Kos Bersalin Normal Hospital Kerjaan, Mahal ke Murah? - Fatihah Fazlin

Selasa, 24 September 2019

Kos Bersalin Normal Hospital Kerjaan, Mahal ke Murah?

Hai guyssss..

Hari tu jumpa kawan lama, dia tanya kat nik berapa kos untuk bersalin di hospital kerajaan, kerajaan Malaysia ye. Kerjaan negara lain nik tak tahu!

Oh, dia tanya sebab dia tahu nik kerja bidang ni lepastu kebetulan pulak masa tu memang duk bercakap pasal ni. 

budak ni lahir kat hospital gov jugak. 

Okey, nak cakap awal-awal ye kalau awak awak mampu ke Private Hospital untuk bersalin, dipersilakan ke sana untuk perkhidmatan/pengalaman yang lebih baik.  

Kos Bersalin Hospital Kerjaan, Mahal ke Murah?

Untuk kita yang biasa-biasa ni, bagi nik agak murah . Mampu bayar untuk semua orang. Bagi yang bersalin secara normal kat Hospital Kerajaan ni, anggaran nik boleh bagi dalam RM30 hingga ke RM50 atau mungkin lebih sikit. Anggaran harga nik letak ni boleh diguna pakai kalau korang just masuk wad dalam 2 ke 5 hari. Selalunya kalau bersalin normal tak stay lama kan?

Untuk pengetahuan korang, caj wad untuk kelas tiga hospital Kerjaan hanya RM3 sehari. 
Kelas 2, RM30 dan kelas 1 pulak banyak jenis*bergantung kepada pilihan pilik yang ada* . Yang pasti lagi mahal la.

Alert! Selain RM3 sehari tu, caj lain akan kena jugak in case korang kena buat ujian makmal- ambik darah ke, cek CTG ke, kena ultrasound ke. Tapi tak mahal la. Pendek kata kalau bersalin normal ni memang range harganya macam nik bagitau kat atas ni lah. 

Contoh:

Bersalin normal : RM 10 (harga memang ikut pekeliling kerjaan)
Warded 3 hari: RM 3 X 3= RM9
Ujian makmal FSH dan FBC =  *dalam RM 15

So total baru RM 34.00 :) Kalau ada ujian lain lagi, korang kena tambah lagi bayaran. Untuk ujian makmal ni, dia ada banyak jenis, lain jenis lain harga ye. Tapi tak mahal. Ada caj serendah RM2 jugak kalau korang nak tahu. Harga caj-caj ni murah sebab dah disubdsidikan oleh kerajaan. Harap maklum.

NI CAJ YANG NIK DAPAT DARI LAMAN WEB KKM

Jenis rawatan
Kelas Satu
Kelas Dua
Kelas Tiga
Pembedahan Caesarean
RM1,200
RM400
RM100
Bersalin dengan bantuan: Forcep/songsang/vakum
RM600
RM200
RM50
Bersalin kembar
RM600
RM200
RM50
Bersalin Biasa
RM450
RM150
RM10
Kemaskini pada 2019-01-07 11:54:58 daripada Administrator

Harga yang nik bagitau ni untuk Warga Malaysia ye, warga asing for sure lagi mahal saing saing bersalin kat Private Hospital lah. hehehe. Tapi tak kisahlah kan, kita pun kalau masuk hospital kat luar jenuh nak kira duit!

Harap post ni menjawab teka teki korang yang mana tak biasa dengan kadar bayaran bersalin hospital kerajaan kita. Nik tau, ramai yang tak tau dan nak tau kan? 

Nik mampu cerita bab kos bersalin jelah ek, bab perkhidmatan dan layanan staff tu, ikut nasib kita jugaklah. Nik bersalin hari tu pun alhamdulillah, nurse okey. Sebelum masuk pagar hospital tu doa siap-siap! hehehe. Tapi nak harap layanan macam private memang tak la kan, nurse bukan nak layan ko sorang! Doktor pun silap-silap keja dari subuh sampai ke isyak tak berhenti mana mau nak senyum 24jam. 

Kalau betul-betul nak layanan bak puteri, moh ler kita saving awal-awal, mengandung esok esok senang dah tak yah serabut. Boleh bersalin kat Andora ke, Avesina ke, kan? 


8 ulasan:

  1. Balasan
    1. hahaha. silap darab pulak, maaf okey kita betulkan dah awak. )

      Padam
  2. Klau suami keje kerajaan sis byaran sama jgk ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf sis saya tak perasan komen awak. Kalu suami/isteri gov servant, tak perlu bayar, cuma waktu nak keluar kena sertakan GL.

      Padam
  3. Klu buka buku kat kilinik swasta bersalin kat kerajaan still harga sama ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buka buku pink tu ke? tak perlu bayar pun sis. Cuma bayar untuk pendaftaran RM1 je.

      Padam
  4. Klu buka buku di klinik swasta, bersalin di hospital kerajaan harga still sama atau ada penambahan?

    BalasPadam
  5. oh buka buku kat klinik swasta.. harga bersalin kat kerajaan sama je. takde penambahan apa2.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard