Pesawat MAS MH370: Jangan buat spekulasi dan andaian sendiri! - Fatihah Fazlin

Ahad, 9 Mac 2014

Pesawat MAS MH370: Jangan buat spekulasi dan andaian sendiri!





ASSALAMUALAIKUM..


Terpanggil juga untuk menulis kisah yang tengah hangat diperkatakan. Kita masih belum maklum keadaan dan situasi sebenar yang terjadi pada MH370. Mohon pada yang terlalu ghairah menjadi "media", berhenti dari terus membuat spekulasi dan andaian yang belum tentu sahih. Hormati perasaan ahli keluarga dan kawan-kawan mangsa. Mendengar berita ini sudah cukup menyedihkan mereka. 


MH370 yang berlepas dari KLIA menuju ke BEIJING pada jam 12.41 pagi 8 Mac 2014 telah dilaporkan hilang pada jam 2.41. Penerbangan ini hilang perhubungan dengan menara kawalan pada jam tersebut membawa 239 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 krew.




Rasa sedih dengan apa yang menimpa, diharapkan pihak keluarga sabar dan tabah mengahadapi segala kemungkinan. Apapun, kita sebagai manusia, umat islam..hanya mampu hulurkan sekalung doa buat mereka.
Semoga ada hikamh di sebalik apa yang berlaku. 

Tapi, pada pihak yang berwajib rakyat Malaysia minta anda tolong jangan sembunyikan kebenaran. Tolong jangan lengahkan berita yang sepatutnya. Semua kami tertanya-tanya dan ingin tahu. Walaupun pahit, tapi kebenaran tetap kebenaran. Kita semua tahu, bila Allah sudah berkehendakkan itu berlaku, ia memang berlaku.


Berikut adalah nama-nama penumpang yang menaiki penerbangan MH370:



To alls.. keep praying. 

Ya Allah  jika mereka di darat, kerahkanlah tenteraMU Ya Allah untuk mencari mereka.

Ya Allah jika mereka di laut, gerakanlah tenteraMU Ya Allah untuk mencari & memelihara mereka.

Pelihara & permudahkanlah urusan hamba-hambaMu.

Aamiin...


#PrayForMH370

3 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM DAN HAI. SAYA DATANG SINGGAH KE BLOG SAHABAT SAMBIL-SAMBIL NAK MENGAJAK SAHABAT JOIN GA SAYA. :)

    HADIAH BERBENTUK NOVEL DITAWARKAN DAN APA HADIAH SAMPINGAN YANG LAIN SEPERTI TOPUP, SHISEIDO MASK, COVER NOVEL DAN PELBAGAI LAGI!!

    HARAP SAHABAT SUDI MENGIKUTI GA -- > http://nikainaa.blogspot.com/2014/02/giveaway-siapa-yang-bertuah.html

    BalasPadam
  2. Harap sgt mereka kembali dgn selamat. Tapi kalau dah ditakdirkan kita kehilangan mereka, redha saja. Allah Maha mengetahui.

    BalasPadam
  3. Betul. Better Jangan buat andaian sendiri haih.Qilah singgahjap hehe don't forget to pray for #Mh370

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard