Singgah di Masjid Taman Ilmu Besut, Terengganu - Fatihah Fazlin

Jumaat, 7 Januari 2022

Singgah di Masjid Taman Ilmu Besut, Terengganu

 Assalamualaikum.


Masjid Taman Ilmu Besut 


Kalau pergi mana-mana tempat, nik suka singgah di masjid yang berlainan, kalau yang lagi unik tu lagi nik suka singgah sebab nik suka tengok macam-macam bentuk dan senibina masjid. 

Hari tu, sempat singgah di Masjid Taman Ilmu Tembila di Besut Terengganu ni. Dari luar nampak cantik sangat sebab tu nik ajak suami singgah sambil asar terus. Sebab dah lewat petang, orang pun takde. 

Full view of Masjid Taman Ilmu Besut, Terengganu sumber twitter

Maaf tau gambar yang nik ambik sendiri tak sharp, almaklumlah guna hp cikai jer. 

Dari luar nampak, kubah masjid ni bukan macam kebanyakan kubah masjid lain yang separa bulat tu kan.


Kalau ikut pembacaan nik, masjid ni adalah masjid yang terbesar di Terengganu. Siap sepenuhnya pada tahun 2014 dan boleh muat 10,000 jemaah pada satu-satu masa. Direka oleh arkitek tempatan yang mana beliau nak bina semula masjid dengan binaan tradisional yang biasa ada di belah-belah Terengganu dan Kelantan. 






Saya wajib masuk dalam gambar ibu saya.















Nik nak explain panjang-panjang pasal senibina pun tak reti. Cuma pada pandangan mata nik, masjid ni cantik dan penuh dengan nilai tradisional. Fasiliti kat masjid ni pun bagi nik terbaik.Siap ada playground untuk budak-budak lagi. Kat sebelah dalam lagi cantik, cuma nik lupa nak snap. Dok kejar Anis farhana suka sangat berlari dalam tu.

Gambar-gambar ni, nik sempat ambik side depan je. Sebab lepas tu hujan turun lebat, nak jalan-jalan keliling masjid pun takleh. Next nanti kita singgah pulak Masjid Rusia dan Masjid Kayu Ulul Albab. 




Tiada ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard