Maafkan adik, adik yang tersilap - Fatihah Fazlin

Rabu, 8 Oktober 2014

Maafkan adik, adik yang tersilap

   ASSALAMUALAIKUM.
 
 Surah Rum ayat 21, Allah menjadikan kita hidup berkeluarga supaya kita berasa tenang. Begitulah fungsi adik-beradik dalam kehidupan – untuk memberi ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

Alkisah dua beradik: Maafkan adik, adik yang tersilap |Satu masa dahulu, ada dua beradik yang tinggal di dua kebun bersebelahan telah berbalah dan berkelahi antara satu sama lain.(foto hiasan)

Ia adalah satu pertelingkahan yang serius dalam tempoh 40 tahun untuk dua adik beradik petani berjiran ini, yang berkongsi tanah, peralatan, pekerja dan hasil untuk sekian lama.

Kerjasama utuh antara dua adik beradik sebelum itu akhirnya berkecai. Ia bermula daripada satu salah faham yang kecil sehingga menjadi satu masalah yang besar sehingga akhirnya pertukaran kata-kata melampau serta melukakan hati diikuti dengan perang dingin berminggu lamanya.

Satu hari, ada seorang datang mengetuk pintu rumah si abang. Lalu abang membuka pintu dan melihat seorang yang penuh dengan peralatan pembinaan.

“Saya sedang mencari kerja untuk beberapa hari,” kata Riduan. “Bolehkah abang beri berikan beberapa tugas kecil yang saya boleh buat?”

“Ya,” jawab si abang. “Saya ada kerja untuk saudara. Lihat parit besar di kebun belah sana itu. Dia jiran saya. Oh tidak, sebenarnya dia adik saya. Minggu lepas kami bergaduh besar, dan dia ambil bulldozer lalu mengorek dari sungai itu dan membina parit antara dua kebun kami. Adik saya telah melakukan ini untuk menunjukkan dia benci kepada saya. Saya nak buat yang lebih baik untuk balas dendam.”

“Lihat kayu balak di belakang kebun saya. Saya nak saudara binakan satu pagar 8 kaki tinggi mengelilingi kebun saya supaya kebun dia tidak lagi saya kelihatan buat selama-lamanya,” tambah si abang lagi.

Riduan mengangguk. “Saya faham situasi encik. Berikan saya paku, mesin untuk mengorek lubang dan saya akan siapkan kerja yang encik mahu itu.”

Selepas itu, si abang itu terpaksa ke bandar selama seminggu untuk mencari pelanggan baru.

Setelah menyediakan semua bahan mentah untuk Riduan, si abang terus ke bandar.

Selama seminggu, Riduan bertungkus lumus menyiapkan kerja sebaik mungkin. Hampir seminggu, kerja yang dijanjikan hampir siap.

Si abang kembali daripada bandar dengan harapan menyaksikan pagar 8 kaki telah terbina.

Setibanya di kebun, si abang terkejut sehingga ternganga mulutnya melihat apa yang dibuat Riduan dan terus berasa marah dan menjadi bengis.

Tiada pagar 8 kaki, tapi satu jambatan melintasi parit yang dibina adiknya menyambung kedua-dua kebun bersama kembali.

Apabila terjumpa Riduan, si abang dengan marah mahu berkata, tetapi belum sempat dia berkata, si adik menyampuk “Apa awak buat." Rupa-rupanya adiknya telah datang ke kebun abang setelah jambatan itu siap.

“Tak sangka setelah kata-kata kesat dan melampau adik pada abang, abang masih bina jambatan menghubungkan dua kebun ini. Maafkan adik. Adik yang tersilap. Adik sayang abang,” kata adik kepada abang.

Kemarahan abang pada Riduan kini bertukar menjadi kagum dan terhutang budi.

Riduan mula mengumpulkan barangnya untuk beredar.

“Mana kamu nak pergi? Banyak lagi kerja untuk kamu!” kata si abang.

“Saya nak pergi, terdapat banyak lagi jambatan yang sedang menunggu saya untuk dibina,” kata Riduan.

“Mengapa saudara berani buat jambatan dan bukannya pagar seperti yang diminta?” tanya si abang yang masih tidak memahami niat Riduan.

“Apa gunanya kehebatan ilmu membina saya jika saya gunakannya untuk galakkan permusuhan dan bukan persahabatan antara dua adik beradik yang hanya marah kerana tersilap kata?

"Apa gunanya umur panjang kalau kita biarkan mereka yang dalam kebencian hidup dalam kebencian tanpa cuba membantu mereka?” jawab Riduan.

"Hidup ini singkat. Jangan bazirkan dengan membiarkan kebencian, kemungkaran, ketidak-adilan dan kezaliman berterusan. Bantu setakat boleh untuk Allah swt," tambah beliau lagi.

Wahai anakku,

Aku ceritakan ini untuk engkau mengerti perbezaan orang yang positif dengan yang negatif. Jika kamu seorang yang positif, kamu akan selalu berfikir untuk menyelesaikan masalah.

Sebaliknya jika engkau seorang yang negatif, kamu akan selalu menimbulkan keburukan dan mencari masalah.

Wahai anakku,

Jika kamu seorang yang positif, kamu akan suka meringankan masalah sekiranya engkau seorang yang negatif, kamu suka merumitkan masalah. Jadilah seorang yang positif dengan mengecilkan masalah yang besar, daripada menjadi seorang yang negatif membesarkan masalah yang kecil.

Allah menjadikan kita hidup berkeluarga supaya kita berasa tenang. Begitulah fungsi adik-beradik dalam kehidupan – untuk memberi ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan.
Cerita ni, nik copy dari kawan nik yang sent kat wassap. Kepada penulis asal yang nik tak ketahui siapa, terima kasih kerana berkongsi sesuatu yang berpengajaran macam ni.  Kita pembaca, ambil segala pengajaran yang tersirat. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


4 ulasan:

  1. Good sharing.. Pengajaran yang baik untuk dikongsikan dengan anak cucu nanti.. ^^,
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
  2. cerita bagus banyak pengajarannya ni. terima kasih perkongsiannya.

    BalasPadam
  3. Nice story. Ada pengajaran..

    http://mrsjaysblog.blogspot.com/

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard