Assalamualaikum!
Semua mesti dah tahu kan, Neelofa dah kahwin sabtu lepas dengan PU Haris? Meloncat tak? Hahaha. Alhamdulillah. Memang semua orang tertunggu-tunggu agaknya majlis Neelofa ni. Yelahkan setelah pelbagai fasa drama dan cerita yang keluar, akhirnya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, yang boleh membimbing Insyallah.
Okeyh! Majlis Akad Nikah Neelofa tu memang cun, cantik habis. Tenang. Damai. Pelamin dia fuhhhh.. Sepuluh kali tengok pun tak puas kan. Baju pengantin pun cantik. Paling menarik, semua tetamu dan keluarga berpakaian putih. Nampak betul-betul suci suasana tu. Tapi kalau tertumpah kuah kat baju, habis! Ada nik baca komen kat fb, katanya weeding of the decade!
Tapi, netizen ni amboi sangat kan?
Semua benda tak kena ya. Bukan semua lah, tapi nik tengok tak kurang jugak yang duduk kondem majlis orang, serba serbi tak kena. Semua benda nak di kutip menjadi sesuatu yang negatif. Tak boleh ke kalau kita ucap tahniah, doakan kebahagiaan dorang? Ni nak jugak cakap yang bukan-bukan, doa yang pelik-pelik..kalaulah benda tu terjadi kat kita, adik beradik kita, tak ke meroyan? Tahu pulak nak stress, depress apalah. Neelofa dan family dia tu pun, ada hati perasaan korang. Berhati-hatilah sikit sewaktu menaip tu. Fikir dulu. Timbang tara dulu pro and cons masa nak tulis tu. Allah balas balik baru tahu!
Neelofa guna bunga hidup 4tan buat pelamin - biarlah duit dia.
Neelofa hidang udang galah untuk tetamu - biarlah duit dia
Nik ni bukan die hard fans Neelofa, Pu Haris atau any of the family members, Tapi nik followlah cerita dorang dari tepi, alaaa sama macam follow cerita artis artis lain. Tak pernah terfikir nak kondem artis ni begitu, artis ni begini. Kalau ada cerita artis yang nik tak berkenan, just mengucap/istigfar dalam hati jelah. Takut ye nak kata lebih-lebih. Kang Allah terbalikkan apa yang kita kata tu jadi kat kita macam mana?
Gitulah. Sama-sama beringatlah kita ye. Tumpang bahagia dengan kebahagian orang kan lebih baik. Orang bina masjid, kita ucaplah tahniah. Kalau takde benda nak cakap? Kita diammmm. Senang kan?
Tiada ulasan:
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.