iPhone 5S tu milik siapa? - Fatihah Fazlin

Khamis, 16 Oktober 2014

iPhone 5S tu milik siapa?

ASSALAMUALAIKUM.



iPhone 5S tu milik siapa? | Alhamdulillah.. Syukur pada Allah sebab masih beri kesempatan pada nik untuk terus bernafas di buminya, untuk terus mencari jalan dan menuju ke arah yang lebih baik, untuk terus menjadi manusia yang ada bakti. Walaupun tiada ilmu penuh di dada, tapi nik sedaya mencuba memberi yang terbaik untuk korang dan semua yang membaca..

Alhamdulillah sekali lagi, untuk segala nikmat yang nik kecapi. Tak tahu kenapa, hati rasa tenang dan lapang saat ni. Mungkin sebab satu persatu masalah yang membelenggu sudah selesai. Masalah apa? Masalah kehidupan. Masalah biasa yang di hadapi oleh semua. 

Oh.. 

Terlalu panjang bermukaddimah ye? Mari ni bercerita ya. Kalau korang pernah baca entry "Iphone 5s impian setiap blogger" yang nik tulis ni, korang mesti akan dapat agak apa yang nik nak sampaikan di entry ni. yerp! nik join sebuah contest di blog denaihati.com.! hujung bulan Ogos lagi nik join.. rasanya dah dua bulan contest ni berlangsung dan semalam, dah tamat dah cabaran kedua iaitu #cabarantop70komen..

Lega yang teramat bila cabaran kedua ni tamat. Kalau korang nak tahu memang sebulan nik berkampung kat blog denaihati.com untuk lengkapkan jumlah komen yang nik kumpulkan sekarang.. Ada dalam1800++ rasanya. Korang boleh tengok di entry ni ye. Meriah betul sebulan nik di sana bersama 140 peserta yang lain.

Sekarang, masa untuk tarik nafas sekejap sementara menunggu pengumuman rasmi dari denaihati.com tentang 70 orang peserta yang berjaya ke peringkat akhir. Nik harap nik terpilihlah. Niat di hati memang mahu menang iphone 5s tu. Korang doakan nik berjaya tau.!!  Selain dari tu katanya, banyak lagi hadiah menarik lain yang di tawarkan dalam contest ni. teheheh. teruja sangat ni! 

Apapun di hujung contest ni nanti hanya yang bertuah dan ber-rezeki akan menang.


8 ulasan:

  1. frust jugak sebab melepas join cabaran pertama, cabaran kedua dah takleh nak join la :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe umi.. next contest kota pakat join ramai-ramai.. nik pun nasib baik ternampak contest ni dulu.

      Padam
  2. wahhh..best tu..good luck Nik..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak maaa. Doakan nik berjaya .. hiks!

      Padam
  3. Menarik tertarik Nik memang Gebomm.. ^^ Fightingg Nikkkk^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hohoho.. amboi kemain... -_^
      Doakan sy berjaya faz ye ..

      Padam
  4. Peghh!!rajin nya..orang yang betul2 kuat semangt je yang boleh join kontest Iphone nih..kalau saya memang tak la..blog sendiri pun terabai nak berkampung pulak di blog orang..ehhehe..semoga berjaya ye..

    BalasPadam
  5. Semoga berjaya menang iPhone 5s nanti Nik ;D hehe

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard