Tahun baru 2022 - Fatihah Fazlin

Selasa, 4 Januari 2022

Tahun baru 2022

 Assalamualaikum.



Sekejap sangat masa berlalu, tup tup dah masuk hari ke dua tahun 2022. Page 4/365 orang orang kat facebook kata. 😅


Macam-macam perkara berlaku pada 2021. Ada cerita sedih, ada pedih, ada bahagia. Pengalaman 2021 akan di bawa ke depan untuk tauladan.


Setiap kali tahun baru, nik ada satu azam yang tak pernah nik capai sejak 10 tahun ni. haha. nik rasa ramai yang macam nik. Azam nak diet! Azam nak kurus! Hahaha. Mesti kena gelak je.. Tak tahulah kenapa susah sangat nak jaga makan. Orang lain diet nampak senang je, tup tup kurus. Nik ni lepas dua hari diet, terus give up. Tapi takpe, selagi hidup nik kena teruskan mencuba. Korang bacalah percubaan nik nak turunkan berat badan kat post ni.  


Tahun 2022 ni jugak nik harap sangat-sangat impian nik dan suami nak bina sebuah rumah kecil untuk kami tercapai. Insyaallah tak lama lagi. 


Selain tu, nik doakan untuk diri nik sendiri semoga menjadi seorang yang lebih mendekati Allah. Seorang yang lebih baik untuk suami, mok abah, keluarga dan manusia sekeliling. Seorang ibu yang lebih baik untuk Anis Farhana dan adiknya(kalau ada HIHIHIHI).


Semoga kita semua jugak sama-sama menuju ke arah yang lebih baik. Amin.

3 ulasan:

  1. Semoga yang baik baik dan indah indah di tahun baru 2022.
    Selamat tahun baru :)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard