Positif dan Negatif - Fatihah Fazlin

Sabtu, 18 Oktober 2014

Positif dan Negatif


ASSALAMUALAIKUM

Tengah malam ni menulis.. memang rasa seronok sebab tak ada gangguan.  Tadi nik ada baca satu artikel kat iluvislam..Mengisarkan pasal motivasi.. Oh.. dah lama tak baca buku motivasi.. Asyik novel je. Tak boleh jadi ni. Ada suggestion untuk buku motivasi yng best tak korang? 


Okey.. 
Pernah tak korang di tegur supaya menjadi positif? Atau supaya jangan asyik negatif sahaja pemikiran ni? Pernah tak? Isyhh..

Sebenarnya, kalau boleh semua orang nak jadi positif kan? Agar hidup lagi ceria.. lagi gembira. Kalau kita positif, secara automatik pemikiran kita akan optimis. Tapi senang sangat ke nak jadi positif ni? Mudah sangat ke? 

Yela.. time ada problem..  time tengah banyak kerja.. time sibuk yang teramat.. time sedih... nik rasa bukan mudah nak jadi orang yang positif. Mukan mudah untuk nasihat diri jadi positif.. nik tak tahu orang lain.. tapi kalau nik memang payah ! 

Kalau ikutkan, nik bukan jenis manusia yang terlalu negatif.  Nik cuba didik diri menjadi manusia yang positif dan optimis sejak dulu lagi. Tapi dalam kehidupan ni, macam-macam boleh berlaku kan.. Macam-macam benda akan terjadi.. Lain yang kita rancang hari ni, lain yang terjadi esok hari. 

Allah dah tetapkan. Tapi kita boleh usaha.

Kadang-kadang, kita tak boleh nak minta seseorang tu jadi apa yang kita nak.. jadi apa yang kita suka.. nik suka kalau diri nik jadi seorang yang positif, tapi bolehkan kita kawal diri kita supaya positif sentiasa tanpa ada ragu-ragu.? Tanpa ada "isyhh.. boleh ke ni", " mampu ke aku ni?", "tak payah la buat, takut kena reject", "betul ke ni? Jangan-jangan bal bla bla..".....

Positif dan negatif. 

Nik rasa dua-dua sifat ni ada dalam diri ni. Nik bukan sempurna untuk sentiasa menjadi seorang yang positif. Jadi kepada yang kenal nik, sorry ya kalau tak dapat jadi positif all the time. Sebab nik manusia biasa. Mungkin akan terbuat salah bila-bila masa. 

Tapi nik cuba untuk tidak negatif.

Boleh korang bayang tak apa yang nik nak maksudkan dengan tulisan yang panjang ni? Hehehehe. 

Sekian. 

8 ulasan:

  1. em.. masuk ja bookstore rembat 1 2 buku motivasi kak.. nak suggest kita ada banyak sangat cadangan,cuma lupa tajuk..ehehe..

    susah la sekarang,otak asyik fikir negatif,sangka buruk. macam mana nak buat yg negatif ganti dgn positif? kalau berjaya pun sekejap ja positifnya lepas tu buat balik..

    T___T

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.. nak cari yang best klau boleh dik nana. :)
      hummm. tulah.. nak jadi positif all the time susah gak, tapi kena cubalah...

      Padam
  2. In sha Allah Nik bole mnjadi positif. Sebagai manusi memang agak susah utk kta jadi positif setiap masa. Kadang2 positif sgt pun, tak boleh gak. Bergantung kat situasi yg kta hadapi la

    BalasPadam
  3. sebenarnya ... memang susah nk jadi positif selalu....
    perlu ada latihan... hihihihi


    Recent Post by MananQayyim : Segmen - 4 Power Bank Original untuk dimenangi

    BalasPadam
  4. Fikir positif jd ceria, fikir negatif jadi sedih

    BalasPadam
  5. kena berkawan dan kelompokkan diri kita dalam golongan mereka yang postif.. nanti kita bersemangat lain macam.. hehehe.. kalau yang negatif tuh seboleh boleh dielak.. hehehe

    BalasPadam
  6. Be positive all the while =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/kekurangan-air-boleh-menyebabkan.html

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard