Fatihah Fazlin

Sabtu, 7 November 2015

Sibuknya !
Assalamualaikum...


Takpe la kot boh gambar ni, -__-


Haa... Dah seminggu lebih blog tak diupdate. Bukan tak nak menulis, tapi sejak bertukar tempat kerja ni sibuk menjadi-jadi. Balik kerja, kat rumah pun boleh kata buat kerja lagi. Nak santai-santai buka laptop pun tak mampu. Apatah lagi nak update blog. Ni sebab rasa gian sangat nak update, cepat-cepat cari wifi, then taip. Gigih! 

Buka wasap bila balik kerja pulak.. perghhh... noti beratus tak terbaca. last-last skip je, hahaha.Penat otak dan minda. Nak balas wasap orang pun dah malas. Sabtu pun kerja. Haihhh.

Nak je mengeluh panjang. tapi tak boleh. Namanya kerja. Tempat cari rezeki... kena buatlah semampu mungkin kan.. Walaupun penat sangat. walaupun dah rasa tak mampu. haha. 

Pastu rasa macam nak pergi holiday je. Nak pergi pulau-pulau yang cantik. Nakkan tempat yang best..tenang dan tak de unsur-unsur keserabutan. gituhh. Tioman ke.. wiwuwu.

bai. 

Sabtu, 31 Oktober 2015

Betul-betul best ke Polis Evo ni?
Assalamualaikum korang.




Nik dah perpuluh kali baca news pasal movie Polis Evo ni. Hahaha.. Best sangat ke ceritanya korang? Sehinggakan dah dikatakan ianya satu kejayaan baru bagi industri perfileman Malaysia.Korang tau ke tak Polis Evo berjaya mengutip RM17.30 Juta selepas 42 hari ditayangkan?? Malah sehingga entry ni ni di taip, panggung wayang masih lagi memainkan filem Polis Evo ni...

Hebat kan? Nik dah dua kali tonton Polis Evo ni. Kali pertaman masa hari pertaman ianya ditayangkan..Tengok kat berjaya times square. Masa tu teragak-agak nak beli tiket, sebab malas sebenarnya nak tengok cerita melayu...hahahaha.. takde debaran sangat.. Tapi bila fikirkan ada Zizan Razak, kena tengok gak la. yes! saya fan Zizan Razak verry much! Kalau korang minat Sam sebab dia sado, nik minat zizan sebab dia lawak.. lawak dia comel. hahaha.


"Filem lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam, Polis Evo, berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara selepas berjaya mengutip RM17.30 Juta selepas 42 hari ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini sekaligus meleburkan rekod kutipan tiket paling tinggi yang dipegang filem ‘The Journey’, yang pernah meraih RM17.28 juta pada tahun 2014."

So, bagi nik memang tak mustahil la filem ni dapat pecah panggung sepecahnya sebab cerita ni memang best sangat-sangat. Masa ni kat panggung ritu.. bila cerita dah habis..semua orang bersorak.. dan i was verry positive yang sorakkan tu tanda semua penonton puas hati dengan Polis Evo ni. Nik pun tak terkecuali. Filem aksi Melayu yang paling best setakat ni. Harap pengarah, penerbit buat lagi cerita-cerita best macam ni ye.. 


Jumaat, 30 Oktober 2015

Masakan Kampung VS Western di Teratai Corner, KKB
Assalamualaikum...

Bab makan ni, nik jenis yang tak memilih sangat.. boleh makan semua makanan yang ada depan mata.  Cuma yang menjadi favourite sejak dulu lagi tomyamlah. Tak kisah tomyam apa.. Asalkan kuah pekat kemerahan.. masam ada sikit.. memang perghhh.. yang paling nik suka.. tomyam thailand..kalau orang sana buat lagi sedap selalunya.. dah kecir air liur dah...

Tapi ni bkn nak cerita pasal tomyam la...hehe. Lepas balik dari menyegarkan mata kat Empangan Selangor hari tu.. nik pergi makan. Mula2 ingat nak pergi Dataran Kkb.. tapi dah bosan dah.. sebab selalu sangat makan sana. Dalam perjalanan tu.. terperasan ada satu kedai.. tapi macam terlindung sikit.. kami pun tak perasan.. Nasib terjenguk.. hehee.. Nama kedai ni Teratai Corner kalau tak silap nik, dan terletak di Kkb jugak la.. satu jalan nak ke Dataran tu...


Nampak kedai pun not bad. Bersih je. Memula ingatkan kedai mamak.. tapi tak. Kedai orang melayu.. so singgah jelah. Menu makanan kedai ni best.. sebab ada western food dan malay food.. pelbagai jenis nasi goreng ada... nasi goreng cili padi sedap gak kalau makan kan..  kalau yang suka makanan ala ala omputeh tu boleh la order fish and chip ke.. chicken cop ke.. banyak je menu dia .. nik lupa dah.. 
Adik tu nak masuk dalam gambar. 

Susun atur pun kemas.. yang penting kedainya bersih. Bahagian dapur idok la pulak nik nak menjenguk.. hahaha


Nik minum Air Asam boi. Tak pasti berapa harga dia.. rasanya kurang Rm2.


Kawan nik pulak order jus tembikai. Jus dia sedap sebab tak manis sangat.. harga Rm3. Kira murah dah nik rasa.

Hah.. nak tunggu makanan sampai kita buka kamera dulu untuk selfie..

Oleh kerana lapar.. nik memang nak kena makan nasi... hahaa.. order nasi goreng chicken chop Rm7.50.. hahaha.. rasanya okey je..agak memuaskan...


Kawan nik pun sama gak.. nasi goreng ... alamak lupa dah nama dia.. tapi benda macam sotong tu ialah isi ikan celup tepung. Serius isi ikan ni sedap sangat rasanya..  nik suka.. harga sama gak... Rm 7.50...



Nilah kedainya dari jauh. Tak sempat nak ambik jarak dekat.. haha.. dah naik kereta baru terhegeh nak ambik gambar.. so gambar pun tak cantik.. huhuhu.. korang kalau rasa nak makan western sikit ke.. datang la sini. Tak mahal sangat harga dia.. orang kata mampu lagi la.. 



FATIHAH FAZLIN@templatesyard