Assalamualaikum..
Hello dears. Minggu lepas nik selama 5 hari berkampung di Borneo Paradise Beach Hotel. Serius, hotel ni best walaupun takdelah besar mana. Kira okeylah kalau nak buat short vacation kat sini. Udara nyaman bangett. 
Entry
 ni bukan nak promote Borneo Paradise Beach Hotel atau ape, just nak 
ceritakan pengalaman ni lebih kurang satu minggu kat sana mengikuti 
kursus induksi atau sekarang lebih dikenali dengan nama PROGRAM 
TRANSFORMASI MINDA(PTM). Kalau yang kerja kerajaan tahulah benda ape ni.
 Kursus yang wajid dihadiri untuk mengesahkan jawatan anda dalam sektor 
perkhidmatan awam selain daripada 2 ujian lain. 
Most
 of us, kalau dengar kursus mesti fikir..boring la.. tak menyeronokkan 
la. Nik pun macam tu. Tapi tu mula-mula la, before the kursus start. 
Bertolaklah Nik dan 5 lagi rakan2 yang lain tengahari 23hb Mac. 
Bermulalah misi kami untuk berkursus selama 5 hari..hehhehe. Dihantar 
dan dijemput oleh pemandu yang juga kakitangan tempat kami bertugas.
Dekat
 je sebenarnya Borneo Paradise Beach Hotel(Kinarut,Papar) dengan bandar 
Kota Kiabalu(kk). Kalau tak jem, kurang sentengah jam. 
Macam
 biasa..sampai je sana terus check in..and masuk bilik..kami dapat bilik
 yang sea view, tapi tak berapa view sangatlah 'sea'nya. But, boleh 
tahanlah. Environment bersih, suasana nyaman. Selesalah!  Kemas-kemas 
barang jap lepas tu keluar tengok kawasan sekitar, sementara tunggu masa
 sesi ice breaking. 
Tengok gambar. Dah nama Hotel ni tepi laut, arah kami semestinya ke pantai. Ambil angin pantai. Allah. Tenang rasa. 
Bermulalah
 sesi program kami pada petang tu. Penyelaras Program Transformasi Minda
 kami, Puan Nelly Nasir memulakan sesi. Degar penerangan sikit sebanyak.
 Membentuk ice breaking. Ukhwah pun mula terjalin. 
Kenal-kenal dengan rakan sejawat yang lain yang datangnya dari seluruh Sabah. Pelbagai ragam. Pelbagai bangsa. Pelbagai agama.
Jadual
 yang diatur agak padat. Jam 6 pagi kami bangun, jam 10.30-11.00 mlm baru 
abis. Macam tulah selama 5 hari.  Pelbagai aktiviti telah diadakan. 
Ceramah pun tak berhenti. Dalam sehari ada 4,5 slot. Ada yang best, tak 
kurang juga yang mengantuk tersengguk.. huhuhu. Biasalah. 
Tapi
 yang penting Program Transformasi Minda ni penting bagi yang masih baru
 dalam sektor perkhidmatan awam. Selain lebih memahami tanggungjawab, 
kita akan lebih kenal pelbagai gelagat manusia. Macam-macam kerenah. Dan
 dapat juga kenal rakan -rakan baru, membina ukhwah. 
Okeylah. setakat ni saja yang dapat nik kongsikan. sekian :) 
 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 
 
  
 




 
 
 
 
 
dah ter transformasi belum mindanya...
BalasPadamhehehe..sikitlah..
PadamWahh menarik!
BalasPadamdok sabah ke? cantik tempatnya...lama tak melancong heheheh
BalasPadam