Fatihah Fazlin

Khamis, 27 Ogos 2015

Selamat tinggal HQE
Assalamualaikum..



Korang... nak bagitahu satu berita gembira..Minggu depan 1 haribulan nik akan melapor diri ke tempat baru di Jabatan Kesihatan Selangor. Tak sangka dapat pindah secepat ni. 

Gembira tapi ada sedihnya jugak sebab nik suka tinggal di Sabah ni. Kalau boleh nak stay sini lebih lama lagi. Tapi permintaan mak lebih penting kan. Dia nak nik balik semenanjung. Kalaupun tak dapat balik kelantan, sekurangnya balik di semananjung 

Akhirnya Allah makbulkan jugak doa mak abah. Alhamdulillah. Hari hari mak duk menanya bila dapat pindah. fuhhh.

Tak tahulah macam mana nak menempuh saat di tempat baru nanti. Nik ni dah la jenis manusia yang tak pandai nak bercakap dan beramah mesra. Kaku semacam je. Dah kena di cop sombong banyak kali dah. Dan nik paling takut nak masuk kelompok baru tak kira apa jenis  kelompok.. Gementar tu lain macam ! Harapnya nanti orang orang kat sana macam mereka kat sabah ni jugak.. Verry welcoming. hikhik..

So, selamat tinggal sabah. Ni mungkin entry terakhir di bumi bawah bayu. Semoga ketemu lagi lain masa. I will come again ! 

Orang sabah, kalau rindu wasap wasaplah ye. Kalau mood tak swing, dibalas jugak tu. hahaha. 



Isnin, 24 Ogos 2015

Berperang !



Assalamualaikum.

Ada sesuatu yang nak di luah dengan penulisan tapi tak tahu nak tulis apa. Takdak idea. Takdak semangat. Macam tengah berperang dengan perasaan sendiri. Tak tahu nak buat apa. tak tahu nak cakap apa. huhhhh. Payah kan.


MELANGAKAHKU KANAN
ADA GUSAR
MELANGKAHKU KIRI
ADA LOMPONG
SERBA KURANG 
SERBA SALAH
SERBA SEMUA JADI LAIN

RASA YANG ADA 
SEMUA BERCAMPUR JADI SATU
BERPERANG 
BERKELAHI 
HINGGA JASAD BAGAI LELAH TERLALU LEMAH
MENGHARUNG RASA ENTAH APA


HMMM...

Jumaat, 21 Ogos 2015

Overview Kehidupan.
Assalamualaikum,,.


Overview Kehidupan.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard