Skincare Babies Blink - Fatihah Fazlin

Isnin, 4 Mei 2015

Skincare Babies Blink

Assalamualaikum..



Korang pernah dengar pasal Skincare Babies Blink dari LynaZ Beauty Care tak? Haa.. Ramai kot yang jual kat fb. Singgah je kat group Geng Bisnes Cikgu-Cikgu. Korang nak beli apa je, semua ada kat sana. Tinggal mak ayah je yang takdak. 


Dah bila ramai dok promote Babies Blink ni, nik pun apalagi terpengaruh la. Nak nak pulak kawan serumah guna dan nampak kesan yang positif, so nik pun berbesar hati nak try. Tapi masa mula-mula beli tu beli yang set percubaan je. Sebabnya, poket kering. Hahaha.




 Yang atas sabun pencuci muka, yang bawak pulak krim siang.




Bila pakai dekat 2 minggu dah nampak perubahan. Ada kawan tegur nampak lebih cerah. Berbunga la kejap hati den! haks.. Set percubaan Babies Blink ni katanya kawan ni untuk seminggu je. Tapi  nik pakai tahan sebulan ! Haaa. boleh bayang dak? Jarang pakai satu hal. Sayang satu hal. Malas pun satu hal.. Kalau pakai pun nik just guna krim siang, serum  dan sabun pencuci je. Yang dua lagi tu tak terusik sehingga entry ni dihasilkan. Dah dekat 3 bulan dah rasanya. haha. 


Bila dah habis set trial krim siang dan sabun nik tu, nik dah tak sambung pakai dah. Takdak mood dah nak beli online sebab barang selalu sampai lambat. So, muka nik ni tak bercuci secara molek. eh! 

Alhamdulillah nasib baik la muka ni jenis yang tak sensitif. Just ada masalah kulit kusam dan berminyak. Niat ni cuma nak kurangkan kekusaman kulit. Dan nak putihkan sikit jeee.. hehehe.


So, tadi bila sroll fb, nampak ada seller yang boleh buat COD Babies Blink ni. Teruslah nik pm dia. Petang tadi terus dapat. Happy aiiii. Malam ni nak try pakai balik. Harapnya okeylah kan.


Kat bawah ni antara kelebihan set skincare babies blink yang nik ambil dari si penjual. hehehe.. Dia bagi copy. 

99% kandungan Set Babies Blink mengandungi :
1. Pati Ibu Putih
2. Krim Glutathione
3. Pati Buah Berry + Susu Madu


FUNGSI NIGHT MAGIC BABIES BLINK :
✔ Halus dan segar tanpa sebarang cela dan jerawat
✔ Memudarkan parut-parut hitam dan parut jerawat dan kesan terkena minyak dan air panas
✔ Boleh digunakan seawal umur anak gadis 12 tahun
✔ Pipi menjadi "pinkish"
✔ Pencerahan yang berganda dan cepat tanpa sebarang pengelupasan
✔ Kulit menjadi gebu dan kenyal seperti bayi


FUNGSI LAIN NIGHT MAGIC BABIES BLINK :
✔ Melicinkan struktur kulit wajah
✔ Mencerah 5x ganda dan melembutkan kulit selembut kulit bayi
✔ Berkesan dalam masa 24 jam
✔ Mengecilkan pori-pori muka
✔ Mematikan jerawat
✔ Membantutkan pertumbuhan jerawat



Side effect? Masa nik pakai dulu, takde pulak nampak side effectnya. Tapi apa-pun nik rasa, apa jugak jenis skincare tak kira mahal atau murah ianya bergantung pada jenis kulit muka kita. 


Nak try cuba dulu krim siang dan sabun pencuci muka Skincare Babies Blink yang nik baru beli Sekali Lagi ni, kalau okey nanti kita cerita lagi kat sini. Harapnya nampaklah kesan positifnya ye. hehehe




3 ulasan:

  1. Hai nik..assalsmuslaikum...
    Babies blink ni rsmai ysng paksi.produknya bagusdan katogari murah ka.sebab ada 5 barang rm 50.00.. Btl tak

    BalasPadam
  2. tak pernah try lagi produk ni, mmg pun kalau bukak dkt fb gruop bisnes cikgu2 tu, banyak giler, mcm2 ada.. ehhee :D

    BalasPadam
  3. setuju tu nik, produk kosmetik ni bergantung kepada jenis kulit kita jugak kan..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard