Gempa Bumi di Sabah. - Fatihah Fazlin

Jumaat, 5 Jun 2015

Gempa Bumi di Sabah.

Assalamualaikum.

Gempa bumi yang turut nik rasakan. Lebih kepada gegaran sebenarnya. Alhamdulillah takde apa.. Dah dua tiga hari tak update blog. Sibuk dengan diri sendiri. Hati ni terpanggil nak update sebab kejadian gempa bumi pagi tadi. Kali kedua merasakan gegaran sepanjang hidup ni. Masyaallah. Hebat kuasa tuhan. Tanah landai tempat nik duduk pun terasa kuat gegarannya. Terus terfikir amal kebaikkan diri. Ada ke? 

Masa gegaran gempa bumi pagi tadi nik dalam perjalanan balik dari tempat kerja.. Berjalan kaki saja. dekat. Singgah di kedai runcit pertengahan jalan. Masa tu duk tengah tanya penjual harga sosej. Tiba tiba rasa diri sendiri macam digoyang. Eh. Rak kedai tu bergerak. Kereta orang yang paking kat luar pun bergerak. Bukan bergerak sebab enjin hidup! 

nik nak bayar tak jadi. Orang kedai runcit tu, which is pakistan dua tiga orang tu lari keluar. Nik terpinga-pinga kat kaunter. Gegaran masih rasa. Semuanya cepat. Tak sampai dalam 1 minit pun. Tengok semua orang lari keluar, nik pun keluar jugak. Humm. 

Masa tu dah terdetik kat hati.. gempa bumi? Tsunami? Istigfar dalam hati. Takut. Bertakung air mata. Kenang diri yang yang banyak dosa. Allahuakbar. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa. Tapi dah namanya manuSia...dan nik lagilah manusia biasa... kejadian macam ni timbulkan keinsafan. 


Masih gegaran. Tapi bila tengok pakistan tu masuk balik kedai dia.. nik pun terus masuk. Tanya dia. 

"Gempa bumi ni kan?"

Dia jawab

"Gempa" lepas tu dia sengih dengan muka takut. Mau tak takut kan? 

Gegaran hilang. Nik suruh dia kira. Singgah seven eleven di sebelahnya beli topup. Nak msg mak, nak bagitahu. Okey.. on the spot mak msg suruh beli tiket balik kampung. Mahal takpe biar dia bayar. Dia risau. Huhuhu. Eh. Kat seven eleven  tu ada dalam 6 7 orang. Semua bertanya... masih samar samar apa yang berlaku. Terkejut mungkin. 


Nik jalan balik. Rumah apartment. Tinggi. Itu yang nik takut. Semua jiran2 dah turun kat kawasan lapang  mostly cina. Cari kawan serumah semua takde. Masa tu nik decide nak naik je panggil dorang turun. Masa nak naik lift, housemate turun ikut tangga. Ada dia je kat rumah. Kitaorang turun kat kawasan lapang.. lama jugak duduk situ.. jam 8 suku macam tu semua orang naik. Kami ikut naik. Tapi ramai jugak yang bawak famili keluar dari kawasan. Bawak beg. Mungkin pergi rumah sedara yang jenis atas tanah. Nik rasa mereka yang duduk tingkat 10; 11... 


Hummm. Balik dari kerja malam, serius mengantuk.. masuk rumah tak boleh nak tido. Baca fb.. ada yang cakap akan ada gegaran susulan mungkin jam 9 lebih.. nik apalagi.. Panggil kawan.. siap2 pakai tudung apa semua..langkah jaga-jaga.. kalau ada gegaran lagi pecut turun bawah.. tertunggu sampai jam 10... tak berlaku.. alhamdulillah.. tapi tetap takutlah. Sampai tertidur di ruang tamu dengan tudungnya.. jam 1.30 tersedar. Alhamdulillah semuanya masih selamat. Semoga Allah lindungi kami di sini. Amin. 


Oh ya. Masa jiran jiran dok takut kelam kabut ada couple mat salleh, yang perempuannya duk sibuk pengang dan teguk botol arak. Betul-betul depan kami. dia nampak risau, tapi mungkin dia nak hilangkan kerisauannya dengan minum air kencing syaitan tu. Wallahualam. 

Semoga Allah buka pintu hidayah dia. Dan semoga Allah tetapkan hati kita untuk terus dan sentiasa di jalanNya. Amin..


6 ulasan:

  1. Singgah petang...
    bumi kita dah makin tu..
    Ya Allah...Engkau lindungi lah hamba² ini Ya Allah...Aminn

    BalasPadam
  2. semoga kita semua selamat2 je nik....huhu... :(

    BalasPadam
  3. semoga kita semua dalam lindungan ALLAH SWT nik.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  4. semoga semua mangsa berada dalam keadaan tenang sekarang ni. harap dijauhi dari segala musibah

    BalasPadam
  5. Nik duk mana?? Umah akk teres time yg first gegar tu akk rs gak..duk nyusukan anak...memang berderau darah dpt tahu gempa bumi huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tggl dekat jalan kebajikan akak... akak kat mana.? teres mana eh? Hehehhe.. memang takut akak masa tu.. rasa nak nangis ja.. sebab sorg2 .

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard