Restoren Menarik di Setiu - Rumbia Hill View - Fatihah Fazlin

Isnin, 28 September 2020

Restoren Menarik di Setiu - Rumbia Hill View

 Assalamualaikum!


Restoren Menarik di Setiu - Rumbia Hill View 

Dah lama dah sebenarnya nak tulis review pasal Rumbia Hill View ni, tapi asyik lupa nak snap picture masa singgah sini. Kali ni baru berkesempatan. Nik suka lepak kat restoren ni sebab dia macam luas sangat, then suasana dia pun macam tenang je, tak tahulah kenapa. Mungkin sebab theme dia yang rustic tu kot. 


Inilah tempatnya. Dari luar dah nampak menarik kan. 


Minta papa dan anis posinglah depan restoren ni, ibu muka tak semengah, tak leh masuk frame.

Nik cukup suka dengan design restoren ni. Pintu depan dia ada batu-batu tu, hmmm. berkenan sangat. Kalau ada rumah sendiri nanti, teringin sangat nak buat macam ni. hahah

korang nampak kan pintu dia,  then dinding kat sebelah tu pun! cantik kat mata nik.



salah satu sudut. Dia buat macam unggun api dalam rumah orang putih tuuuu.. material semua kayu-kayan. Material guna kayu, tapi bukan tema tradisional sangat. Tu yang nik suka.

Restoren ni satu tingkat je, tapi dia macam buat dua level, kat bawah tu sesuai kalau datang dua tiga empat orang, bahagian atas pulak, untuk datang ramai-ramai. Meja dia besar sikit. So kalau bawak satu family datang best la.

Maaf gambar kabur sikit. Ni ruang bahagian atas.  Nik lupa nak snap bahagian bawah. 

izikan akuuuuu... hahahhaha muka letih baru balik kerja.

Dak anis seronok berlari dalam kedai orang. 




Ishhh. Tak reti nak snap flatlay lah! Ibu order mushroom soup dengan garlic bread dan bandung cincau. Papa anis macam biasa barli panas. Nasi goreng paprik tak sampai lagi. haha. nasi gorang sedap, kuantiti pun banyak, takdelah sejemput macam sesetengah kedai. Cuma roti tu sikit aka kecik sangat. Tak cukup anis farhana makan. haha. 



Minum dulu....

Pilihan makanan memang banyak, masakan panas confirm ada! Lepas tu ada jugak western. Korang kena singgah. Terletak kat jalan utama Setiu-Kuala Terengganu. Kalau korang dari bandar permaisuri tak jauh pun. Dalam 3KM je, Kalau dari Kuala Terengganu akan jumpa Hospital Setiu, then Restoren Rumbia Hill View ni betul betul di selekoh pertama selepas jumpa hospital.

bye.



5 ulasan:

  1. Nice sharing. Boleh cuba ni kot pi area sana. Jemput join my GA which dah nak tamat! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    BalasPadam
  2. setiap sudut dalam restoran ni nampak cantik la.. instagramable ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak.. Nak bergambar background cantik-cantik gini takde hal.

      Padam
  3. menarik nii..nanti kalau ke Ganu boleh la singgah kot

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard