Blogger & Blogwalking - Fatihah Fazlin

Isnin, 27 April 2015

Blogger & Blogwalking

ASSALAMUALAIKUM..

Hi Semua..

Bulan ni dengan bangganya nak umumkan entry dah lebih 20.. hahahha.. bangga okey.. tapi tak nak riak. Ye. Bukan sonang den nak menulis kant sini walaupon eden suko menulis! Cinta eden memang dalam bidang penulisan bukan bidang perakaunan. Erk. 




Jangan korang tak tahu..  Menulis bukan sekadar nak menulis.. passion tau dak.  Tambah lagi bila dah jadi blogger. Sana sini orang dok kutuk blogger.. Blogger Copy and paste lah. Blogger ciplak gambar la. Blogger tulis entry murahanlah. Artis pun ada tak berkenan dengan blogger gosip yang menulis tanpa sumber yang sah. Alah. Bukan saja artis..den pon tak suko aih..  Nak menulis.. tulis apa yang kita tahu.  Kang kena saman tak pasal-pasal kan. Gosip gosip artis tu semua bagi nik, tak yah la. Dan blog ni free dari sebarang gosip ye kawan kawan. Heerr.. 

Panjang pulok mukadimahnya. 

Padahal nak cerita pasal blogwalking je pon. Kahkah. Dah lama tak blogwalking sebenarnya. Singgah kat blog yang ada entry baru je.. yang keluar kat dashboard je. Tu pon kalau terbaca tajuk yang menarik. Aihhh.. rasa macam tak best je. Sebab blogger dan blogwalking tak leh berpisah. Apa lagi kalau blogger suam suam air teh macam nik ni. 

Rugi tau dak kalau tak blogwalking ni. Effectnya pada blog kita lah. Kalau kita blogger famous macam MR BEN ASHAARI ke DR FATIN LIYANA ke lain lah kan. Tak blogwalking pon orang akan singaah blog kiTa. 

Alangkah indahnya kalau diri ini rajin untuk kembali ber blogwalking. Bagi yang rasa malas nak blogwalking macam nik, meh kita refresh balik kenapa harus dan pentingnya kita berblogwalking ni. .. kasi motivate balik minda kita..

Tambah Pengetahuan

Membaca kan jambatan ilmu. Lagi banyak menbaca lagi banyak ilmu yang akan kita peroleh. Singgah ke laman blog orang laon mungkin dapat tambah sedikit sebanyak pengetahuan kita. Tak kiralah pengetahuan tu jenis yang macam mana. Tapi kalau yang ilmiah lagi elok la kan. Macam nik, nik suka baca blog iluvislam tu.. Wajib singgah la tiap hari. Blog ustazah fatimah syarha pun antara yang wajib jugak. Yang lainnya ada lagi.. malas pulak nak senarai. Kat bloglist nik tu memang dua hari sekali nik singgah. Cuma sekarang nak kukuh dan perluaskan lagi ke blog blog di luar kotak! Eh. 

Tingkatkan Jumlah Pengunjung Blog

Bila blogwalking kena tinggalkan jejak.. tinggalkan komen yang menarik dan jujur serta ikhlas dari hati yang paling dalam. Benda ni akan menarik owner blog tersebut, serta pembaca blognya berkeinginan untuk kenal siapa kita. Jangan lupa untuk sertakan link blog kita jugak.. senang orang nak cari. Gitew.


So apalagi wahai blogger blogger sekalian.. moh la kita sama sama rajinkan diri blogwalking. Menyokong sesama blogger. Eh.. dah macam wakil rakyat pulak. Betul kata otai, bukan mudah kita nak naikkan blog kita... kalau malas, jangan pernah kita nak berharap apa-apa. Diri sendiri... mohon rajin! 






11 ulasan:

  1. Assalammualaikum...

    thanks bw.. bagus ingatan nie... BW nie merapatkan hubungan sesama blogger...

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam mselim. Heee.. betul betul. Nanti free sy singgah blog mselim .

      Padam
  2. ewah... jgn lupa singgah blog kita ye...

    BalasPadam
  3. awk pun jadi jugak iklan nuffnang double....ingatkan saya jer

    BalasPadam
  4. itulah , ain pun dah lama tak "jalan-jalan" dekt blog2 lain . BTW hai !! :D

    BalasPadam
  5. nik memang ada bakat dalam penulisan...chaiyyokk2...hihi

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard