Assalamualaikum..
Risiko Kerja Syif | Nik ada terbaca pasal risiko kerja syif dekat harian metro. Dah lama entry dalam draf. So hari nak share dan bincanglah. Nik terpaggil buat entry ni sebab nik sendiri kerja syif dah dekat 2 tahun, and i know betapa sakitnya mata nak menahan tidur terutamanya jam 4- 6 pagi. 10 jam tanpa tidur waktu malam ! Lawan fitrah manusia normal. Lawan arus. Rasa-rasa macam mana?
Opss.. Entry ni bukan nak merungut ke apa. Just nak berkongsi ya.
Antara kajian yang dilakukan oleh beberapa negara seperti di Institut for work and health Toronto ,Kanada; Ketika kita bekerja syif dimana adalah pada waktu anda rehat/tidur, secara tidak langsung menganggu jam biologi manusia.
1.Sepuluh peratus daripada pekerja syif akan mengalami masaalah tidur,insomia,mengantuk dan kesukaran untuk terus berjaga di tempat kerja.
Cara mengatasi iaitu ..tidur adalah pekara utama,maka hilangnya waktu tidur pada waktu bekerja harus diganti pada siang hari..beri ruang pada diri anda untuk tenang dan gelap serta hindari kafien,senaman berintensiti tinggi dan akohol .
2.Pertambahan berat badan
Ketika bekerja di sebelah malam adalah cenderung seseorang itu mengambil makan berkalori tinggi meningkat..Pertambahan berat badan mendorong kepada massaalah kesihatan seperti risiko penyakit NCD..darah tinggi,diabetes dan jantung.
Cara mengatasi..membawa makanan daripada rumah sebagai bekalan,elakkan makanan ringan,contoh seperti kopi dan kek kerana meningkatkan insulin dan pertambahan berat badan.
3.Cenderung mengalami kecerderaan
Menurut pakar daripada pusat perubatan sleep dan human performance ,Calgary. 50 % kecenderungan pekerja syif malam mengalami kemalangan dan kecelakaan.
Cara mengatasi..Dapatkan bantuan rakan setugas disaat melakukan kerja yg berisiko tinggi kerana jika anda berasa sangat letih rehat sebentar untuk pulih kan tenaga..
4.Berisiko untuk kehamilan.
Bagi mereka kaun wanita yang bekerja syif malam ganguan 85% akan berlaku lebih dripada pekerja normal,kecenderungan untuk pramatang ,kekurangan berat bayi dalam kandungan..
Cara mengatasi..jika anda hamil..perhatikan kecukupan waktu tidur danberat badan anda supaya stabil.Jumpa pakar jika mengalami masaalah tidur dan kesukaran tidur serta berbincang dengan majikan untuk ditempatkan sementara pada syif normal.
5.Berisiko untuk mengidap penyakit kanser.
Menurut sumber daripada US Nursing Health study,perempuan yang bekerja syif malam untuk beberapa tahun menyumbang kepada peningkatan penyakit kanser dan memiliki risiko kanser payu dara,usus besar,dan endometrium.para penyelidik percaya ia ada kaitan dengan peningkatan melatonin didalam tubuh.
Cara mengatasi..apabila anda mengakami bejerja syif beberapa tahun ,anda boleh berbincang dengan pakar perubatan untuk pengambilan suplemen melatonin.Lazimnya diambil oleh mereka dengan pengawalan pakar perubatan untuk membantu mengatasi masaalah ini.
Sumber: Sini
Bagi yang kerja syif, ada cara untuk kita kekalkan cara hidup yang lebih sihat.. Insyaallah, tak memudaratkan sangat. Lebih baik kita cegah dulu kan sebelum parah. Takut jugak nanti, sebab nik pernah baca mereka yang kerja syif ni, lebih cenderung untuk ada masalah mental. Gerun kan?
Jadi, jom praktikkan !
- Orang dewasa memerlukan tidur nyenyak selama tujuh hingga sembilan jam sehari.
-Individu yang bekerja malam disarankan terus tidur sebaik sampai ke rumah.
-Padamkan semua lampu supaya anda tidur dalam keadaan gelap seperti waktu malam.
-Thorpy mencadangkan supaya anda memakai cermin mata kekuningan atau jingga ketika memandu balik bagi mengelakkan cahaya biru daripada memasuki mata dan boleh menyebabkan anda terus berjaga sampai pagi.
-Biarkan cahaya matahari membantu menyelaraskan jam tidur biologi anda. Bagi kebanyakan orang, cahaya matahari pada waktu pagi sangat penting. Bagi yang bekerja syif malam, cahaya terang pada waktu petang akan mengubah jam biologi mereka secara semula jadi.
-Pastikan bilik tidur anda gelap, sejuk, selesa dan sunyi.
-Elakkan minum minuman mengandungi kafein, alkohol dan keadaan tegang sebelum tidur. Alat elektronik pula jangan diletakkan terlalu dekat dengan katil. Sebaiknya tidur dan bangun pagi pada waktu yang sama setiap hari supaya anda berasa lebih cergas.
Sumber : Sini
Nak kenal dengan orang kerja syif, mata akan sentiasa kuyu, bengkak dan lebam. hahaha |
Dalam banyak-banyak keburukkan kerja syif ni, ada jugak bagusnya. Yang paling nik suka, tak payah hadap jem. Walaupun nik tak jalan kaki je pergi kerja sebab jarak rumah dengan tempat kerja memang dekat, orang kata kalau kentut pun boleh dengarlah !
Lepas tu, time kita cuti tak payah lagi serabutkan fikiran kalau nak keluar ke apa. Konfirm tak ramai orang. Tengok wayang weekdays panggung memang tak penuh la kan. Shopping complex pun lengang je. Heaven la rasanya ! Apatah lagi bagi yang tak suka bersesak. haha.
Kakmi pun suka kalau keje shift..bab2 jem satu hal, pastu time kita cuti org lain keje memang Rasa ohsem la sangat..Hehe..
BalasPadam