Akhirnya, pahit ditelan jua.
Mengalir deras air mata.
Menyaksikan malam 5.5.2013
Tempang pun kena berjalan jua.
Sakit pun kena solat jua..
Apa hikmahnya dari PRU13 ni?
Allah s.w.t. mahu hamba-Nya lebih sabar.
Lebihkan titisan air mata di setiap doa.
Sujud dan tahajjud.
Lebihkan masa untuk Dia.
Peristiwa hari ini pasti dikenang.
Hari ini kita muda.
5 tahun lagi kita dah tua.
Namun perjuangan tetap muda sampai bila-bila.
5 tahun lagi.
Kita mungkin akan berjuang tanpa tokoh-tokoh yang ada kini.
Mungkin mereka tidak sempat bersama lagi.
Kalah.
Bukannya tak biasa.
Kalah bukan bermakna rebah.
Bukan bererti mengalah.
Bukan bererti menyerah.
Cuma akur adanya hikmah.
Menang.
Bukan selamanya akan menang.
Tersungkur hari ini.
Tidak akan mengunci hati.
Tidak pula langkah terhenti.
Tidak pula terkaku matikan diri.
Tersungkur hari ini.
Demi bangkit kembali
pada suatu hari.
La tahzan.
Innallaha ma'ana.
Tiada salah untuk menangis.
Tapi...
Dengan nama Allah yang maha bijaksana,
"Aku melihat KEJAYAAN kalian adalah satu
KERUNTUHAN HEBAT pada maruah kalian sendiri.."
Malam yang penuh duka buat rakyat Malaysia.
Warna warni PRU13 tidak akan dilupakan.
Dengan semangat yang tidak akan pernah hilang
In Shaa Allah..
Tahniah Barisan Nasional.
Jika kemenangan ini telus, saya ucapkan Tahniah.
Jika dengan penyelewengan, saya ingatkan dengan satu firman Allah:
"Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42).
p/s: nukilan ini bukan idea asal nick..tapi nick dah ubah sedikit sebanyak..

kekalahan hari semalam bakal menyusul kemenangan di suatu ketika..
BalasPadamla tahzan wahai hati..
in shaa allah..
Padamtahniah kepada yg menang..:)
BalasPadamtentunya BN..:)
PadamYakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba.... Allah tetap bersama sama dengan orang2 yang sabar........:)
BalasPadamYUP..sabar dan sabar..
Padam