Diet Atkins: Serasikah? - Fatihah Fazlin

Jumaat, 23 Januari 2015

Diet Atkins: Serasikah?

ASSALAMUALAIKUM.

Lima hari ambe tak update blog yawww!! Sedih bila blog terabai sebegini rupa. Tapi nak buat cemana.. Line internet slow yang amat, so nak buka blog kat fon memang tak dapat.

DIET ATKINS


Untuk pengetahuan korang, nik dah 9 hari terjebak dengan diet atkins!!! huhuuu. So far so good. And im happy dengan perubahan yang berlaku. Macam mana boleh terjebak? Orite.. meh nak cerita.. acctually, nik tertarik dengan status fb blogger fofuler Emas Putih aka Uzu.

Kalau nik tak silap, dah dekat sebulan Uzu menjadi pengamal Diet Atkins ni. Tanpa berlengah lagi, nik google diet apa yang Uzu tengah buat. Now, nik dah dapat jawapan, dan dengan senang hati, dan dengan hati terbuka, nik isytiharkan diri sebagai Atkiner *betul ke istilah ni?* bermula 14 JANUARI 2015. Dan alhamdulillah, kelmarin nik timbang berat nik dah bekurang 5kg!!!! Betapa gumbiranya ambe sampaikan p bagitahu kat semua orang!

Dah nampak hasil, nik lagilah bersemangat untuk teruskan diet atkins ni sekarang. Korang nak tahu pasal diet atkins? Stay with this blog..atau scroll je sampai bawah nanti. Nik akan cerita serba sedikit yang nik tahu. Cuma awal-awal nik nak cakap..nik diet sambil buat excercise yang termampu. Workout dalam bilik boleh kata 2 hari sekali nik buat. Sekali buat dalam 45 minit.

Ni antara workout yang nik buat.


APA ITU DIET ATKINS?

Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.


Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Kat luar sana, ramai yang tidak percaya dengan keberkesanan diet atkins. Tapi insyaallah, nik akan cuba buktikan.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1)Induction ( permulaan dan pengenalan ) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan - (Had Carbo 20 gram sehari)
2)Ongoing Weight Loss ( penyusutan berat berterusan ) - ( Tambah jumlah karbohidrate kepada 5 gram - 10 gram dari fasa induction )
3)Pre-maintenance - (try buat pre maintenance sebulan, sampai dapat berat ideal, sambil top up jumlah carbo 5 gram - 10 gram dari fasa kedua)
4)Lifetime Maintenance - ( Tambah 50 gram- 90 gram carbo sehari )




Faham kan sikit-sikit.?? Kalau dah faham, nik akan kongsikan lagi apa benda yang boleh di makan dan tak boleh di makan semasa mengamalkan diet atkins ni. Tapi nanti next entry ye. Penat nak menaip panjang-panjang. So.. jawapan untuk Diet Atkins: Serasikah? Dengan nik alhamdulillah, setakat ni serasi. Boleh je pun tak makan nasi even nasi tu makanan ruji kita rakyat malaysia.. Antara nak dengan tak nak je kan..


5 ulasan:

  1. saya pon dah mula berjinak dengan diet atkins...baru je lagi...tapi permulaan ni memang mencabar kan nik?...harap2 kuat semangat untuk kekal berdiet atkins...^_^

    BalasPadam
  2. teruskan usaha ya. bagus amalkan diet sihat nie. . :D

    BalasPadam
  3. wahh...makin comel la adik K.Ma ni ;-)
    p/s : Bila nak ehem2..

    BalasPadam
  4. wau turun 5 kg! Tahniah. teruskan usaha nik. good luck. hehe

    BalasPadam
  5. mcm mna yg x boleh telan air 4liter sehari ne ?? need help here..i really2 want to loose weight..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard