Perdana Park, Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah. - Fatihah Fazlin

Isnin, 8 Jun 2015

Perdana Park, Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah.

Assalamualaikum..


Perdana Park, Tanjung Aru Sabah | Hari tu masa adik adik nik datang Sabah, nik tak tahu nak bawak diorang berdua ke mana.Untuk pergi kawasan luar Kota Kinabalu macam Kundasang War Memorial dan Desa Dairy Farm memang  dah kitaorang plan awal. Cumanya, nak habiskan masa jalan jalan sekitar  KK ni agak pening. Hahaha walaupun dah dua tahun kat kk, nik masih tak berapa nak tahu tempat tembat menarik kat kota kinabalu ni. So, memang akan googlelah.




Google membawa kami ke Perdana Park di Tanjung Aru Kota Kinabalu. Kami pergi malam, dalam jam 8 lebih macam tu, lepas isyak. Dan.. nik ingatkan kat sini tak ramai orang. But i was wrong.. manusia penuh kat situ. Dengan family dan anak-anak, ada yang jogging kat situ. Ramai kot yang jogging kat Perdana Park ni. dari belia muda hingga atuk atuk. Best pulak tengok.


Perdana Park ni sebenarnya taman berlandskap yang bertemakan musikal. Kat tengahnya ada kolam yang mana kat situlah adanya air pancutan berlampu. Dan bagi nik memang cantik la. Insfratrukturnya pun cukup lengkap la. Trek jogging pun best.  





Kalau kena gaya, gambar memang cantik. Tapi memandangkan nik guna telefon tak berapa nak canggih, nak ambil gambar pun nik tak reti... so muncullah gambar tak berapa nak jelas ni. hehehe.. Tapi kalau korang Google Perdana Park Kota kinabalu memang akan jumpa gambar yang superb.


Waktu malam banyak parents bawak anak-anak kat sini. Nik perasan ramai budak-budak excited main giant bubbles kat sini. Adik nik pun sama.





Perdana Park is a newly built public attraction at Hone Place in Tanjung Aru in Kota Kinabalu. It is a landscaped park with musical fountain pool at the centre. Early morning and late evening is the prime time for the park as most people visit then. Three fountain sows take place between 7 and 8:40 at night. The music and the lights are good and the shows are great to pass time. There is also a stage for cultural programmes. Car parking and toilet facilities in the park charge a fee. Perdana Park remains open from 6 in the morning to 10 at night. -go sabah

Bolehlah kalau korang nak bawak family jalan-jalan kat sini. Seronok.


8 ulasan:

  1. wahhh cantiknyaaaa...tiba tiba akak tergoda... he he he...

    BalasPadam
  2. Fuuuuhhh... Lawa... agak2 tempat ni mengalami sekali tak gegaran terbaru ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya gegeran rasa jugak sini... sebab area KK jugak..

      Padam
  3. Cantikkan..pernah pergi jugak hehe btw duk KK jugak ke? Sy pon duk KK, kerja sini :)
    Salam perkenalan ye..oh yaa sy pon ada buat entry pasal perdana park ni..usha2 la blog sy...byk jugak tempat2 yg sy dah p..boleh ronda2 KK ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. ye akak..sy kerja kat sabah.. kat area kk jugak.. salam kenal akak.. insyallah nanti nak singgah blog akak..

      Padam
  4. cantik dan meriah suasana kat sana..bawak budak2 memang diorang suka ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memeng meriah kak mi.. ramai parents bwk budak malam2.. syokkk.

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard