Monolog Seorang Aku - Fatihah Fazlin

Ahad, 5 Oktober 2014

Monolog Seorang Aku

ASSALAMUALAIKUM.


Terima kasih ya Rabb. Tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan dariMu. 

Aku seorang manusia, lahir dengan fitrah.
Aku bukan apa, dan aku bukan siapa-siapa.
Aku tiada apa banding mereka.

Aku remaja mahu bebas, ekspresi rasa dan cita.
Aku gadis biasa, lebihnya tidak, kurangnya banyak
Aku bisa jatuh, pernah jatuh, mungkin akan lagi
Aku dan rasa aku tidak menipu.
Aku dan jiwa aku jujur mahu kejar dunia.
Aku dan hati aku ikhlas mahu tenang Akhirat.

Aku hidup mencari sebuah damai , entah bagaimana tibanya ujian. Kerana itu, aku simpulkan hidup dan ujian kembar. Tapi atas ujian itu juga aku belajar jadi manusia. Aku belajar jadi mujahidah. Aku belajar jadi seorang yang tahu makna hidup. 

Dan aku bukan serta tidak sempurna. Jangan harap kesempurnaan dari aku kecuali yang terbaik. 
''Jika dirimu tidak bisa berbaik sangka kepada Allah kerana keindahan sifat-sifatnyaNya...
maka berbaik sangkalah kerana pendampinganNya bersamamu..
bukankah Dia selalu memberimu sesuatu yang baik-baik. Dan bukankah Dia sntiasa memberimu nikmat.''
_Ibn 'Athaillah al-Hikam_

3 ulasan:

  1. ya. walaupun gua genius..tapi gua tahu gua tetap tidak sempurna. masih banyak lagi kelemahan yang gua kena baiki. huuu..

    BalasPadam
  2. peringatan untuk kita semua, kita manusia biasa yg sememangnya tak sempurna.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard