Keluarkan duit dari ATM tapi duitnya tak keluar. - Fatihah Fazlin

Rabu, 5 Ogos 2015

Keluarkan duit dari ATM tapi duitnya tak keluar.

Assalamualaikum..

Macam biasa bila tiba je hari gaji, berpusulah manusia kat ATM yang di sediakan kat tempat nik kerja ni. Beratur panjang dah jadi kebiasaan dah kalau time gaji. Tapi hari malang bagi nik pada 25 JUN lepas apabila nik Keluarkan duit dari ATM tapi duitnya tak keluar. Bukan sedikit jumlah RM1500 bagi nik. Nak nak pulak duit tu memang khas untuk persediaan raya dan untuk bayar rumah sewa. Memang Allah nak menguji nik. 





Kisahnya nik nak keluarkan RM1500, dah siap buat then kat ATM tu keluar "Transaksi anda telah berjaya" Nik pun macam pelik la sebab duit tak keluar dari ATM . Tunggu punya lama duit tak keluar keluar jugak.. Nik tak tahu nak buat apa, tinggal macam tu je. Masa tu tak terfikir pun duit "kena telan"


Dua hari kemudian, nik cuba masuk akaun bank rakyat online, cek baki duit dah berkurang RM1500. Ada pengeluaran 25hb ! Pening lalat kejap. Rasa nak marah kat diri sendiri.. Nik rasa merah muka nik masa tu. sebab mula-mula nik ingat memang duit ada dalam akaun. Tapi rupanya ??? Sakit hati sangat masa tu. Then masa tu juga nik call pusat panggilan tele bank rakyat..

Oh.. untuk info kad ATM nik guna masa tu kad ATM bank rakyat dan Mesin ATM pulak mesin Bank Islam. 


Operator bank rakyat ambil aduan nik.. dia cakap dalam masa maksimun dalam masa 14 hari dah boleh dapat duit tu. Okey nik akan sabar menunggu 14 hari tu. Dalam masa sama 3 hari sekali nik call bank rakyat.. Resah gilerr duit kena telan. huhuhu. takut tak dapat balik.


Kali ke 3 nik call dorang kata masih dalam proses.. hemm.. sabar lagi. walaupun masa tu dalam hati nak maki je. duit nak buat beraya kott.. aku nak beraya dengan apa.. pastu dia cakap pulak... boleh dapat dalam 14 hari masa bekerja.. nik kira kira dari tarikh nik buat aduan.. mungkin sehari sebelum raya nik akan dapat la.. tapi hampeh.. tiap hari cek.. hampa..


haaa.. masa cakap dengan orang bank rakyat tu banyak la nik tanya..antaranya 

1. Perlu ke nik call bank  islam untuk bagitau dan buat aduan pasal ni?
-dia jawab tak perlu(tapi demi duit tu nik call jugak bank islam)

2. Perlu tak nik pergi cawangan bank rakyat untuk buat aduan ?
-dia jawab tak perlu. Sebab memang aduan dah nik buat masa mula2 call diorang lagi. Dah ada no aduan.


Call bank rakyat UNTUK KALI KEBERAPA LAGI.. tak tahu status dan prosesnya macam mana.. tapi kecewa untuk kesekian kalinya. Kena tunggu "jawapan " dari bank Islam katanya sebab ini melibatkan banyak pihak katanya.. banyak la dia terangkan. nik faham, tapi nik tak puas hati kenapa benda ni ambil masa yang terlalu lama. 2 minggu nik boleh tahan lagi tapi sekarang dah LEBIH SEBULAN. Dan sehingga entry ni ditaip, duit nik masih belum dapat. Call lagi tadi katanya masih dalam proses.. Berapa lama diorang nak proses duit yang hanya rm1500 tu pun nik tak tahu.. 

Dan nik tak tau jugaklah proses yang lambat tu datangnya dari BANK RAKYAT ataupun BANK ISLAM.. dan nik nak tekankan kat sini nik kecewa sebab teralu lama prosesnya.. dari 27 JUN sehingga sekarang 05 OGOS nik menunggu.. Sudah 39 hari... 

Agak agak korang sampai bila lagi nik nak kena tunggu.. 

Di sebab kan duit tu tak keluar, banyak masalah lain timbul. Yelah, setiap hari kita berurusan dengan duit. pergi situ sini duit. Semua nak duit. Terpaksa cover dengan simpanan lain. Pinjam dengan adik pun ye jugak. Habis semua perjalanan kewangan nik terjejas. Sakit hati. Geram. Marah . Tertanya tanya. semua ada. 


Harap nik akan dapat duit tu dalam masa terdekat ni. Banyak benda nak guna duit. Lagipun gaji seterusnya pun lambat lagi.. hemmm..Tak tahu nak buat apa.. Apa pandangan korang. Nik kena buat apa sekarang? sesiapa yang pernah ada pengalaman nak keluarkan duit dari atm tapi tak keluar duit macam nik ni, boleh share tindakan korang.. apa yang korang buat seterusnya..

Dah buntu dah ni...



13 ulasan:

  1. Dulu Ayuni pernah terkena situasi yang sama masa minggu hendak raya tahun lepas. Bank Rakyat juga, dan jumlah yang kena telan pun sama. Tetapi masa tu Ayuni terkena di mesin ATM betul-betul dalam ibu pejabat Bank Rakyat, jadi Ayuni terus buat aduan di kaunter mereka pada masa itu juga dan tunjukkan slip transaksi sekali. Selepas isi borang aduan, bank beritahu Ayuni duit akan masuk dalam masa 14 hari. Ayuni pergi buat laporan polis sekali sebagai langkah berjaga-jaga jikalau bank tak tepati janji. 14 hari selepas itu memang bank ada masukkan duit... tetapi selepas raya.

    BalasPadam
  2. haishh memang boleh jadi gila bila problem dengan duit..bukan sikit tu

    BalasPadam
  3. dear my friend better pergi bank sebab ayah Yana sendiri pernah kena tapi Maybank lah.. Dah sampai tahap kena maki baru diorang buat kerja.. Masalah duit gaji dah pending lebih 2 BULAN !!

    BalasPadam
  4. Lamanya tu proses diorang.. Miza tak pernah ada pengalaman macam ni.. Nak bagi cadangan pon tak tau.. Huhu.. Harap kawan2 lain dapat membantu.. Kesian nik..
    RosmizaAli.Com

    BalasPadam
  5. baik g terus kt kaunter bank je nik...

    BalasPadam
  6. pernah juga tekena kat Alliance Bank - report terus jangan tunggu

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Kesian nik...nak beraya kalau tak ada duit memang blh sakit jiwa, lebih² lagi beraya dirantau orang..kan nik.. Sy doakan titik peluh nik tu dapat dipulangkan kembali..

    BalasPadam
  9. Salam. Sy guna maybank tp masa kuar tu guna cimb sbb maybank problem. Tggu punya lama tp duit n resit xkuar.
    Pagi check online duit xde dlm acc camne nak buat rm200 p7n byk gak boleh mkn utk 2minggu. Dh la skang barang sume naik.

    BalasPadam
  10. Salam. Sy guna maybank tp masa kuar tu guna cimb sbb maybank problem. Tggu punya lama tp duit n resit xkuar.
    Pagi check online duit xde dlm acc camne nak buat rm200 p7n byk gak boleh mkn utk 2minggu. Dh la skang barang sume naik.

    BalasPadam
  11. baru jadik kat saya malam td....withdraw 1500...kali pertama...keluar resit cakap technical error....rupa2 nya dh tolak dah duit sy...huhuhu bila lah nak dapat balik ni

    BalasPadam
  12. Saya barub jadi pagi tadi. Bank rakyat juga. Cucuk duit di ATM bank muammalat. Doorg kata 14 hari bekerja akan keluar laporan. Duit tah bila boleh masuk..

    BalasPadam
  13. Terjadi pada saya pada 26/6/2016 di machine HLB guna Bank Rakyat punye ATM kad...lepas kad dah kuar dan nak tunggu duit kuar, machine tu reboot...dah buat report kata maximum 14 hari...until now masih takde refund...saudari punye dah dapat ke?

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard