Loss 13kg Dengan Buat #Dietcaradianz + Makan Dianz Dmelon Dtox - Fatihah Fazlin

Khamis, 16 Disember 2021

Loss 13kg Dengan Buat #Dietcaradianz + Makan Dianz Dmelon Dtox

 Assalamualaikum.


Loss 13kg Dengan Buat #Dietcaradianz + Makan Dianz Dmelon Dtox.

Gemuk nik ni makin menjadi-jadi ye. Apa tidak, makan tak inagt dunia, berjalan malas, bersenam tak larat. Sudahnya gitulah. Bila dah gemuk melampau, bila dah tengok kat cermin pun dah terkejut tengok badan sendiri, mulalah rasa nak insaf..keh keh. Malas nak cerita berapa berat nik sekarang. Kang, kena gelak je kat korang.


Bila dah malu dengan diri sendiri sebab dah terlampau gemuk, mulalah nik cari info diet. Gigih ye nak diet pun nak ikut trend diet terkini. Nik follow sorang faunder ni, dia dok cerita dulu dia gemuk lepas beranak, sekarang selim melim kalah model. Ahhh sudah. Patutkah aku follow jejak langkah dia? 


Dietcaradianz + Makan Dianz Dmelon Dtox


Setelah mengkaji dan khatam, maka bermulalah journey diet nik. Nik ingat lagi tarikhnya nik betul betul tekad, 29.06.2021. Tak tunggu lama, esoknya nik terus mula. Tanam azam nak kurus.  Nik followlah cara diet founder tersebut. Kalau korang nak follow, search je kat facebook/tiktok/instagram #Dietcaradianz. 

Diet cara dianz ni senang je. 

Sebelah pagi korang tak yah makan pape. Boleh makan nasi bermula pukul 11.00am. Makan nasi apa-apa lauk kegemaran korang. Tapi nasi jangan dua pinggan. Nik selalu ambik segenggam dua je. Lauk selalu dua jenis. Sayur tak lupa. Makan biar rasa kenyang.

Lupakan dulu, segala air manis, kuih muih kegemaran dan gorengan panas-panas tepi jalan. 

Sebelah malam pulak, korang buat overnight oat. Buat sedap-sedap and makan dalam pukul 6pm-7.30pm je tau. Resepi oat yang selalu nik buat;


RESEPI OVERNIGHT OAT

  • Rolled oat 3-4 sudu
  • Buah-buah agak-agak dalam segenggam(selalu nik guna anggur, kurma, epal, pishang)
  • Susu Segar tanpa gula( make sure tak berperisa ya)
  • Natural Yogurt(cari tanpa gula jugak, nik selalu beli yang jenama Farm Fresh)
  • Madu original(yang memang tak campur gula, agak mahal, so nik tak boh madu pun)


Ni antara bahan yang nik selalu guna buat overnoght oat. Maaf gambar terbalik, tak tau nak rotate macam mana kat blogpost ni. Korang pusing jelah hp/laptop tu. heheheh


Ni hasil overnight oat. Ready to eat! 
Bekas beli kedai eco rm2, tapi sekarang dah naik harga.



Overnight oat ni, korang buat malam atau pagi, petang tu dah boleh makan untuk dinner. hehehe. Yang penting korang wajib boh yogurt tu tau, tak de yogurt tak sedap uiii. Yeeee, nik tau ramai yang tak leh telan oat ni, tapi korang cubalah resepi ni, mesti sedap punya!

Turun Berapa Kilo?

Alhamdulillah, dalam dua bulan nik buat #Dietcaradianz ni, nik dapat loss 13kg-14kg. Banyak ye! Nik pun tak sangka, tapi tulah nik memang naik penimbang hari-hari sebab tak nak terlebih makan. Hahahaha. Stress tau jadi gemuk ni. 

Segan nak boh berat. Tu nik edit kasi tutup.


Senam jangan lupa.  Selang sehari nik buat skipping dalam 500-1000kali. Tak pun nik jalan-jalan itik kat taman. 


Dianz Dmelon Dtox


Tapiiiii. dalam masa yang sama nik pun makan jugak Dianz Dmelon Dtox. Ni produk yang founder tu keluarkanlah. Nik mula-mula saje je nak try kan. Sebab katanya boleh kawal nafsu makan. Almaklumlah, semua benda ko nak makan kan. 

Dianz Dmelon Dtox

Nik makan Dianz Dmelon Dtox ni dalam pukul 8 malam. Dia datang dalam bentuk serbuk, so just bancuh dengan air je, air sejuk atau panas terserah. Tapi kalau nik, lebih suka air sejuk lepastu letak ais sikit. Sedap! So malam bawak ke pagi esok boleh tahanlah. Rasa kenyang. Lepas tu kurang rasa nak makan macam-macam kalau tidur lewat pun.

Overall, nik rasa diet ni memang berkesan untuk nik. Tapi tulah 2 bulan jelah nik mampu diet. Lepas dah boleh rentas negeri, mulalah mimpi ngeri balik. Diet ke mana, kurus ke mana.  

Sekarang menyesal kali kedua. Wakakaka. Kali ni tunggu punya tunggu, tak tahu nak start bila pulak>< Ke tahun baru nanti? Boleh buat azam tahun baru kan, nak kurus. 


Korang kalau nak cuba jugak Dianz Dmelon Dtox ni meh lah contact nik. Nik cubalah menjual jugak, sebab nik dah rasa sendiri keberkesanannya. Tapi awas ye, benda ni bukan untuk buat korang kurus esok terus turun 5kg tau. Dia untuk bagi korang senang membuang dan kawal nafsu makan je. 


Tekan SINI(Link whatssap Nik)  kalau korang nak order. Nik boleh pos the next day.


Till then, jumpa lagi next post.



1 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard