Banjir itu. - Fatihah Fazlin

Jumaat, 26 Disember 2014

Banjir itu.

ASSALAMUALAIKUM.

Sebak hanya tuhan yang tahu bila ada kawan-kawan kat wasap hantar gambar situasi dan keadaan banjir kat Kelantan. Teruknya masyaallah. Rasa nak menitik air mata. Ya, alhamdulillah, rumah nik di kampung tak kena banjir tapi air naik di semua jalan masuk. Alhamdulillah family selamat kat kampung walaupun bergelap. Rumah kami tempat yang agak tinggi di kawasan machang. .

sumber

Tapi, yang sedihnya mak bagithu, rumah sepupu di Gua Musang, hanyut habis, tinggal tiang je.Ujian Allah.. Nik harap, semua mangsa banjir di Pantai Timur bersabar dan redha. Nik tak duduk tempat mak cik pakcik semua. Tapi nik turut terkesan dengan semua ujian ni. Tempat banjir di Machang,Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Baru, rata-rata sanak saudara dan kenalan. Tumpang simpati untuk mereka. Dan insyallah, apa yang mampu di bantu, kami semua akan bantu. 

Rumah kawan di Machang dan Kuala krai pun ada yang tenggelam. Harapnya ada bantuan sampai ke tempat mereka semua. Kalaulah ada daya untuk turut menolong, nik teringin nak tolong. 

Nik merayu pada mereka yang mampu, pihak berkuasa khususnya, tolong sangat sangat selamatkan saudara mara kami. Masih ada yang belum mendapat apa-apa bantuan. Tolong usahakan secepatnya Pemimpin, kerahlah sesiapa atau apa jua, asalkan dapat bantu saudara kami. Kesianlah dengan bayi kecil, pakcik tua yang uzur.. Mereka yang kurang upaya. Kalau sebab berbeza fahaman politik negeri kami dianaktirikan, sungguh itu tidak adil. Dan kalau itu berlaku, kami percaya, Allah ada jawapan untuk semua ni.

Bagi yang menyumbang, menjadi sukarelawan dan menderma, terima kasih atas kebaikkan kalian untuk saudara kami. Hanya tuhan yang mampu balas semua kebaikan kalian. Mohon juga doa dari kalian untuk saudara kami.



3 ulasan:

  1. sabar ye kak.. bila cerita pasal banjir ni.. memng sebak dada Ina bila bayangkan keadaan diyorang.. Ada yang tak makan langsung, ada yang tak de tempat tinggal.. Sedihh.. Harap akak pun sabar tempuh dugaan ni..

    BalasPadam
  2. Allahuakbar..sedih kan..rumah family K.Ma pun tak kena tapi sedih sgt tengok tempat2 yg terlibat..sepupu k.Ma terperangkap kat tempat di mengajar di Kuala Krai..nasib baik sekolah 4 tgkt..bekalan air n elektrik dah terputus...hanya mampu berdoa semoga Allah melindungi mereka..semoga banjir kembali pulih..:'(

    BalasPadam
  3. sedihnya mama baca dan lihat mangsa-mangsa banjir di sana. Bertabahlah.. ujian ini adalah ketentuan Allah, jangan lupa berdoa..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard