Fatihah Fazlin

Jumaat, 13 Februari 2015

Kehilangan Besar.
ASSALAMUALAIKUM..

Semalam kita di kejutkan dengan berita sedih, Tuan Guru Nik Aziz telah pergi mengadap Pencipta. Innalillahiwainnarojiun... sebak sungguh bila dapat tahu. Geng group wassap KBBA Borneo yang bagitahu.. Masa mula mula nik macam tak percaya. But it was the truth. 

Dan nik telah kehilangan seorang agamawan dan ahli politik yang nik paling sayang dan hormat. Dan Malaysia juga telah kehilangan seorang ulamak yang begitu zuhud dalam kehidupannya. 

Tiba-tiba nik terfikir..macam manalah selepas ni,, Tok Guru dah takde. 

Tapi lumrah..setiap yang hidup pasti akan mati. 12 Februari 2015 tok guru pergi mengadap Ilahi. Esok lusa, mungkin kita. 

Semoga roh almarhun Tok Guru dicucuri rahmat. 



Demi Allah, nik rasa kita semua dah kehilangan seorang lelaki, bapa, atuk,dan penasihat yang hebat.

Dan terima kasih Tok Guru atas semua yang dah Tok guru sumbangkan kepada kami semua.  

"JIKA KERETA ROSAK, MEKANIK YANG AKAN MEMBAIKINYA, JIKA TUBUH BADAN BERMASALAH, DOKTOR YANG AKAN MENGUBATINYA. JIKA KEHIDUPAN MANUSIA BERMASALAH, MAKA PENCIPTA MANUSIA ITULAH YANG PERLU DIRUJUK. PELIK SUNGGUH MANUSIA YANG MENGAKU ALLAH SWT SEBAGAI TUHAN TETAPI ENGGAN MERUJUK KEPADA SYARIAT ALLAH BILA BERDEPAN DENGAN MASALAH" -Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat-

Khamis, 12 Februari 2015

Akhirnya!
ASSALAMUALAIKUM..

WOOOAHHH.. dah lama kot tak menaip kat blog ni. eh sebenarnya baru je.. entry cepat lagi panas pasal ZERO JUARA MLM 2014 tak dikira sebab tu kira nik update lunyai-lunyai je. hehehe. Ni baru menaip dari hati... cehhh.




Akhirnya, hari ni nik di beri kekuatan untuk menaip kat blog ni. Itupun setelah beberapa kali tulis padam tulis padam. Kekdahnya... tak tahu nak tulis apa. Tu yang tajuk pun entah apa-apa.

Eh. sebelum cerita panjang, nik nak ucap terima kasih bebanyak eh pada yang sudi singgah blog cabuk lagi suamsuam kuku ni. View meningkat, maknanya korang ada singgah la kan. Mekasih.. :)


WOookeh.. ni nak cerita.. dua minggu lepaih cek balik kampung. Punya seronok rasa macam dunia ni ana yang punya. Yelah... dekat 5 bulan tak balik kampung. Rindu semua yang ada kat kampung tu. huaaaa. Tuhan je yang tahu hati ni lagu mana tau dak. Alhamdulillah. AKHIRNYA... 27 Jan hari tu nik jejak kaki ke bumi kelantan. Alhamdulillah. Tapi sayu je hati tengok negeri sendiri dari udara. Mungkin effect daripada banjir kot. Tu yang nik sayu.


Okee.. stop cerita sedih ni.. move to cerita happy happy lak. Macam biasa kalau balik kampung tak sah la kalau mak tak buat jamuan kecik-kecik kami satu family. Laksa ya tuan puan. Kegemaran sejak berzaman. Dan diet yang nik dah buat dan konsisten selama 13 hari dianaktirikan begittu sahaja.. hurmmm... Makan banyak gilerrr.. Laksa. Tomyam.. Mee Sizzling.. Pizza.. apa lagi. Semua perut nik terima dan pasrah.

Akibatnya.. 3 Feb timbang.. naik 1.5kg.. ambekk,.. padan muka ko nik. Hancur induction diet atkins! HEE.. Tak pa.. la ni dah sambung balik dahh :)

Balik kampung bukan selalu. Lagipun adik adik dah besar, belajar jauh semuanya. nak jumpa dan berkumpul semua memang payah. So, alang-alang ada kesempatan, kita guna jelah kan? Sekarang tengah berkira-kira nak cari cuti sekali lagi. Harap cuti kali ni untuk cuti kahwin la ye... Oppsss..

Sabtu, 7 Februari 2015

Zero Juara MLM 2014
Assalamualaikum.

Fuh... malam ni berakhirnya perjuangan 5 kumpulan peserta maharaja Lawak Mega 2014. SEPAHTU. SHIRO, NABIL, BOCEY DAN ZERO. Tahniah le untuk semua peserta tahun ni. Anda semua memang hebat dan terbaik. Buat penonton geli hati. Dan mahajara lawak Mega terutamanya lawak lawak peserta memang lagi lagiiii lagiiiiii best dari Running Man! heeee


Dan juara MLM 2014 mesti semua dah tahu kan...

Juara Zero
Naib Juara Sepahtu
Tempat ke 3 Nabil
Tempat ke 4 Shiro
Tempat ke 5 Bocey








Dapat 500 ribu... hummm.. banyak tu. Tahniah again Zero. Sepahtu pun..my favourite all the time.. Korang terbaik ah... Tak puas tengok sekali! 


 

FATIHAH FAZLIN@templatesyard