Fatihah Fazlin

Rabu, 28 September 2022

Mandi-manda di Lata Bijih Campsite & Recreation Tanah Merah, Kelantan.

 Assalamualaikum.


Terimalahhh...

Mandi-manda di Lata Bijih Campsite & Recreation Tanah Merah, Kelantan.


Lamanya post ni dok dalam draf. Takde mood langsung nak mengarang sejak-sejak pregnant ni. Padahal masa terluang banyak je. 


Plan asal nik nak bawak anis naik kereta api kat Tanah Merah, nak ke Dabong. Yelahkan, kan sekarang tengah orang berpusu-pusu ke Dabong naik train, kita orang pun taknaklah ketinggalan. hahha. Tapi sebaik baik perancang tu Allah jua, tiket kereta api sold out pulak hari tu. Kecewa dak Anis tak dapat naik train.


Dah satu hal pulak kena google tempat lain yang menarik, yang dekat-dekat di kawasan Tanah Merah. Walaupun orang situ-situ je, nik tak tahu ye mana-mana tempat happening kat Kelantan ni. Tak pernah explore negeri sendiri. 


Dah google, jumpalah review Lata Bijih Campsite & Recreation ni. Apalagi, terus kitaorang ke sana.  Nik tak ambik banyak gambar sebenarnya. Gambar-gambar Anis ni pun mak and pak sedara dia yang tangkapkan. Kalau tak, takdelah kenangan. Kat sini memang sesuai kalau korang nak bawak budak. Kolam dia tak dalam pun, memang khas untuk budak-budak seumur anis. Tempat pun boleh tahan bersih terjaga. At least, masa nik pergi. huhuhu.


Makanan lebih baik bawak sendiri dari rumah. Ada gerai jualan, tapi macam biasalah tempat gini, mahal sikit dari biasa. Korang potluck bawak banyak-banyak, anak boleh makan sepuasnya! Nak masuk kolam pun kena bayar, kalau tak silap nik RM3 je per person. Kalau setakat dok tepi tepi tu tak perlu bayar pun.Lepastu, dia ada sediakan wakaf untuk kita sewa. Nik lupa harga berapa untuk 1 wakaf tu. Tapi tak mahallah. Sementara anak dok mandi, kita lepak kat wakaf sambil makan. hahaha. 


Korang nak camping pon boleh tau. Ada ruang lapang yang disediakan. Tapi sama jugak, perlu sewalah tapaknya.



Mulut dah biru pun tak nak naik ye budak ni. Rela kesejukan.Suka sangat main air.


Seronok ada abang tolong melayan dia.

Ibu, nak makan tuuuu....

Kat belakang tu, parking pun luas. Sungai pun seronok kalau nak bawak budak, sebab air dia cetek je. 


Excited tengok air memancut gitu.




Saya tak naik selagi tak puas main. Ibu panggil pun buat tak tahu je.

Sesiapa datang Tanah Merah tu, kalau rasa tak tahu nak bawak anak pergi mana, try lah ke sini. Anak-anak mesti seronok tak nak balik hahaha. Korang boleh waze atau cari kat google maps location Lata Bijih Campsite & Recreation Tanah Merah, Kelantan. Dia memang akan terus bawak korang ke sini. 







Selasa, 21 Jun 2022

Rezeki, #BABY Number Two is coming.

 Assalamualaikum.


Buku Pink adik Anis. 


Alhamdulillah.. Rezeki tiba-tiba Allah bagi kat nik satu keluarga. Anis farhana nak dapat adik dah hujung tahun ni. Alhamdulillah.


Perasaan seronok dapat tahu pregnant anak number dua ni sama macam nak dapat Anis dulu. Tapi kali ni lebih rileks dan macam tak percaya. Tapi, Allah dah tetapkan rezeki kat situ. Walaupun dalam perancangan nik sebenarnya, kalau boleh nak tunggu setahun dua lagi. hehehe. 


Sekarang dah pun masuk 6 bulan. Trimester ke 2 lah maksudnya. 1st trimester berjaya dilalui dengan gigih sebab meloya tak kira waktu. Dia jadi macam nak muntah, tapi muntah angin je. Setiap hari tanpa miss. Lagi teruk loya tu kalau nik makan benda bergula, yang manis-manis. Fuhhh. menduga betul. 


Nak masak tak boleh. Bau yang pelik sikit tak boleh. Penat tu rasa macam duk buat batas kebun seharian. Nik asyik tido je kalau kat rumah. 🤣 Masak apa semua tak boleh ye. Nak berdiri lama macam nak pengsan.


Alhamdulilah, sekarang dah makin ok. Tak teruk sangat dah macam mula-mula pregnant hari tu. Adik anis pun syok dalam perut ibu. Kemain aktif siang malam. Anis Farhana pun excited nak baby baru. siap siap nak letak nama sofia. hahaha. Malam-malam selalu gosok perut ibu.  Hahaha. 


Semoga Allah permudahkan urusan mengandung dan bersalin nanti Amin... Semoga korang yang baca ni dan sedang TTC, Nik doakan ada rezeki untuk korang jugak. Aminn. 


Isnin, 14 Mac 2022

Positif Covid-19!

 Assalamualaikum.


Positif Covid-19! Akhirnya kan, terkena jugak dengan jangkitan Covid-19 ni. Kita kalau boleh dah mengelak sehabis daya dah, tapi mana mampu nak menolak ketentuan Allah. Gituhh. 


Macam mana boleh positif? 


Nik pun sebenarnya tak pasti dapat dari mana. Balik kampung jumpa mak sebab mak baru balik dari umrah, tapi adik beradik lain dan abah semua negatif. Padahal dorang yang lagi lama duduk kampung dengan mak. 

Hati nik kuat dok kata dapat dari pusat pemindahan banjir. Yup. Rumah nik kena banjir baru baru ni. So dua malam jugak kami berkampung kat PPS. Walaupun kat PPS tu nik, suami dan anak duduk je dalam khemah khas. Kami tak de pergi berkumpul atau berbual dengan sesiapa sebab memang nak jaga benda ni lah.

Cuma, dah nama pun tempat pemindahan kan, bilik air of course berkongsi ramai-ramai. Nik rasalah mungkin kat situ kami terjangkit. Wallahua'lam.

Sakit tekak tanda awal positif Covid


Kami kat PPS 27 dan 28 Februari. 1 Mac tu nik rasa sakit tekak. pagi tu still boleh tahan lagi, petang nak ke malam tu Ya Allah.. Tuhan je tahu peritnya macam mana. Rasa macam kena hiris dengan pisau hidup-hidup. 

Esoknya nik kene kerja. Hati dah tak sedap. Malam pun tak boleh tido langsung. Pukul 5 pagi nik buat sendiri test, Guna test kit yang saliva test tu. Memang suami nik dah beli stok siap-siap kat rumah.  Tak tunggu lama pun, terus keluar 2 line! Positif covid-19 dah aku ni! Macam tak percaya ye. 

Officially covid fighter dah. Kena update MySejahtera. Upload test kit yang positif tu.  Kena  jawab soalan-soalan kat situ.

2 Mac Nik dah mula tak berdaya dah. Tekak sakit. Demam. Rasa sejuk tapi panas. Sakit kepala. Sakit badan. Terutama bahagian pinggang ke bawah.  Mata tak boleh nampak cahaya, sakit.  Dua hari pertama memang ngeri. Nak bangun ke tandas pun dah tak mampu. 

Hari ke 3-5 nik dah mula membaik. Kepala dah tak sakit. Nik makan vit c tiap hari, panadol, ubat batukk, air kelapa muda campur garam, air lemon campur cengkih, kurma pun banyak nik makan.  Masa ni masih ada deria rasa dan bau.

Masuk hari ke enam, nik dah mula takde deria bau. Tapi okeylah sebab demam pun dah okey. Kepala dah tak sakit. 

Hari kelapan kena masuk kerja dah. Sebab kan sekarang kuarantin cuma 7 hari je. Hari last tu nik test dah negatif. So tak risau sangat dah nak kerja. 

Dah sihat, result pun dah negatif, esoknya terus ajak papa anis g pantai. Lemas betul duduk rumah seminggu tak keluar mana-mana. Dapat tengok pantai dalam sejam, baru rasa rileks sikit.



Sekarang alhamdulillah nik pun dah okey. Cuma tekak je masih lagi berkahak, tak nak hilang-hilang. hahaha. 


FATIHAH FAZLIN@templatesyard