Assalamualaikum...
Bab makan ni, nik jenis yang tak memilih sangat.. boleh makan semua makanan yang ada depan mata. Cuma yang menjadi favourite sejak dulu lagi tomyamlah. Tak kisah tomyam apa.. Asalkan kuah pekat kemerahan.. masam ada sikit.. memang perghhh.. yang paling nik suka.. tomyam thailand..kalau orang sana buat lagi sedap selalunya.. dah kecir air liur dah...
Tapi ni bkn nak cerita pasal tomyam la...hehe. Lepas balik dari menyegarkan mata kat Empangan Selangor hari tu.. nik pergi makan. Mula2 ingat nak pergi Dataran Kkb.. tapi dah bosan dah.. sebab selalu sangat makan sana. Dalam perjalanan tu.. terperasan ada satu kedai.. tapi macam terlindung sikit.. kami pun tak perasan.. Nasib terjenguk.. hehee.. Nama kedai ni Teratai Corner kalau tak silap nik, dan terletak di Kkb jugak la.. satu jalan nak ke Dataran tu...
Nampak kedai pun not bad. Bersih je. Memula ingatkan kedai mamak.. tapi tak. Kedai orang melayu.. so singgah jelah. Menu makanan kedai ni best.. sebab ada western food dan malay food.. pelbagai jenis nasi goreng ada... nasi goreng cili padi sedap gak kalau makan kan.. kalau yang suka makanan ala ala omputeh tu boleh la order fish and chip ke.. chicken cop ke.. banyak je menu dia .. nik lupa dah..
Adik tu nak masuk dalam gambar.
Susun atur pun kemas.. yang penting kedainya bersih. Bahagian dapur idok la pulak nik nak menjenguk.. hahaha
Nik minum Air Asam boi. Tak pasti berapa harga dia.. rasanya kurang Rm2.
Kawan nik pulak order jus tembikai. Jus dia sedap sebab tak manis sangat.. harga Rm3. Kira murah dah nik rasa.
Hah.. nak tunggu makanan sampai kita buka kamera dulu untuk selfie..
Oleh kerana lapar.. nik memang nak kena makan nasi... hahaa.. order nasi goreng chicken chop Rm7.50.. hahaha.. rasanya okey je..agak memuaskan...
Kawan nik pun sama gak.. nasi goreng ... alamak lupa dah nama dia.. tapi benda macam sotong tu ialah isi ikan celup tepung. Serius isi ikan ni sedap sangat rasanya.. nik suka.. harga sama gak... Rm 7.50...
Nilah kedainya dari jauh. Tak sempat nak ambik jarak dekat.. haha.. dah naik kereta baru terhegeh nak ambik gambar.. so gambar pun tak cantik.. huhuhu.. korang kalau rasa nak makan western sikit ke.. datang la sini. Tak mahal sangat harga dia.. orang kata mampu lagi la..
Tiada ulasan:
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.