Puteri.. Dia Suami Nur ! (Part 6) - Fatihah Fazlin

Isnin, 27 Oktober 2014

Puteri.. Dia Suami Nur ! (Part 6)

Asslamualaikum.

Okey.. dah lama rasanya tak sambung e-novel kan.. Tiga hari perah otak cari idea yang segar nak tulis part 6 ni.  Jom baca korang. Boleh komen sekali kat bawah tu. .
******************************************


pemanis cerita. kehkehkeh.


Lagu nyanyian Adele kedengaran dari telefon Megat Zamani. Dari dulu lagi lagu tu jadi ringtone telefonnya. Suka benar dengan lagu minah salleh tu.Aku pun tak tahu kenapa dia minat sangat dengar lagu tu. Bila tanya katanya ada sentimental value. Huhhh.. Aku lihat sekilas skrin telefon. 'Office_Zamri'. Okey.. dari nama tu aku tahulah kawan sepejabatnya yang menelefon. Nak angkat ke tak? Nak angkat ke tak? Aku bersoal jawab dalam hati. Aishhh.. malasnya.. kalau perempuan aku angkat jugak. Ni lelaki.. dah la aku tak kenal sangat. 

"Abang.. ada call.." aku memnaggil suamiku yang sedang membaiki kipas dalam bilik tetamu. Entah bila rosaknya. Tadi aku cuba buka, kipas tu mengeluarkan bunyi bising yang kuat dan dah tak laju daripada biasa. Something wrong.  

"Siapa sayang?" soal suamiku naif sambil berjalan menujuku.

"Orang office kot. Ni ada tulis Zamri. Cepatlah abang." 

Suamiku melajukan langkahnya. Telefon itu di sambut.  Aku kalau bab-bab telefon Megat Zamani, aku tak ambil peduli sangat. Tak pernah nak cek apa-apa kat dalam tu. Nak angkat kalau orang call pun kalau boleh aku elakkan. Sebab kebanyakkan mereka yang call lelaki. Selagi boleh tunggu sang suami, aku biarkan sahaja deringan tu.  Selalu macam tu. Cek mesaj? Humm.. tak adanya aku buat. Aku lebih tanamkan sifat percaya pada dia.  Insyaallah. Tiada yang tidak di ingini berlaku. Lagipun, suami aku jenis yang semua benda yang berlaku dia cerita pada aku. A to Z. Mithali kan? Heheheh. Opss. Terpuji suami sendiri. Padahal baru je lepas gaduh-gaduh manja minta perhatian kelmarin. Hampeh sungguh kau Nur !

"Hello? Assalamualaikum. Ya. Ya. Sekejap." Tu sahaja butir bicara yang aku dengar. Suamiku turun ke bahagian bawah. Tinggal aku terkebil-kebil menyusun baju-baju yang telah aku lipat tadi ke dalam almari. 

Hal pejabatlah tu. Kalau kawannya yang menelefon ajak main badminton selalunya boleh je Abang cakap depan aku. Macam tulah suami aku. Kalau perkara penting dan serius dia akan cuba menjauh sikit kalau menjawab telefon. 

Macam mana aku boleh tahu? Awal-awal kahwin dulu aku selalu intai tahu! Dulu pernah aku suspect yang bukan-bukan, so aku nekad mengintip. Kehkehkeh. 4 ke 5 kali juga aku jadi penyiasat tak bertauliah. Alhamdulillah. Abang Gat aku ni tak seperti pemikiranku yang entah apa-apa ni. Korang yang baca ni keep it as a secret eh. 


*****************************************************



Aku turun dari kereta dan membuka gril serta pintu rumah. Kami baru balik dari menghantar Zara ke sumah sewanya. Esok isnin dan dia ada kelas. Aku? Aku awal-awal lagi dah apply cuti tahunan sebab esok adalah birthday suamiku.  Nak buat suprise sikit untuk dia. 

Sebenarnya dia dah tahu aku cuti esok. Dan dia pun tahu aku apply cuti semata-mata nak raikan dia esok. Seperti biasa, Abang Megat okey with that.. Dia tak kisah dan dia memang suka kalau aku di rumah. Pernah dia utarakan pada aku, kalau aku ada berniat nak berhenti kerja nanti, dia teramat menyokong. Kalau boleh dia nak aku jadi surirumah sepenuh masa. 

Tapi bagi aku, buat masa sekarang, aku mahu bekerja walaupun aku tahu gaji suamiku itu mampu menyara aku dan bakal anak-anak kami nanti. Cheh.. "anak-anak" tu macam ramai sahaja bunyinya kan? Eh eh.. Suami aku dah pesan dulu. Selagi larat, selagi Allah bagi rezeki, ramai-ramai anak pun tak apa. Boleh buat satu team bola sepak  lagi bagus katanya. Amboi cik abang.. 

Berbalik pada topik, aku belum lagi terfikir mahu berhenti. Dengan gajiku sekarang, aku boleh hulurkan pada adik dan kedua ibubapaku. Kalau aku berhenti nanti susahlah nak berjasa pada mereka. Buat masa sekarang aku seronok bekerja. Ada rakan sekerja yang sekepala.  Lagipun, aku masih belum ada anak kan. Kalau dah ada anak nanti mungkin keputusanku berubah. Kita tunggu je jalan cerita hidup aku macam mana.

Eh panjang pula aku melalut. 

"Sayang. Asar nanti abang nak ke masjid. Sayang tak payah masak malam ni.  Buat yang ringan je untuk minum petang. Lepas maghrib nanti kita keluar." 

Sudahh.. aku baru terfikir-fikir nak masak apa malam ni. Cepat betul suami aku ni membaca segala apa yang ada dalam benak fikiran aku. Tak boleh jadi ni.

"Ala abang. Biarlah Nur masak. Nur dah fikir pun memu dinner malam ni." Saja aku nak menduga. Hehehe. Padahal dalam hati seronok bukan main. Macam kera dapat bunga je.

"Nop. Ini arahan mandatori."  Tegas. Amboi sejak bila laki aku ni jadi tegas? 

"Yela.. abang nak makan apa petang ni?Roti jala ke kuih muih?"  Beralah jelah dengan suami.. hihihi.. Lagipun, tak la penat sangat nanti nak keluar.

"Nur pandai buat kuih onde-onde kan?"  Aku mengangguk. 

"Abang nak makan onde-onde? Biar betul?Mengidam ke ni?" Aku cuba mengusik? Perutnya aku tampar perlahan sambil menuju ke dapur. Mendapatkan segelas air untuknya.

"Ke situ pulak sayang ni. Abang teringin je. Dah lama tak makan. Last time abang makan masa puasa hari tu." 

"Onde-onde siap before 5 pm. Make sure jangan balik lewat nanti. Kalau tak habis.!" Laungku dari dapur. 

"Kalau habis abang cari lain !!!" Terbeliak biji mata aku. Cepat-cepat aku menuju ke ruang tamu. 

"Sejak bila Nur pandai bercekak pinggang ni. Sebelah pulak tu. Bak sini gelas tu. Abang haus ni" muka tak bersalah betul suami aku ni. Jagalah! 

Aku hulurkan gelas sambil protes.  Badanku aku hempaskan di sofa. 

"Merajuk la tu. Baru abang cakap nak cari onde-onde lain kalau habis. Kalau abang cakap nak cari bini lain, terbang periuk belanga sayang kat dapur tu." Serentak itu, suamiku ketawa kuat. Suka sangat mengenakan aku. 

"Abang buatlah kalau berani." Aku cuba mengugut. Walaupun aku tahu Abang Megat ni bergurau, dan dia pun memang jenis yang suka bergurau, tapi jauh di sudut hati.. aku mula terbyangkan benda yang bukan-bukan. Ah! Be positive. 

"Nur sayang. Insyaallah selagi abang masih suami Nur, abang akan setia dengan Nur. Abang tak nak berjanji.. tapi itu impian abang." 

Aku memandang Megat Zamani lama. Halal weh.. takpe pandang lama-lama pun.  Yang tak halal tu bahaya. Korang jangan cuba buat! 

"Nur tahu hukum abang. Berpoligami tak salah untuk lelaki. Tapi Nur wanita. Dan Nur boleh untuk tak setuju dipoligami." 

Megat Zamani tersenyum. Dia merapatkan badannya denganku. Bahuku dipeluk. 

"Insyaallah benda tu tak berlaku dalam keluarga kita sayang. Abang dah ada bidadari cantik dalam hidup abang. Abang dah lengkap sebagai lelaki. Cuma tunggu khalifah je lagi." 

Anak? Belum rezeki kami suami isteri.

"Kita dah usaha abang. Tapi tak ada rezeki lagi. Nak buat macam mana." Aku bersuara perlahan. 

"Jom usaha lagi?" Ajak suamiku. Dia bangun dan menarik tangan aku. Errrrrr..

"Abang ni tak malu eh.?" Soalku bodoh. 

"Nur ni kan.. dah nak masuk asar ni. Jom naik atas. Mandi dan siap-siap. Kan tadi abang kata nak ke masjid. Abang berusaha doa kat masjid la sayang." Mengekek suami aku ketawa. Bertuah punya suami. Suka sangat kenakan bini dia yang slow motion dan lambat pick up ni.

Megat Zamani bersiap. Kacak gitu bila dia mengenakan baju melayu warna perple belacan dan berkain pelikat. Gigih tadi aku iron baju melayunya sebelum dia siap mandi. Isteri-isteri.. jangan lupa tau, iron baju suami pun dapat pahala. Kumpul pahala banyak-banyak selagi mampu. Walaupun benda ni kecil, tapi Allah pandang.  

"Kacak tak abang? Agak-agak ada anak dara berkenan tak?" 

Aku buat muka. 

"Nak pergi rumah Allah, betulkan niat tu ye cik abang sayang." 


"Gurau pun tak boleh dah bini abang ni. Garang semacam!"

"Abang keluar dulu. Nanti onde-onde jangan lupa tau." Sempat lagi berpesan. Mana boleh aku lupa. Hehehehe. Sejak Megat Zamani sebut tadi, aku pulak yang macam kecur air liur. 

Sepantas kilat aku turun ke dapur dan siapkan bahan-bahan. Aku uli tepung dan mesin kelapa. Nasib baik ada kelapa yang aku beli yang siap di kopek kulitnya. Dah dibelah duakan juga. Tinggal mesin je. Bab mesin kelapa ni aku memang pro. Sejak sekolah menengah lagi aku belajar guna mesin ni.Tak menjadi masalah. Hehehe. 

Mesin tu pun, aku beli masa awal-awal masuk rumah ni dulu. Senang..Tak payah cari kelapa parut kat kedai dah. Siap semua sekali, aku naik atas mandi. Dan kemudian turun balik. Habiskan kerja membuat onde-onde yang tergendala tadi. 

DONE! Boleh rehat sambil cari idea nak suprisekan Megat Zamani esok hari. Hummm.. Alamak! Nak pakai baju apa malam niii? Lupa. Formal ke? Kasual ke? Ke yang santai-santai je? Ke malah agaknya Megat Zamani nak bawak aku malam ni? Candle light dinner kah kami? Atau di warung mamak? Kalau warung mamak, aku sarung je jubah yang aku pakai tadi. Erkk. 

'Isyhh! Aku pun satu tadi tak tanya awal-awal.' aku merungut pada diri sendiri. Agaknya baju apalah yang sesuai.


****************************************************

"Siapa abang?" 

"Kawan abang. Dia wish birthday abang." jawab Megat Zamai yakin. Telefonnya diletakkan di bawah paha kanan. Dah jadi tabiat masa dia memandu. 

"Oh. Balas nanti sampai rumah la abang, tengah drive kan ni." aku menegur. Risau pula sebab sekejap-sekejap duk membelek iphonenya. Tengah drive lagi. Seriau! Megat Zamani tersenyum padaku. Cair! Eh! Cair pun tak bermakna boleh berbalas sms semasa memandu. Tidak sama sekali. Aku tak benarkan.

"Kalau abang nak bersms jugak, biar Nur yang drivelah." ujarku memberi cadangan.

"Sayang, dulu kan abang dah cakap, selagi kita keluar berdua, Nur jangan pandai-pandai nak drive okey. Abang ada. Abang suami Nur." tegas nada suara itu.

"Then please.. drive without phone. Nur selalu pesan kan?" Demi keselamatan aku pun perlu tegas. Buka aku cemburu atau apa. Naik kereta dengan aku paling pantang pengang phone lah. Ambil barang kat seat belakang lah. Semua tu boleh bawa bahaya. Malang tak berbau. 

"My mistake. I'm sorry sayang." Akur. 

Tak payah nak nasihatkan Megat Zamani nu sebenarnya  Dia akan akur dan memohon maaf kalau dia salah. Aku memang hormat dan tabik dengan sikapnya yang itu.  Tapi yang menjadi masalahnya, dia ni akan buat lagi selepas ni. Pasal ni pun, dah banyak kali alu tegur. Kang dua tiga bulan dia buat lagi. Lupa gamaknya! 

"Nur sayangkan abang tahu. Kalau kita excident macam mana? Nur bukan minta, tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku abang. Kalau kita tak susahkan orang takpe, ni kalau terlanggar kereta atau motor orang, macam mana. Mereka jadi susah gara-gara kita. Please.. next time.. Ingat pesan Nur ya. " ceramahku panjang. 

"Ye sayang. Dah jangan membebel. Dah nak sampai ni."

Tengok. Kalau aku nasihat kata aku membebel. Aku tarik muncung. Protes sikit. 

"Nur nak tahu tak itik paling comel, paling cute dalam dunia ni?"

Aku bagi isyarat 'nak' dengan pandangan mata. Malas nak cakap. Protes sikit lagi. 

"Itik yang kat sebelah abang nilah.!" 

Tiba-tiba Megat Zamani menjerit kuat. Haaa.. baru padan muka. Rasalah cubitan berbisa daripada isteri sendiri. Hambikkkk.. Tak sayang bini ke? Boleh pulak samakan isteri dengan itik. Nasib baik tak ada stapler. Kalau tak aku stapler mulut laki aku ni. 

Ishhh.. bini apa ganster sangat ni!!??

"Nak lagi?" Soalku puas hati. 

"Sayang ni kan? Nampak je lembut, tapi ganas. Biru paha abang ni" 

"Baru tahu? 

"Sakit tahu." manja.

"Padan muka." Malas aku nak layan. 

"Sampainya hati bini aku... " ayat belas kasihan. Tidak akan aku termakan dengan pujuk rayu mu sayang. Cewahhh..

"Nur.. do you love me?" Sudahhhh..  sudaahhh. Mai tang romantik pulak. 

"May be yes" pendek aku jawab.

"Kenapa ada may be?" 

"Sebab abang ni nakal. Abang Nak bawa Nur pergi mana sebenarnya ni? Jangan kata abang sesat malam-malam?" 

Meledak ketawa Megat Zamani. Kantoilah tu. 

"We are going tooo.. eh jap.  Macam mana Nur tahu? Selalu kalau jalan malam Nur susah nak cam jalan." 

"Dah dekat setengah jam kita dalam kereta. Tak sampai-sampai kat rumah abang. Rumah kita dengan restoren tadi dalam 15 minit je." Hujahku menggunakan fakta dan kebenaran yang nyata benar. 

"Suprise sayang! I wont tell you now." Balas Megat Zamani galak. 

"Orite then. Make sure betul-betul suprise. Kalau tak..." 

"Kalau tak apa?" 

Belum habis ayat aku, dia dah menyampuk. Tak terluah aku. 

"Dah dah dah. Nur tidur dulu. Bila dah sampai nanti, abang kejut. Tapi jangan tidur berdengkur tau. Tak boleh concentrate nanti abang nak drive" 

Sekali lagi aku cubit pahanya.. fuhhh. Puas hati. Suka kenakan bini kesayangannya ni. 

***************************************


Dah habis baca? Sila komen ya tuan puan. Oh jangan lupa baca part 1- part 5 jugak ye. Ada kat sidebar sebelah kanan. 

Nak tahu ke mana Megat Zamani bawak Nur? 
Nak tahu kesudahan kisah suami isteri ni? 
Kena stay tune kat sinilah eh. 

















7 ulasan:

  1. mulakan menulis novel dari blog, menarik! teruskan usaha ye! ni nak kena baca part 1-5 ni. cumanya bahasanya terlalu sempoi, macam bercerita dalam blog. keh keh keh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah.. yeke? Heheh.. may be terbiasa dengan gaya penulisan blog kot.. next part, sy cuba perbaiki.. mekasih sis.. :)

      Padam
  2. ok ok ok nice story..keep writing....kene baca part2 yg lain...he3

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Kalau best, kena lah tunggu sambungannya nanti ye..

      Padam
  4. wauu..real story ., bebeh, mesti penat nak perah otak kan..kite suke..kite suke..hihi

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard