Hai..
Hai korang, assalamualaikum.
Weekend hari tu nik try buat donut, menjadi weh! terus excited giler sebab first time buat terus jadi dan hemm cantik je rupa donut ai. Gebu! Takdelah susah sangat pun kan nak buat donut ni, kena rajin sikit je, terus jadi. hekhek
Seronok weh bila benda yang kita nak sangat tu menjadi. |
Alkisahnya nik termengidam donut lambung kat tepi jalan ontheway balik kampung, tapi tiap kali lalu situ asyik tutup je. Banner besar gedabak tapi kedainya tutup, bukan sekali tapi banyak kali lalu kedai tutup. Kita ni dah membuak-buak nak try donut lambung tu, rupanya pun tak pernah tengok. Sedihhh.
Dah frust tu, dapatlah ilham nak buat sendiri je. Nik google je resepi donut simple dan senang nak buat. Dah buat, eh jadi cantik je kejadiannya. Bangga jap maklumlah kita noob bab bab buat kuih ni.
Bahan-bahan pun senang sangat. Cuma perlukan:
-Tepung gandum 500g
- Yis mauripan (guna separuh je)
- Susu cair 2 sudu
- Gula halus 1 sudu
- Garam 1 sudu kecil
- Air
Yis tu bancuh dulu dengan air suam. Lepas tu campurkan semua bahan uli sampai adunan tak melekat, Biarkan adunan dalam sejam setengah. lepas tu dah boleh bahagikan ikut lah besar mana. kalau nak donat korang besar-besar sekali makan kenyang, buatlah besar. Saiz nik buat ni kecil je. Dapatlah dalam 22 biji. Bolehla bagi kat jiran, heheheh
Ada resepi nik baca dia letak telur, terserahlah. Tapi nik ikut resepi nik alhamdulillah terus jadi kiranya terus guna resepi ni jela sampai bila-bila.
Bestnya...kalau akak beli je la..mmg tangan x seni buat kuih...
BalasPadamSamalah kita kak. Jarang sangat buat kuih-kuih ni. Selalu beli jugak.
PadamElok sungguh rupa doh fatihah buat tau, wah mengidam donut lambung ye hehe namanya pun cukup buat sesiapa nak mencuba. Rajin dia, buat sendiri lagi banyak boleh makan, silap2 boleh kirim dekat jiran sikit hehe.
BalasPadamRajin sekali sekala kak juju. hihihi
Padamcantik dan gebus je donut nik buat tu. Sisyat belum berjaya lagi setakat ni..hehe
BalasPadamBoleh cuba nanti sis. Mana tau lagi gebu :)
Padamnk gambar yang dah goreng pleaseeee
BalasPadamHaaa. Mcm mana nak buat ek dah habis makan lisa. 😂
PadamAssalamualaikum... nanti saya post. Akak lalu hari jumaat ya, hari jumaat kami cuti. Operasi dari jam 11am hingga 5.30 pm.Lain kali kalau singgah, perkenalkan diri... Ayah teh belanja akak makan donut Lambong free .Selamat berpuasa
BalasPadamWassalam dik, kedai adik yang kat mana ye? akak selalu balik khamis petang, dalam pukul 4.30-6.00petang. hehehehe. kedai yang akak selalu nak singgah ni kat tepi jalan nak ke jerteh dari setiu.
BalasPadamNumpang promo ya Admin^^
BalasPadamajoqq^^cc
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.biz...^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856