Rumah idaman ke tu... - Fatihah Fazlin

Isnin, 17 Januari 2022

Rumah idaman ke tu...

 Assalamualaikum.


RUMAH IDAMAN KU 2022 GITEWWWWW..


Korang mesti ada rumah idaman masing-masing kan? Nik dulu-dulu teringin nak duduk rumah tinggi, ala macam kat KL tu..apartment ke, condo ke. hahaha. Nampak macam seronok je walaupun tak sedar yang diri ni gayat! 


Tapi pendamkan jelah hasrat nak duduk rumah atas awan ni, kat tempat nik duduk ni semua duduk atas tanah. hehehe. Takde pemaju buat rumah atas awan kat sini. Kita berangan dululah. Tak pun kuburkan terus. hahaha


Nik ada banyak reka bentuk rumah yang nik suka sangat. Dah save siap-siap kat fon incase ada rezeki nanti nak bina rumah sendiri. Amin. Insyaallah. Berangan takyah bayar kan?  Kalau ikutkan nik lebih suka rumah rumah ala-ala orang putih, lebih tepat lagi mordern farmhouse. Nik suka sangat! Cuma dah kita kat malaysia ni kena ikut cuaca dan keadaan sinila. 


Lima gambar pertama ni antara design mordern farmhouse omputeh yang nik berkenan sangattttt. Design ni nampak simple dan kemas bagi ni, tak banyak kerugian ruang kalau macam ni. Combination colour pulak, just two colour. Hitam dan putih / dark grey dan putih. Tak kisahlah putih macam mana, tapi kalau gabung dengan hitam ni, konfirm orang lalu dua kali toleh. ehhhh. *Ni mesti buat rumah nak menunjuk ni.*

Comey toksoh royak la. Kalu ado pitih buat selaluh.

Kecik macam ni cukuplah kan. Untuk 3 4 orang tido. Walaupun malaysia panas tetap jugak nak salji malji. Sekali lagi berangan itu percuma. Kenapalah diperhatikan salji tu, sedangkan design rumah tu fokus utama.


Cermin sebesar alam ni buat senang takut je sebenarnya, Yelah kat Malaysia kan banyak hantu. Kang berkelibat sikit terus pindah rumah. Tapi semestinya rumah jadi terang benderang. Jimat letrik takyah on lampu.


Ruang masuk cantik macam ni mesti rasa nak duduk rumah je kan.


Ini pun simple. Tapi nik berkenan dengan entrance dia tu. Tak perlu pintu besar-besar sampai atap pun kan? Tapi lain orang lain citarasa. Ada sesetengah orang suka rumah yang lebih kemelayuan. Ada orang suka yang morden petak-petak tu. Ada yang lebih suka design rumah thai. 


Gambar-gambar rumah kat bawah ni pulak, design yang nik berkenan yang ada kat Malaysia. Nik save banyak design rumah kat hp so tak de link untuk bagitahu sumber gambar. Sorry. Tapi kebanyakan rumah-rumah ni viral kat fb sebab cantiklah. Memang cantik pun kan?

 
Rumah ni nampak dari luar pun dah besar, luas.  Warna warna kegemaran sangat ni.



Ni lukisan 3d kontraktor, mungkin sekarang dah siap kot kot tuan rumah dah masuk. Inspired dari design farmhouse jugak ni nik rasa. Ada vibe dia kat situ.

Ni hari tu viral rumah ala-ala farmhouse. Kalau korang terbaca tak silap owner dia share interior design lagi. Memang cantiklah. 
Lari sikit dari tema farmhouse untuk rumah ni. Banyak design morden gini kat Malaysia dah kan? Nik kenan jugak. Simple je. Tapi warna cat akan main peranan sangat. 

Umur dah nak masuk 30 dah ni, tapi takde rumah lagi.. hemmm. okey ke tak okey? Ada orang risau umur dah makin lanjut tapi masih belum memiliki rumah lagi. Ada orang rilek-rilek je. Bagi nik, ukur baju kat badan sendiri je. Hanya kita yang tahu kemampuan diri kita. Hanya kita yang bersusah payah untuk diri kita. So tak perlu nak memberatkan fikiran atau tertekan dengan benda macam ni. 


Harap-harap tak lama lagi tercapailah impian nik nak ada rumah kecil sendiri nanti.  Insyaallah. Amin. Korang doakan jugak tau. hehe.


2 ulasan:

  1. cantik2 rumah nya nik. kalau nik berangan nak rumah tinggi, leyla berangan nak rumah atas tanah. kalau area selangor ni best klau rmh atas tnh. tapi mahal yatmat. kalau rmh tinggi, payah nak turun naik.

    BalasPadam
  2. Amin, semoga tercapai impian kita semua utk memiliki rumah sendiri satu hari nanti.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard