Jurassic World ni keluar kat pawagam Malaysia 11 june kalau tak silap nik. Alang-alang keluar pergi poslaju kelmarin, nik terus tunaikan hajat dihati untuk tonton filem best ni. Macam mana boleh tahu best? Tegok trailler dia ehh.. Kalau tengok trailler perasaan jadi lain macam, memang kena cari panggunglah. Kalau tak, memang sesal sendiri lepas tu. hehe


So, apa yang menarik sangat dengan movie Jurassic world ni?  Bagi nik, secara keseluruhan jalan cerita dia menarik even lebih kurang 5 minit pertama tu boring. opss. Teknik cgi yang digunakan memang nampak real. Biaslah cerita holloywood kan. 

Cerita bermula selepas 20 dekad Jurassic Park yang dulu dibagunkan kembali menjadi Jurassic world yang terletak di sebuah pulau di Costa Rica. Pulau ni dipenuhi dengan pelbagai spesis dinasour! lebih menarik ia telah dibuka dengan pelbagai 'pertunjukan' di taman tema ini. Dan dengan kecerdikan ahli saintis yang bertugas kat sana, mereka telah mencipta seekor dinasour: giant, brilliant dan hybrid dinasour iaitu, Indominus Rex.

Indominus Rex bukan dinasour biasa dan dia telah berjaya memanipulasi semua untuk keluar dari kurungan. Indominus Rex telah menyebabkan them park tersebut huru-hara.  Kat sini macam-macam scene mendebarkan yang kita boleh saksikan. Clarie, heroin cerita ni dikejutkan dengan dua anak saudaranya yang hilang semasa Dinasour besar tu terlepas. Rupanya, memang dua anak saudaranya diburu oleh Indominus Rex!

Clarie terpaksa meminta bantuan Owen, yang sebelum ni memang tak bersetuju dengan pihak pengurusan yang mewujudkan Indominus Rex ni terpaksa membantu memandangkan dia memang seorang trainner dinasour. Oh.. Owen train 4 dinasour  lain(delta, blue, echo, charlie), tapi saiz dinasour dia train tu keciklah.

 






Insiden terlepasnya Indominus Rex dari sangkar kurungan menyebabkan banyak babak babak menarik dan mandebarkan untuk kita tonton. Usaha Owen untuk menyelamatkan anak saudara claire. Kematian ramai pengunjung theme park tersebut. Macam-macam lagilah. 

Nak tahu lebih, make sure korang g tengok tau. Serius bagi nik, Jurassic World The Best ! ! Nik nak bagi 4.8/5 . hahaha

Bai bai


2 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard