Berjalan-jalan di Labuan - Fatihah Fazlin

Jumaat, 3 Oktober 2014

Berjalan-jalan di Labuan

ASSALAMUALAIKUM.

Salam Aidiladha 2014 / 1435H korang. Yang mana balik kampung tu, hati-hati dalam perjalanan. Tahun ni nik tak dapat balik kampung, bagi laluan kawan lain bercuti pulak. Raya Aidilfitri hari tu nik dah cuti. 

Back to the topic, 29 September hari tu, nik pergi holiday ke Labuan dengan kawan. Sebenarnya kitaorang dah plan lama dan tarikhnya 30 sept sebab 29 tu kawan nik baru balik dari Sarawak. Melancong sakan dia! Jeles! Pagi 29 dia mesej ajak pergi Labuan petang tu jugak. Nik apa lagi, dah lama teringin nak jejak tanah Labuan, meloncat gembiralah. *over !*

So, dalam jam 3 lebih kami tumpang kawan dia dengan kereta ke Menumbok. Naik bot laju kat sana. Untuk pengetahuan, bot laju kat sana sampai malam ada tau. Tapi harga yang dicaj akan lebih mahal. Kalau siang, harga bot laju dari Menumbok ke Pulau Labuan dalam RM7.50. Tapi memandangkan nik sampai sana pun dah malam, kami kena banyar RM40. Mahalkan? tapi okeylah jugak bot tu ada. Kalau mereka tak nak jalan, naya kami kena tidur kat jeti tu!


Sampai je sana, terus cari hotel. Kami stay di Hotel Pulau Labuan 1. Harga? hmmm.. pendapat nik lah kan, harga hotel kat sini agak mahal. hehehehe. Atau mungkin kami yang tak pandai cari? entah. Gambar sebelah kanan tu masa kat jeti di Menumbok. Cuti kami ala-ala backpakers gitu. Pergi dengan hanya sebuah beg.


Pasar basah kat sana rasanya ni. Kecil je. Kat bawah pun pasar jugak, Pasar Labuan. Kalau nak beli baju atau cenderamata kat kawan atau family bolehla beli kat sini. Tapi nik tak beli pun.. haha. Beli coklat je, nanti nik cerita kat entry lain eh.

Dari satu tempat ke satu tempat, kami jalan kaki je. Perut lapar, kami singgah makan. Dek kerana penat, memang kami tak jalan jauh. Orang kata kalau pergi labuan, kena pergi tempat menarik kat sana tapi kami tak pergi pun. Niat nik memang nak jejak kaki kat Labuan je. Asal dah pijak kira okeylah. ehehe.


Kawan nik Jess kat depan Pasar Labuan.



Jeti Pulau Labuan. Nik tak sangka jeti kat sini boleh dikatakan canggihla.hehehe. dah macam lapangan terbang pulak. Siap ada pengumunan bagai. Tempat duduk pun selesa. Kat sebelah dalam siap ada aircond lagi. Lain daripada apa yang nik bayangkan selama ni.



Wajah-wajah mereka yang penat berjalan. Dari hotel kami ke Ujana Kewangan. Nak jalan-jalan kat sana. Ternaik teksi, padahal kalau jalan kaki dekat je pun. Naik teksi tambang dah RM10 ! Fuhhh. Area Ujana Kewangan ni macam area pentadbiran la. Ada shopping compleks kat sini. Taklah besar sangat tapi kira sepadanlah kot. Labuan kan tak besar mana. Nik kira dalam 2 jam dengan kereta kita mampu habiskan untuk melawat tempat-tempat menarik di Labuan ni.

 

Sebelum balik, sempat kami makan dulu. Lupa pulak nama kedai ni. Makanannya boleh tahan. Tapi harganya pun korang pandai-pandailah nilaikan ye. Dan nik sejak tinggal Sabah setahun lebih ni, ikan merah tu dah jadi kesukaan pulak. Cicah dengan air asam..perghhh ! Orang sini panggil ikan uji rashid rasanya.
 

Jam 1 tengahhari kami naik feri seperti yang dijadualkan. Tiket dah beli awal pagi lagi. Pemandangan Pulau Labuan dari dalam feri. Kat bawah tu pulak feri yang kami naik. Selesa. Aircond sejuk yang teramat. Tambang feri ni RM19 kalau tak silap. Bertolak dari Pulau Labuan terus ke Jesselton Point, KK. Berbaloilah kan? Pejalanan mengambil masa 3 jam. Sempat tidur lagi. Dalam feri ada tv. Dan yang menarik ada stewards ala-ala naik kapal terbang tu. Nak beli meggi cup atau air boleh je..


Alhamdulillah..Akhirnya dapat jejak kaki di Labuan. Wishlist sepanjang kat Sabah ni. Ada lagi beberapa tempat dalam perancangan. Kena sediakan bajet dulu. Pulau Mabul, Semporna. Gunung Kinabalu(nak dakilah hajat dihati). Simpang Mengayau, Kudat.

Btw, selamat tinggal Labuan. Panjang umur kita ketemu lagi. Btw, siapa kata melancong di Labuan tak best? Best apa dapat tengok tempat orang. Kenal budaya orang. Kutip pengalaman. Dan yang penting, dapat beli coklat banyak-banyak! hahaha

Till then, bye.

 

5 ulasan:

  1. Woww....bestnya nik....dah lama saya mau ke sana tapi nik dulu yg sampai....tahun depan ni...insyaAllah...heee

    BalasPadam
  2. Tak pernah lagi gi Labuan ni, walaupun Labuan taklah jauh sangat dari Sarawak ;)

    BalasPadam
  3. Bestnya ada rezeki akakpun nak kesanalah...

    BalasPadam
  4. best jugak labuan ni. teringin cuci mata sana pula ;)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard