AKU INGIN MENDOAKANNYA - Fatihah Fazlin

Selasa, 19 Februari 2013

AKU INGIN MENDOAKANNYA

Assalamualaiku..:)

Give a big and sincire smile before reading oke dear...lapangkan hati, tenangkan jiwa, damaikan rasa..kerana untuk dia, sesungguhnya AKU INGIN MENDOAKANNYA.. mak ! umi ! ibu ! mama ! bonda ! mummy !







Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,

Perindahlah ucapanku di depan mereka,

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan pahala yang berganda
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab gugurnya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, Ya Allah
sebab Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, bila Magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika Magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku, maka
izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami
semua berkumpul bersama dengan santun-Mu
di tempat kediaaman yang dinaungi kemuliaan-Mu,ampunan-Mu
serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tidak berakhir
dan engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.

Sekian..:)
ikhlas ^^

14 ulasan:

  1. moga mereka (ibubapa kita) dimasukkan ke Syurga, ibu ayah. ;) perkongsian yang menarik ;)

    BalasPadam
  2. Indahnya entri ni...semoga parents kita semua akan sentiasa dalam rahmat Allah

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...sebuah perkongsian dari bahan bacaan..:)
    moga semua dpat manfaatnya..

    BalasPadam
  4. ayah dan ibu,,, itulah permulaan kami............

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. semoga ibubapa kita semua dimasukkan dlm syurga..anak2 juga kena banyak berjasa kat ibubapa..:-)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard