Drawbridge Terengganu | Pantai Teluk Ketapang Naik Kuda. - Fatihah Fazlin

Rabu, 30 Disember 2020

Drawbridge Terengganu | Pantai Teluk Ketapang Naik Kuda.

 Assalamualaikum!


Maaf gambar amatur :)


Dah jadi orang terengganu ni, lain macam pulak kalau tak jalan-jalan ke drawbridge kat Kuala Terengganu. Hari tu dah pernah pergi sekali, tapi tak sambil gambar pun, saja singgah ambik gambar dak anis sekeping dua, pastu balik. Panas sangat kot masa tu, tak selesa. 


So sekali lagi ajak papa anis ke kuala terengganu, sesambil shopping kat Mydin singgahlah kita kat drawbridge eh pa?


Papa Anis onzz jer.


Sempatlah kita photoshoot Anis Farhana. Ibu pun nak photoshot jugak, tapi sayang cameraman dengki sokmo. Ambik gambar ibu, angle tak menarik. Nampak gemuk macam badak air. Frust. So letak yang cantik jelah kat blog.



pose dik pose!

dik, senyum sikit ibu nak ambik gambar ni. 

Ambik feel dik, biar nampak tengah berfikir gitu, baru art.

Okey dik, buat buat happy pulak.

Papa ambik gambar ibu centu jelah. Drawbridge ke mana.
Ibu ke mana. Mata ibu lagilah entah ke mana.


OK.

Lepas dah puas lepak Drawbridge, nak balik tu singgahlah Pantai Teluk Ketapang. Rindu zaman belajar dulu selalu ke sini, makan kopok lekor. hahhaa.

Tapi macam banyak dah berubah. 7 TAHUN berlalu kan. Cheqqq dah tua.

Papa anis dah lama janji nak bawak anis naik kuda, so onnzzzlah hari tersebut kita naik kuda. Walaupun dalam keadaan hujan renyai renyai. Kalau tangguh kang, mau 2030 pulak baru dapat naik kereta kuda ni. 

Hujan pun hujanlah. Anis pun dah excited nak naik horse! 


Cantik je. Macam macam hiasan, dorang hias kat kereta kuda ni. 
Bolehlah fefiling cinderella dalam 15 minit :>

errkkkk. Macam makin lebat je hujannya. Sian drebar kereta kuda, habis basah.  Kita dah tanya, takpe ke dik nak naik hujan-hujan ni, dia kata boleh kak.  Kita tanya lagi, nanti kuda ni tak sejuk ke? Dia kata kuda dah biasa. Sian pulak nik kat kuda tu. Dahlah bawak muatan xxxxxxxxxxl.

Selfie kenangan. Awal-awal naik anis agak keras. Lepastu melompat tengok kuda berak. hahaha

Gitulah ceritanya. Iye takde siapa tanya. Saje nak tulis kat blog, tanda kenagan. Tua esok Anis besar pandailah ibu suruh dia baca. Oh btw, naik kuda kami 3 orang RM10 untuk pusing dekat adik tu cakap. Kalu pusing jauh, RM20. Untuk bagi anis feeling lebih, kami bayar rm20. Jauh sikit kuda pusing. 

Kat mana lagi ek tempat menarik kat terengganu ni, nak ajak papa anis jalan jalan lagi >.<

1 ulasan:

  1. Single ke? Ciannn.... contact i okay. Love u.
    017-4502767

    Linked In : https://my.linkedin.com/in/mohamad-zuhairi-c-a-m-4a5744107

    FB : https://www.facebook.com/mohamadzuhairi.mohamadzuhairi

    Insta :
    https://instagram.com/zuhairizani

    Twitter :
    https://twitter.com/zuhairizani

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard