iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger - Fatihah Fazlin

Ahad, 24 Ogos 2014

iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger

ASSALAMUALAIKUM...

Bismilillah.. iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger| Terketar jari jemari tatkala menaip entry ni. Yelah contest ni bukan sebarang contest. Dari pemerhatian nik, ramai blogger-blogger hebat yang dah sertai..Fuhh. Banyak kali fikir juga nak join, sebabnya dah la last minit dah ni. Lepas tu takut. Takut nak bersaing dengan mereka yang lebih pakar dan hebat. Tapi mungkin inilah masanya nik kena menyahut cabaran. yes! cabaran diri sendiri dan blogger DENAIHATI.COM serta para penganjur.




Bagi yang belum memiliki iphone, tipulah kalau kata tak mengimpikan iphone 5s ni. Apatah lagi anda yang bergelar blogger. Dan semestinya iphone 5s memang gajet impian nik yang dah lama nik impiakan. Sejak mula-mula dilancarkan lagi, nik dah mula usha telefon pintar ni. Tapi yelah. Harganya yang agak lumayan membuatkan nik menangguhkan dulu hasrat dan cita-cita. Isi perut lebih penting! Kang kalau terbeli telefon ni dua bulan nik kena diet! ohhh tidakk..

Jadi, jom para blogger! Kalau anda macam nik, bercita-cita mahu mendapatkan iphone 5s yang menjadi impian semua, jom join contest mudah lagi senang ni..  Kita sahut cabaran dan tugasan pertama dahulu!

Kenapa iphone 5s menjadi impian? 

Jujurnya nik tak pernah memiliki apa jua jenis gajet daripada jenama Apple ni. Generasi iphone juga nik tak pernah beli. Bila tengok orang pegang iphone, apatah lagi iphone 5s ni, nik jadi macam, "okay.. takpe one fine day aku akan dapatkan benda ni satu." Ini salah satu sebab kenapa nik nak sangat miliki telefon pintar ni. Tambah pula bila blogger denaihati.com menajurkan contest "iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger" dengan hadiahnya 3 unit iphone 5s untuk dimenangi, nik jadi bersemangat untuk mencuba nasib. Yang pastinya percubaan menyahut cabaran untuk meiliki gajet impian yang diidamkan oleh blogger-blogger Malaysia ni, bukan sebarang percubaan. Harapan nik menggunung.. Impian nik melaut. Opss..


Blogger dan iphone.

Nik dah berblog lebih kurang 2 tahun. Yang pasti, nik serius dalam dunia blogging ni. Kalau boleh nak sampai satu tahap yang mampu dibanggakan. Dan, yang paling tak menahan, 85% entry dalam blog ni ditaip melalui telefon. Ya! Dan alangkah indahnya kalau ada iphone 5s. Insyaallah.. hehehe.  Dengan tahap kecanggihan teknologi  iphone 5s (dari segi  chip, skrin, touch ID, resolusi dan sebagainya) ni, nik yakin, kerja nik nak update entry lagi senang dan cepat. Jangan tak tahu iphone 5s mempunya rangkaian 13 band LTE yang mana memudahkan kita untuk mengakses jaringan internet walau di ceruk mana pun kita berada.

Gambar dan Instagram

iSight Camera yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang lebih terperinci dan jelas - See more at: http://www.amzanimokhtar.com/review-iphone-5s/#prettyPhoto
Nik ni jenis yang suka ambil gambar. Lebih-lebih lagi gambar pemandangan yang cantik-cantik. Dan rasanya iphone 5s memang terbaik dari segi kualiti gambarnya kerana dilengkapi dengan isight camera yang lebih teliti dan jelas. Dan gambar selfie juga penting.. errrr.? Sungguh, bila belek instargam, tahap kejelesan pada pengguna iphone memang meninggi. Gambar-gambar yang mereke upload memang superb sebab itulah, entry ni wujud.. Mahu memiliki sebuah smartphone yang diberi nama iphone 5s yang menjadi impian setiap blogger. Gituu...

Sebelum menutup cerita, terima kasih tidak terkata kepada semua penaja yang sudi menaja hadiah yang super awesome ni.

PENAJA UTAMA: 

SENARAI PENAJA LAIN: 



Arwah Syuhada Baharudin
Untuk makluman juga, arwah blogger http://syuhadabaharudin.com/ adalah salah seorang sponsor dalam contest ini. Al-fatihah untuk arwah.



p/s: Good luck untuk semua peserta "iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger" .. :)


14 ulasan:

  1. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 tuan denaihati.. :) hope so.. insyaallah.

      Padam
  2. All the best dalam kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger..:)

    BalasPadam
  3. gud luck nik..mimpi kerap-kerap mana tau nasib menyebelahi kann..
    x sia-sia mimpi...hehehee

    salam perkenalan dr sy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal ya ain.. alhamdulillah dah tamat task kedua tadi, tengah tunggu pengumuman rasmi dari blog denaihati .. doakan saya ya : )

      Padam
  4. Good luck awak :)
    PG datang dari segmen yang sama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. hai PG. terima kasih singgah blog nik..
      dah tamat task kedua tadi.

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard