Kuih raya OH Kuih raya.. - Fatihah Fazlin

Selasa, 22 Julai 2014

Kuih raya OH Kuih raya..

Assalamualaikum... Hai semua :)
Sebelum baca entry ni, tarik nafas dalam dalam.... _!!

Heee... Kurang seminggu lagi kita nak menyambut Syawal. Mesti masing-masing dah banyak buat persediaan kan? Bagus jugak bersiap awal-awal. Taklah terkejar-kejar nanti. Macam nik ni, duduk jauh dengan family, baju raya pun takdak lagi.. ingat mula-mula nak beli online, tapi cancel la sebab takut tak muat. Nanti sendu la pagi raya. Hehehe. Dah la tahun lepas tak de baju raya. Pulak tu raya kat perantauan sorang-sorang. Kental tak kental jiwa ambo ni. :D menitik jugak ayaq mata. !

Selain baju raya, biskut raya pun elemen penting jugak kan. Kalau tak, tak beraya manalah jugak. Tapi apa pun, bersederhanalah kita dalam apa jua hal. Elakkan membazir. Dalam kita berbelanja tu, asingkan seringgit dua bersedekah. Bukankah TANGAN YANG MEMBERI ITU LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA?

Cerita pasal kuih/biskut raya ni.. nik lemah sikit. Kat rumah nik jarang buat kuih raya sendiri. Hehe. Mungkin sebab kekangan masa plus tak minat plus tak reti.. hahah. Tapi nik tetap ada kuih raya kegemaran yang memang tak boleh nak tolak tepi. ^_^  orang kata satu balang tu, sekelip mata je..


Biskut sarang semut !masa mula2 makan biskut ni nik tak tahu pun nama dia apa. Makan je. Tetiba... eh sedap pulak. Sejak tu, kalau g beraya, mesti nak pergi rumah yang ada biskut ni. ♡♡♡


Popia.. ni yang paling evergreen la. Sejak dulu sampai sekarang memang tak jemu. Mesti tiap2 rumah ada sediakan ni kan? Nik pun cadang nak buat jugak popia ni nanti. Buat popia yang ada inti dan popia nestum. Insyaallah...


Biskut batang buruk. Namanya tak begitu kormesial tapi rasanya ummmmph! Sedap like crazy bak hang! Nik suka. Eh. Macam semua adik beradik nik suka.  


Dahlia. Pernah nik tolong mak sedara nik buat biskut ni.. hangussss. Hehehehe. Dalam banyak-banyak biskut raya nik rasa bentuk biskut ni mesra alam dan menarik. Rasa dia pun gebu-gebu gitu. Tapi kalau orang yang macam nik buat, tak de maknanya u nak gebu-gebu..  biskut dahlia ni pun wajib ada time raya kan?


Waaa.. biskut kacang. Feveret forever and ever !!!!!!!  Yang ni nik pandai buat. Yelah.. biskut ni tiap2 tahun nik tolong mak su nik buat. Pastu dapatlah sebalang dua. Yeayy.. tapi sejak masuk matrik dulu, dah tak buat dah.. duk jauh kan. Biskut ni paling senang nak buat. Dan pastinya sedap..


Almond london. Adik nik kata biskut ni biskut orang kaya! Tak tahu kenapa. Tapi memang biskut ni agak mahal kan kalau beli. Yelah.. cara nak buat pun leceh.  Tapi kalau beli ni awal-awal, tak sempat hidang untuk raya. Pemakan2 kat rumah akan habiskan dulu. Dorang buat kudapan sambil main PS lepas berbuka. Ohhhhh.. Tapi serius, kacang dia yang kat dalam tu sedap! 

Haaa.. tulah antara kuih raya kegemaran nik. Hee. Ada lagi sebenarnya. Tapi kita bagi yang top list la. Hehehe.. ○_○  tu je kot nik nak mencoret pepagi ni.. ada masa ketemu lagi.
Assalamualaikum.


P/s: gambar dari google. Credit pada pemilik asal.

7 ulasan:

  1. Laaa..mula2 nmpk gmbr tu semua K.Ma igt Nik yg buat..rupanya main tunjuk2 mcm K.Ma jugak la yer..Biskut Dahlia tu memang fav. Rifqi..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. nik tak pandai kak maa. Sama2 lah kita tunjuk menunjuk. Hahaha.. :)

      Padam
  2. Mode raya semakin membuak2... nk makan kuih raya puas2 ;) heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah kan.. orang semua dah duk sibuk mem'baking'...

      Padam
  3. Balasan
    1. Setuju.. kacang kat dalam dia tu yg nik suka kak..

      Padam
  4. kuih sarang semut tu fav. kalau ade rumah yang hidangkan kuih sarang semut memang habis la hahaha

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard