Betul-betul best ke Polis Evo ni? - Fatihah Fazlin

Sabtu, 31 Oktober 2015

Betul-betul best ke Polis Evo ni?

Assalamualaikum korang.




Nik dah perpuluh kali baca news pasal movie Polis Evo ni. Hahaha.. Best sangat ke ceritanya korang? Sehinggakan dah dikatakan ianya satu kejayaan baru bagi industri perfileman Malaysia.Korang tau ke tak Polis Evo berjaya mengutip RM17.30 Juta selepas 42 hari ditayangkan?? Malah sehingga entry ni ni di taip, panggung wayang masih lagi memainkan filem Polis Evo ni...

Hebat kan? Nik dah dua kali tonton Polis Evo ni. Kali pertaman masa hari pertaman ianya ditayangkan..Tengok kat berjaya times square. Masa tu teragak-agak nak beli tiket, sebab malas sebenarnya nak tengok cerita melayu...hahahaha.. takde debaran sangat.. Tapi bila fikirkan ada Zizan Razak, kena tengok gak la. yes! saya fan Zizan Razak verry much! Kalau korang minat Sam sebab dia sado, nik minat zizan sebab dia lawak.. lawak dia comel. hahaha.


"Filem lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam, Polis Evo, berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara selepas berjaya mengutip RM17.30 Juta selepas 42 hari ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini sekaligus meleburkan rekod kutipan tiket paling tinggi yang dipegang filem ‘The Journey’, yang pernah meraih RM17.28 juta pada tahun 2014."

So, bagi nik memang tak mustahil la filem ni dapat pecah panggung sepecahnya sebab cerita ni memang best sangat-sangat. Masa ni kat panggung ritu.. bila cerita dah habis..semua orang bersorak.. dan i was verry positive yang sorakkan tu tanda semua penonton puas hati dengan Polis Evo ni. Nik pun tak terkecuali. Filem aksi Melayu yang paling best setakat ni. Harap pengarah, penerbit buat lagi cerita-cerita best macam ni ye.. 


Tiada ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard